My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

Warna warni Unicorn Fun Run 2019

Minggu lepas hari ahad 28 Julai 2019, bertempat di Persiaran Flora Cyberjaya saya dan Dania menyertai larian Unicorn. Sebenarnya tak pernah pun nak sertai fun run ni haa tapi disebabkan medal yang ditawarkan tu menarik hati jadi saya pun bersemangat mendaftarkan diri dengan anak saya Dania. 

Pada pagi nak berlari tu hubby rajin nak menghantar kami berdua ke Cyberjaya. Flag off jam 7.30 pagi makanya kami tiba jam 7.15 pagi. Siap-siap breakfast roti krim dalam kereta. Ada satu insiden di mana ada 1 kereta berwarna putih, dari kami ikut dari highway Cyberjaya tu bawak macam orang gila jap potong kanan jap potong kiri. Elok je nak belok ke area Persiaran Flora tu, kereta putih ni dihimpit oleh kereta warna merah. Kereta merah ni pun bergesel dengan kereta putih. Bila keduanya keluar, sah la mereka nak pergi unicorn fun run ni sebab pakai T-Shirt pink unicorn. Barulah buku bertemu ruas. Kedua kereta tu kelam kabut nak tiba awal di lokasi sampai lupa aspek keselamatan. 😟😟😟.

Gambar di bawah di pintu gerbang Unicorn. Sukanya tema Unicorn ni haa....sana sini pink berwarna warni. Mintak tolong orang ambikkan gambar kami berdua. Suami pula masa ni dah tak tahu kat mana sebab tengah nak parking kereta. 


Kami dilepaskan jam 7.45 pagi. Sepanjang jalan kami berjalan laju-laju. 5km larian ni. Nak berlari ni macam susah juga sebab ramai sangat orang. Dengarnya 10,000 orang yang berlari ni. Bayangkanlah. Ada family yang tolak stroller anak. Ada yang tak daftar tapi ikut support ahli keluarga yang lain berlari. Ada juga anak kecil yang berlari sekali. Kesian pulak nampaknya sebab nampak letih sangat. Ada anak kecil yang naik basikal ikut family dia berlari.  


Saya, half way rasa sakit kaki tapi boleh lagi meneruskan larian. Eh bukan fun run la tapi lebih kepada fun walk. Sepanjang jalan berjalan kat bawah pokok jadi redup sikit. Kalau area jalan tu panas sikit la. 

Lagi beberapa ratus meter nak tiba garisan penamat dalam jam 9.15 pagi, ternampak senior masa saya sekolah tengah berposing. Apa lagi.....Kak Asyu.....hehe....nasib baik Kak Asyu kenal saya....Ena.....kami ambik la gambar bersama anak masing-masing. Kak Asyu ni adik kepada Permaisuri Siti Aishah yang kahwin dengan almarhum ayahanda Sultan Selangor sekarang. Sporting betul Kak Asyu dan anak pakai cekak Unicorn. 


Gambar dari kamera phone suami ni. Tak clear la pulak. 


Dapat bergambar dengan Unicorn comel....sebenarnya Unicorn ni ada peserta larian yang sukarela nak pakai. Dia bagi 2 minit je. Hahaha....mesti panas dalam tu. 


Ni lah medal yang menjadi rebutan. Kalau nak dapat medal ni kena habiskan larian 5km then baru boleh claim. Tu yang motivasi nak habiskan larian 5km tu....😃😃😃. Kalau tak habiskan larian tak layak dapat medal ni. Comelkan medal ni?....


Nak berlari lagi?....tunggu kalau ada tema yang menarik hati....😊😊😊
Nak tahu info lanjut larian boleh ke http://jomrun.com/event


Comments

  1. adohai..comelnya cekak unicorn tu. Saya tak pernah masuk run run macam ni...teringin tapi tak berani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tapi kalau nak start kena buat regangan dulu kemudian boleh je lari slow-slow tak pun fun walk je macam saya.

      Delete
  2. Comelnya Ya Allah. Sekarang ni banyak betul run yang theme dia comel comel macam ni kan. Nak jugak join tapi tu la kan. Anak nak letak mana. Clingy tahap tak tau nak cakap apa. Kalau join run karang, ada anak-anak kene heret sekali

    ReplyDelete
  3. my cousin join run ni.. comel medal unicorn tu..

    ReplyDelete
  4. Wahhh semuanya warna pink. Nampak menarik betul y fun run yg nie Kak Ezna. Medal di pon cantik ! Uwaaaa ruginya x join fun run nie. Lama dh xjoin running event. Walaupun 5km tp penat di fuhhh. Hahahah

    ReplyDelete
  5. Sweet nya semua pink! Husband Nina baru jer mula join run ni Macam seronok lak tengok. Lain masa Nina pun nak join. Medal tu lawa cute laaa

    ReplyDelete
  6. Memang comellah medal utk unicorn fun run ni. Sangat cantik! Tak sangka ramai yang menyertai aktiviti tu. Okla fun walk pun sihatkan badan juga. One day nak join juga sebab belum pernah ada masa join.

    ReplyDelete
  7. Wannn so cute lah tema unicorn fun run ni hehehe pulak tu dengan baju warna pink nampak terserlah wanita gagah hehehehe. Kita pun dah lama tak jun run macam ni hehehe bila nak belari lagi ni hurmmmm...

    ReplyDelete
  8. Comelnya medal kak. Ruby suka fun run. Cuma dah tak larat nak berlari. Hahaha. Nanti masuk training balik untuk berlari. Best kumpul medal. Hahaha

    ReplyDelete
  9. Last dan firstime nad join run masa dekat putrajaya...hehee..Pastu dah lama tak join..bestnya tengok orang join run2 macam ni beramai-rmai..wah unicorn lagi tu..meriah...medal dia pun comel je..

    ReplyDelete
  10. Cantik lah medal unicorn run ni. huda pun teringin nak join, tapi pk takde geng , terus tak jadi nak join. fee nak join pun murah jer kan unicorn run ni.. memang berbaloi

    ReplyDelete
  11. Lia pun dah lama tinggalkan funrun. tahun ni baru nak aktif balik. sebab suka juga kumpul medal. rasanya unicorn fun run ni akan ada di penang jugak.

    ReplyDelete
  12. Comelnya medal dia. Rawlins tak join mana-mana larian lagi tahun nie. Huhu
    Nanti nak check the webpage.

    ReplyDelete
  13. alahai comel benau nih baik tema dan medal dia .....peminat pink mesti excited kan nak join fun run unicorn nih....cute jer semua

    ReplyDelete
  14. perghhh terbaiklah..kalau dapat medal plak tu sebagai koleksi kan best. dah hampir setahun tak ikut fun run ni. stamina pun dah drop teruk..kena mula semula la...

    ReplyDelete
  15. Saya join unicorn run ni 18 ogos nanti di ipoh . Rasa x sabar pulak nak pegi lepas baca blog akak 💖

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts