Selasa, Julai 23

Jerawat...pergi jauh jauh...

Bila anak mula meningkat remaja, hormon pun bertukar dan mula menimbulkan masalah jerawat pada muka. Sebelum ni dah macam-macam produk dah cuba / ikhtiar untuk anak pakai. Dahi banyak jerawat nasi dan kat muka ditumbuhi jerawat. Mencari produk yang sesuai tu mengambil masa yang agak lama juga la. 

Akhirnya entah macamana boleh pulak termasuk IG Bella Astillah yang juga pengguna produk ini. Pada mulanya nak percaya produk ni betul-betul berkesan tu susah juga la sebab takut hanya promosi ajer. Takpe kita cuba botol yang pertama Zaffy ni. Ia adalah serum muka yang berbentuk gel. 


Bagi la Dania pakai sebab saya rasa kena juga cari jalan penyelesaian masalah jerawat kat muka ni sebab macam Dania down sikit muka berjerawat ni. Mencuba produk ni pun baru lagi. Start pakai bulan puasa tahun ini. 

Kemudian, masa balik raya tahun ni juga singgah la ke Pekan Rabu kat Alor Setar. Terbeli produk kat bawah ni pulak. Bedak rawatan. Bedak rawatan ni ada bahan seperti kulit kayu manis. Bila pakai kat muka pada waktu malam, ada kesan gelap kat muka. Apply macam bedak sejuk. Bedak sejuk kalau pakai putih kan?. Ni pakai warna gelap. Dania kata mulanya bila pakai rasa pedih kemudian akan rasa sejuk pula. Pakai waktu malam je ni.

Ok....serum Zaffy waktu pagi masa nak pergi sekolah, malam pula bedak rawatan. Nak pakai bedak rawatan masa pergi sekolah tak sesuai la sebab bedak rawatan ni kuat bau kayu manis dia. 😀😀😀. Saya suruh stop kan penggunaan toner dulu. Basuh muka dengan cleanser Cetaphil. 


Ini muka Dania sebelum pakai Zaffy atau bedak rawatan. 


Ini selepas penggunaan serum muka Zaffy dan bedak rawatan pada waktu malam. Boleh nampak perbezaan kat muka ni dah kurang jerawat tumbuh dan pudar parut jerawat. Baru pakai 1 botol je ni. 


Kesan lambat sebabnya bedak rawatan tradisional ni. Zaffy pula ada tea tree oil yang memang untuk kecutkan jerawat. 

Kalau sesiapa tengah mencari solusi untuk masalah kulit berjerawat mungkin boleh cuba serum Zaffy yang berharga RM80/botol dan bedak rawatan pula RM4/botol. Keduanya boleh tahan sebulan atau lebih kalau pakai. 5 botol bedak rawatan tu kirim kat kakak ipar kat Alor Setar. Puas hati boleh tahan lagi 5 bulan la. Kalau beli kat Pekan Rabu, harga sebotol tu RM7. 

Macam tu la ibu nak cari satu-satu produk yang sesuai untuk anak tu bukannya senang. So stick to this one lah....

2 ulasan:

  1. moga2 cepat jd flawless muka dania tu ;) cabaran zaman remaja gitu

    BalasPadam
  2. Kalau pakai zaffy serum ni boleh stop ke?

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...