My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

Kisah Raya Saya 3

Keesokkan harinya selepas entry ini, selepas selesai breakfast di hotel kami memulakan perjalanan ke Tringkap. Area Tringkap ni jauh sikit la dari Avillion ni sebab terletak berdekatan dengan Brinchang. Avillion terletak di Tanah Rata. Pergi pagi tak gaduh nak cari parking bagai. Kami nak pergi ke Lavender Farm. Yayyyyy sebab apa eh Lavender Farm? Tahukah anda Lavender ni berwarna purple which is my favourite color....

Castle ni memang cantik jadinya snap dulu kat sini. Princess tu kat depan ni haa...😆😆😆


Tanam pokok dalam kasut pun unik kan?....


Ni tak tau bunga apa tapi well....warna purple.


Tak lupa ambik gambar kat spot yang menarik. 


Susah la nak ambik gambar kat sini takde orang. Ada je yang lalu lalang. 


Ayah dan anaknya. Ambik gambar kat sini sebab background lawa. Potongan kayu pun boleh bagi background ni nampak cantik. 


Sukanya bunga warna warni ni. Cantik sangat.


Dania....fly high Dania fly high...


Banyaknya bunga-bunga kat sini yang indah indah warnanya....


Cantiknya warna ni. Macam kombinasi 2 warna. 


Warna ni pun saya suka. 


Bunga teratai layu di tasik madu ke?...


Saje nak letak gambar bunga teratai kat rumah saya. Teratai kat rumah saya kombinasi warna ungu dan kuning. 


Bunga macam ni sesuai ke tanam kat tempat panas ye?. 


Lawa sangat warnanya. 


Tenang je bila tengok bunga-bunga yang berwarna warni ni. 


Kat dalam ni pun ada surau cantik. 


Pokok periuk kera. 


Lavender Farm ni bertingkat. 


Ni betul-betul kat depan castle. 


Saya pun nak cari produk lavender dalam ni. Akhirnya beli sabun, pewangi kereta dan bulu warna purple untuk letak kat bag Dania. 


Favourite color...


Ambik gambar satu family pulak la...



On the way ke Lavender Farm nampak sigboard ke Boh Sg Palas. Memang saya pernah pergi dulu tapi bila teringat kena jalan tepi curam tu seram jugak la. Tapi kan tak tahu kenapa bila nak balik je nampak je signboard tu bagitahu suami nak pergi Boh Sg. Palas so off we go.

Kat tengah jalan masa mendaki Sg. Palas.....



Tapikan....bila dah kat situ, rasa berbaloi je mendaki tempat curam macam tu. Dapat permandangan yang indah macam ni.


Kena parking kat bawah dan kena naik tangga untuk ke atas.



Dah datang sini kena la makan scones. Baru la kena dengan suasana nyaman macam ni. Order sekali air teh boh dan kek strawberry. Line beratur nak beli scones ni alehai panjang juga. Nak cari tempat duduk pun payah sebab ramai orang. 


Ni Dania gelak sebab apa tak ingat....ni dah dalam perjalanan nak turun ni. Opposite rumah penginapan pekerja Sg. Palas ada tempat parking tapi tak banyak la. 


Ada pulak rumah style inggeris kat atas bukit ni. 



Ok selepas tu kami balik hotel. Packing sekejap sebelum check out. Disebabkan jalan nak ke Simpang Pulai tu jam jadi kami decide ikut jalan Tapah. Jadi saya cakap dengan suami nak singgah Bharat Cameron Valley. Jadi ni gambar kat Cameron Valley. Sekarang ni kalau nak jalan-jalan ke ladang teh Cameron Valley kena beli tiket jugak. 



Cameron Valley Tea.


Tenang je bila tengok kehijauan macam ni. 


Gambar satu family pulak. 


Bila dah kena bayar, tak ramai la yang nak pergi dekat ladang teh ni. 


Lepas ke Cameron Valley ni kami meneruskan perjalanan balik. Jalan agak jam di kebanyakkan tempat. Biasa la asal jam je balik raya, asal raya je jam. 

Sekali sekala recharge minda kan....

Comments

  1. Cantiknya gambar. Guna phone apa ni tangkap gambar? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan DSLR, ada juga gambar dari phone Huawei.

      Delete
  2. Cantiknya la gambar2 tu. Naik semua warna bunga dan pemandangan teh. Tuan post pun kemain lawa jugak. Seronoknya pergi sana kan.

    ReplyDelete
  3. Wah...cantiknya permandangan dan bestnya tengok suasana dan keindahan alam..nyaman dan segar sangat..

    ReplyDelete
  4. Bestnye...lama tak ke Cameron. Memang Raya sakan you all sampai ke Sana. Ni Yang buat I nak buat plan jalan Sana.

    ReplyDelete
  5. wah bestnya ke cameron highland. lama jugak saya tak pergi. haha in shaa Allah akan usahakan untuk pegi tahun ni jugak. pemandangan dkt cameron mmg sangat cantik :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya dia beraya sampai ke Cameron sana tu kita pun raya kat kampung jer hehehehe... tapi dah lama tak pergi kameron ni teringin sangat nak pergi memang sejuk lagi ker kat sana hehehehe....

    ReplyDelete
  7. Akak kalau ke Cameron Valley memang wajib amik scone sebab sedap...hihi. Memang seronok skali skala bercuti kat tempat sejuk...memang best

    ReplyDelete
  8. Lavender farm nie mmg best datang sebabnya berwarna warni ! Mereka yg sukakan bunga, mmg selalu akan singgah sini. Cantik bunga2 tu kembang mekar dgn cantik di sana. Kalau beli n bawak balik nanti jd layu n mati. Banyak yg xboleh survive dgn suhu kita

    ReplyDelete
  9. Lavender farm... Bestnya bersantai. Scones! Tak pernah lagi lepak2 kat sana eating scones. Hahhaa. X dan sokmo kalau bergerak ramai. Nanti tenang2 nak ke sana and relaxing lah. Barulah namanya bercuti riang gumbira

    ReplyDelete
  10. Bestnya pergi Cameron! Lama st tak pi. Rasa masa anak first tu tak sampai umur setahun pun. Skrg dia dah 5 tahun Huhu. Rindu nya nak jalan jalan sana!

    ReplyDelete
  11. Dah lama nya sy tak ke CH. Dulu sebelum kahwin tiap tahun pergi. Ni dah 5tahun tak ke sana. Lavendar ni pernah pergi. Tapi sekrnag dah lagi cun dah.. masa pergi dulu, surau tu tak siap sepenuhnya lagi. Rasa macam nak pergi sana je la nanti..

    ReplyDelete
  12. rindu nak pergi cameron..dulu pergi sana sak singgah lavender farm..nak repeat ke sana pergi lavender farmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts