Pada sabtu 6 Julai 2019 yang lepas ada 2 undangan kat rumah saudara. Kat Bukit Jelutong Shah Alam dan Mutiara Damansara. Mula-mula saya ke majlis akikah cucu maksu kat Bukit Jelutong. Saya tiba dekat2 nak pukul 1 tengahari. Adik beradik saya tiba kemudian. Ni Dania bergambar dengan sepupu Dania yang sibuk makan buah limau.
Dania bergambar dengan 2 pupu Dania yang kawan-kawan Dania sekolah sekarang kata ada iras. Dulu 2 pupu Dania ni bersekolah rendah di Bandar Baru Bangi jadinya memang kawan sekolah menengah Dania sekarang ada yang pernah sekelas dengan 2 pupu Dania ni bernama Meor Adham Syahmie. Sekarang ni Syahmie kat SAS Putrajaya.
Hmmm tang mana yang seiras tu?. Ada yang kata tang mata, tang bulu kening, tang senyuman.....tang mana-mana tang lagi lah...
Sebelum kita akhiri sesi membawang, kita ambik gambar dululah. 😂😂😂. Maksu saya yang duduk baju + tudung merah kat depan tu muka seiras arwah mama saya. Paksu pula yang berdiri jubah warna kelabu.
Suami saya takde dalam gambar sebab ambik gambar ni haa....
Ok....lepas itu, kami adik beradik menuju ke Masjid Bukit Jelutong. Dekat sangat dengan rumah maksu saya. Kami solat Zohor sebelum meneruskan perjalanan ke Mutiara Damansara rumah lagi satu. Event kali ni kenduri bertunang pulak.
Ok, maybe ada yang tak kenal dengan siapa saya bergambar ni kan?. Dahlia ni owner make up SO.LEK Cosmetics. Bila saya mengenali SO.LEK ni?. Bila saya mula tahu anak saudara saya yang bertunang ni (anak sepupu) date dengan owner SO.LEK yang lelaki. Boleh tengok gambar Luqman kat dalam website ni. Handsome, sesuai dengan anak saudara saya.
SO.LEK pun boleh dibeli di dalam flight Air Asia tau. Dah maju setapak ni. Ok. saya pun memakai lipstick dari variasi Bunga Gang iaitu Chempaka.
Ni suami Dahlia yang dikenali juga dengan nama Monoloque. Guitarist kumpulan Butterfinger zaman dulu. Generasi sekarang tak tau la kot. Monoloque ni perform untuk pembukaan Sukan Sea kat Malaysia 2017 dengan lagu Jangan Gentar dengan Azlan & The Typewriter. Ada ambik gambar geng MCKK (Malay College Kuala Kangsar) juga. Monoloque ni MCKK juga. Papa, abang, ayah saudara dan bakal abang ipar Hana dulu belajar kat MCKK. Wah reunion junior dan senior MCKK jadinya.
Nampaknya saya dah buat homework keluarga tunang anak saudara saya ni 😆😆😆.
Ok, ni anak saudara saya Hanna Afifa. Papa Hanna ni sepupu saya.
Kali ni bergambar sekali dengan Luqman, tunang Hanna.
Bila dah selesai makan, saya dan adik beradik pun nak beransur pulang. Saya pun bersalaman dengan tuan rumah. Baru je keluar rumah, seorang adik saya dah bagitahu....kekna ada Hanis Zalikha. Hehe...apa lagi terus masuk rumah dan minta izin dengan family ni untuk ambik gambar. Hanis Zalikha ni macam baru habis pantang. Dania syok la tu dapat bergambar dengan 'Alpha Leader' dalam movie Paskal. Dania ni tak boleh move on movie Paskal....😅😅😅. Dulu masa rombongan sekolah Dania tengok Paskal Dania kata bapak Bujibu takde pun ummi. Haa sekarang sebelah Dania bapak Bujibu. Puas hati?.
Eh kenapa mereka datang event ni?. Sebabnya Hanna kerja dengan Hanis Zalikha. Ada juga saya bagitahu adik best kalau Hanis datang majlis ni. Adik kata Hanis dalam pantang lagi. Hmmm nampaknya tak dapat jumpa la ye....tak sangka pulak Hanis turn up. Majikan yang bagus ni...
Ok bergambar dengan adik beradik saya pula. Nyenyak sungguh Yusuf Iskandar tidur. Adik sebelah saya ni berkenan sangat dengan Yusuf. Tu yang selalu skodeng IG Yusuf 😁😁😁.
Balik ajer kenduri kat Mutiara Damansara singgah pula Butik Sri Munawwarah Design kat Taman Tun. Alang-alang dah dekat Taman Tun singgah la sini.
Nak beli stokin tawaf kat Munawwarah sebab nak hadiahkan kat mama best friend Dania yang akan menunaikan haji. Lepas beli ajer stokin terus nak cari anak owner Munawwarah bernama Haslina nak selfie. 😃😃😃. Lama dah saya pergi butik ni since 2004 ok...
Ni lah stokin yang saya nak beli tu. Tapaknya tebal jadi bila nak melakukan saie dan tawaf tu selesa sangat. Saya pun pakai masa umrah tahun 2014.
So, itu sahaja untuk hari ini. Bukan selalu dapat jumpa orang dikenali....
waa meriah betul dpt jumpa ramai artis yea! seronokla dpt bergambar dgn mereka, nampak sporting je semuanya hehe.
BalasPadamNampak wajah tampak ceria bersama artis kegemaran ya. Semoga happy selalu ya
BalasPadamWah bestnya dapat jumpa Yusuf. Teringin nak jumla dia. Budak comel dan bijak sangat. Suka folow dia
BalasPadamwah sakan majlis sana sini..bgus sis dalam sehari boleh pergi banyak tempat..ehhee..seronokla dapat jumpa hanis zalikha..huishh..dlm pantang lagi ke tu...
BalasPadamWah. Keluarga penuh dengan artis dan orang terkenal tu.
BalasPadamRawlins pun tau pasal So.Lek sebab ada kawan yang promote aritu, Rawlins suka penjenamaan beliau.
wah seronoknya dapat jumpa retis dan usahawan kosmetik gitu. hanis tu maintain jek cantik dan kurus walaupun masa tu dalam pantang kan.
BalasPadamWahhh seharian jumpa selebriti saja. Mesti excited kan. Hehe. And beautiful engagement. Congratulations to Hanna!
BalasPadamSeronoknyaaaa. Siap dapat berjumpa dengan artis face to face lagi. Rezeki. Hehe..
BalasPadamDania dan sepupunya nampak ada keirasan la kak.. Tang senyuman tu pun nampak sama je. Hehe
Wahhhh memang padat your schedule, back to back and jumpa artis pulak tu. Best kan!
BalasPadamBeruntung le sebab selalu berpeluang jumpa artis2..:D Mesti seronok dania dn mak dania kan? Apa2 pun tahniah pada Hanna
BalasPadamwah..seronoknya dapat bergambar dengan artis. Bertambah seronok Dania dapat bergmbar dengan bapak Bujibu..hihi.
BalasPadamwahhh... seharian sis bersama hairul dan hanis zalikha lah yaa
BalasPadamBukan seharian dengan mereka je Nad. Ada Monoloque, owner alat solek SO.LEK dan owner Butik Munawwarah. Semua akak panggil selebriti sebab semua dikenali. Hehehe
PadamWahhhh lawanya anak sedara u. Suka tengok muka dia. Wah ramai selebriti yang datang .. hanis zalikha nampak sangat slim :-)
BalasPadamWah syok betul pi kenduri dapat jumpa saudara + jumpa artis baru dan lama kat sana. Memang tak lepaskan peluang untuk bergambar lah kan.
BalasPadamHappy day ! Many happy moments to record! 😊👍👍
BalasPadam