My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

Beetle an iconic gathering gagal mencapai target?

Suami dapat whatsapp dari sales person tentang event terbesar Beetle sempena Beetle dah stop production di Puebla, Mexico pada 11 Julai 2019 jadinya event ni sempena farewell Beetle. Daftarlah suami saya online. Kebetulan Dania ada aktiviti kat sekolah pagi jadi hantar Dania ke sekolah dulu. 

Ni Volkswagen Wing Hin di Balakong. Kami berkumpul di sini sebelum konvoi ke Putrajaya. Saya dan suami dah breakfast dulu sebelum datang sini untuk lapik perut jadi bila tiba sini memang agak kenyang la. Setakat minum ajer. Breakfast disediakan seperti roti jala, mi campur bihun serta air. Saya tapau roti jala je la. 

Ni semua Beetle yang akan konvoi sekali. Ada orange, dune, bronze, red and blue. Patutnya ada 12 Beetle tapi 6 Beetle lagi tak jadi konvoi termasuk la Beetle jiran saya yang berwarna hitam.  


Dari Balakong kami bertolak jam 10 pagi. Kami mengikut kereta Beetle berwarna orange. Kereta Beetle yang belakang sekali kebetulan pun berwarna orange. Dalam perjalanan, suami kata eh kalau ikut sini lagi dekat tapi sebab konvoi kena ikut la kan jalan mana yang dibawa. Suami kalau bab jalan di Putrajaya dah expert dah. 


Setelah parking kereta, setiap Beetle akan ditampal sticker bernombor untuk membuat kiraan kereta Beetle yang mengambil bahagian. Rombongan Beetle ni dari KLCC yang digelar 'Sunshine Tour'. Ada sebanyak 100++ Beetle yang mengambil bahagian. Ni deretan Beetle edisi terbaharu. Beetle edisi lama pun ada dalam kumpulan ini. 


Pentas utama yang memperagakan Beetle Collector's Edition yang berharga RM160,000++ yang siap make up. Hanya ada 75 buah unit sahaja kat Malaysia. 


Beetle atas Beetle. Rajin make up kan kereta. 


Pemandu Beetle ni ramainya orang perempuan yang bawa tapi ada juga pemandunya terdiri dari lelaki. Salesman tempat beli kereta tu bagitahu kalau lelaki beli Beetle ni nak bagi hadiah ataupun kalau profesion lelaki yang beli Beetle ni daripada dia ialah fashion designer. 


Mula-mula ambik gambar hairan pula ada yang photo bomb kat belakang. Sekali patut la...empunya kereta rupanya. 


Haa ni dia empunya kereta Beetle warna baby pink yang ada 2 teddy bear besar kat depan. Nampak tak teddy bear tu kat photo atas?. 


Tengah sibuk ambik gambar boleh pula nampak Beetle hitam jiran saya ni haa...sebenarnya saya la yang mengajaknya ke sini. 😆😆😆 Dari tak daftar online terus daftar online. 


Deretan beetle sana sini...ada versi lama ada versi baru. 


Ada juga disediakan booth untuk test drive kereta Volkswagen jenis yang lain. Kalau nak test drive Volkswagen Beetle Orange tu pun silakan. Orange yang ni escort dari Balakong ke Putrajaya. 


Plate number Beetle ni bermula dengan huruf P. Owner mungkin orang Pulau Pinang ni. Siap ada contengan kat body kereta tu.


Saya bergambar bersama Beetle berbulu mata lentik. 👧👧👧


First time tengok Beetle Car Boot Sale. Selalunya kereta lain lain jenama kan? Kali ni semuanya kereta Beetle. Bulatan putih tu saya beli buat kenang-kenangan. Kereta Beetle yang dikait. Kreatif je. 


Beetle bawak ikan laga you alls...


Siapa yang larat minum air durian silakan. Saya larat ambik gambar je bukan beli air ni. 😜😜😜


Ambil gambar suami dengan Beetle yang elok ni. 


Dalam pada itu ada rombongan Beetle dari mana tak tahu ni....Beetle Barbie ni lelaki yang pandu. 


Comel ke idok?. Ladybug sangat. 


Jual produk Nescafe dalam van Volkswagen yang klasik?. Nescafe pun klasik memang kena la dengan konsep. 


Perjumpaan pemilik kereta Beetle di belakang bangunan Istana Kehakiman, Putrajaya. 


Bergambar dengan jiran saya dengan Beetle klasik ini. Kemain berkilat bagaikan cermin lagi. 

Beetle ni nampak berkarat tapi mungkin sesaje buat fesyen rustic macam tu. 


Ni lah aturcara pada hari ini. Saya dah berada di Putrajaya jam 11.00 pagi tapi pagi lagi dah bertolak ke Volkswagen Balakong sebelum jam 8.30 pagi. Bila tiba Putrajaya jam 11.00 pagi sehingga event kemuncak jam 4 petang tu dah terasa lamanya. Dengan cuaca panas lagi. 

Sebenarnya kan event kat Malaysia ni sempena Beetle dah stop menghasilkan kereta ini pada 11 Julai 2019 di Puebla, Mexico dan bila berkumpul ramai-ramai macam ni Volkswagen nak cuba pecahkan Malaysia Guinness Book of Records sempena perhimpunan kereta terbanyak di Malaysia. Rekod yang perlu dipecahkan ialah 507 biji kereta tetapi bilangan Beetle pada 13 Julai 2019 adalah sebanyak 405 buah kereta sahaja. Jadinya kengkononnya nak buat sejarah di hari bersejarah tapi tak tercapai. 😭😭😭

Apa-apa pun perhimpunan kereta Beetle macam ni boleh mengeratkan persahabatan dengan pemandu Beetle satu Malaysia. Sangat rare la kan boleh berkonvoi ramai-ramai menaiki model Beetle versi lama dan baru dan ditemukan di dalam satu event yang besar. 

Saya sangat berharap jika kemudian hari pihak Volkswagen mengadakan event besar macam ni cuba jangan drag masa menunggu yang agak lama kerana faktor cuaca yang sangat panas. Kena banyakkan kipas yang ada air dan juga kalau ada bouncing castle untuk kanak-kanak pun bagus juga supaya anak-anak ini tadi takde la rasa bosan menunggu lama. 

Sebelum balik, saya ambil gambar berdua dengan suami. 


Bye Bye Beetle. Tiada lagi Beetle baru yang akan dihasilkan di kilang di Puebla, Mexico. 

Comments

  1. First time tengok banyak kereta beetle. I suka yang pink dengan ladybug tuh. Kalau ada event kat indoor lagi best kan.. Hehe. Tak panas. Boleh tengok lama sikit

    ReplyDelete
  2. Kalau saya panggil keta kora (kereta kura) bentuk kereta tidak tumbang seperti kura. Mesti best join event sebegini. Happy holiday ya

    ReplyDelete
  3. Oh ingatkan gagal kenapa. Rupanya tak dapat hit target penyertaan untuk rekod. Nampak bnyk betul keretanya..mcm2 jenis dah make-up. Yang bulu mata tu mmg nampak lawa. Hehe

    ReplyDelete
  4. Suka tengok kereta beetle. Klasik sangat design dia. And i suka tgk org investt utk hobi yg dowang suka. Nampak kepuasan betul!

    ReplyDelete
  5. so cute.. all the beetle.. i wish i were there to c all the beetles.. cute nya!~ nice cars..

    ReplyDelete
  6. Beetle gathering and konvoi bersama... warna-warni dan comel je.

    ReplyDelete
  7. jangan pandang rendah dengan kereta comel ni..memang antik. Kalau pandai make up kan kereta balik memang lawa...terbaik

    ReplyDelete
  8. Aida berkenan dgn beetle ni. Unik. Klasik. Lain dari yg lain. Cantik. Sesuai sgt utk driver pompuan. Then colour nyer pun sgt best kalau kaler kuning. Wow!
    Beetle konvoi gini nampak elegan!

    ReplyDelete
  9. Comelnyaaaa. Eee bila entah nak ada rezeki beli kereta comel2 macam ni, pastu makeup kasi cantik. Tersuka pulak dengan kereta2 ni. Pandai owner dorang hias.

    ReplyDelete
  10. Oo.. Beetle namanya eh. Tapi kita masa kecik suka panggil ni kete katak. Hahaha..
    Katak pun katak la kan. Tapi harganya tak semua orang mampu milik kan. Hehhe
    Seronok dapat join event tu. Bila kereta tu berkumpul semua, alahai.. Cantik je. Lagi lagi yang dimekapkan.

    ReplyDelete
  11. Best convoy macam ni on weekends. Can get to know other drivers who has the same interest as well and also a fun activity with the family.

    ReplyDelete
  12. wah teringin pulak nk memiliki beetle yellow tu. hope one day dapat merasalah memilikinya. hehe seronok betul kalau ada team mcm nikan, boleh konvoi ramai2. unik sangat nampak kalau kt jalan raya

    ReplyDelete
  13. Kunjungan perdana.. salam kenal..
    Blognya bagus sangat. Semoga bisa kesini sering2.. ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts