Khamis, Disember 16

Peperiksaan Percubaan SPM 2021 | Cabaran zaman pandemik

Rasa macam kejap sangat la masa berlalu tahun ni. You all rasa tak?. Dania pulak tup tap tup tap....sekolah buka je...tak lama lepas tu dah kena ambik Peperiksaan Percubaan SPM. Batch mereka ni bukan la nak kata apa kan....banyak lagi belajar online dari bersemuka kat sekolah. Tahun lepas masa Form 4 pun sama jugak. Banyak kelas online ajer. 

Tapi tu lah tak boleh la nak jadikan alasan banyak belajar online tu untuk tidak buat yang terbaik kan?. Kita cubalah selagi terdaya...Insya Allah. 

Suspens jugak kan dengan Peperiksaan Percubaan SPM ni yang katanya soalan ni sama seluruh sekolah di Selangor. Bermula pada 17 November 2021 - 7 Disember 2021. Alhamdulilah Dania berjaya menghabiskan semua paper percubaan ini dengan lancar. Kenapa saya bersyukur kan sebab ada 1 kelas tu, kelas sebelah Dania terpaksa dikuarantinkan 1 kelas sebab ada seorang ni yang positif Covid-19. Mereka kuarantin dari 3-9 Disember 2021. Jadinya paper yang mereka tak ambil tu mereka kena ambil cuti sekolah. 

Peperiksaan Percubaan SPM ni penting juga sebab boleh mengukur tahap penguasaan kita dalam subjek2 yang diambil. Ada juga organisasi yang beri biasiswa ni tengok juga pencapaian akademik masa Peperiksaan Percubaan SPM ni. 

Jadual peperiksaan SPM yang akan diadakan pada 2022, pada mulanya ada peperiksaan diadakan pada hari ahad?. Mula pada 2 Mac 2022 - 20 Mac 2022. Takde gap langsung straight exam. Bila dah bising kat social media Kementerian Pendidikan barulah Menteri, En. Radzi Jidin tu kata akan tukar jadual waktu baru. Tak tahu macamana jadual ni boleh diluluskan. Kelakar pun ya jugak. Cikgu2 tu kena datang sekolah hari ahad. 😅. Nasib baiklah jadual baru dah keluar dan much better. Ada la gap untuk subjek yang tough tu. Kalau ikut jadual lama...tak sampai sebulan dah habis exam SPM. Kesian student2 ni.

Ni gambar Dania masa first day nak ambik peperiksaan percubaan. Nampak je senyum tapi dup dap juga tu. Ummi pun apatah lagi. 


Ni tak ingat subjek apa ni yang Dania punya takut ni.....rasanya amali ni. Kena buat sekali harung amali Fizik, Kimia dan Biologi. Patut datang lambat tapi kami hantar awal jadinya masa tu ummi dan ayah on the way ke Putrajaya, nak briskwalk sekali dapat phone call terus la patah balik. Lepas ambik Dania drop kan ke rumah lepas tu ummi ayah gi breakfast dulu. Bila balik, Dania tak tukar2 baju pun. Dok baca apa yang patut. Dia takut sebab nampak kawan2 kat sekolah beriya bawak buku banyak2. Bila kita panik takut apa yang dibaca pun tak ingat. 


Ambik restu ummi dulu. Buat elok2 ok?. 


Ni rasanya masa last paper ni. Paper Biologi. Malam ni relaks sikit la. Esoknya barulah sambung study....


Mengharapkan yang terbaik untuk Dania. Usaha dah usaha dah. Moga Allah ada ihsan untuk Dania. Kita buat part kita kan....cabaran buat batch 2004 ni. Pandemik datang mengganas. Moga ada pelangi selepas hujan selepas dugaan semua ni. Ummi yakin ada yang terbaik hadiah dari Allah nanti untuk Dania di hujung garisan.....insya allah. 



XOXO,
Ezna



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...