Jumaat, Julai 5

Cara menghidupkan insurans motor yang tamat lebih daripada setahun.

Motor ni memang legend ni sebab dah lebih berpuluh tahun (since 1980's). All this while dok kat kampung. Baru-baru ni bila balik kampung, anak saudara kata motor ni dah takde siapa yang guna dan dah mati pun road tax dah almost setahun lebih. 😭😭😭. Sayang sangat motor ni sebab ni lah motor suami pakai masa belajar dulu. Akhirnya suami kata suruh pos ke Bandar Baru Bangi. Sayang la jadi besi buruk je kalau dibiarkan. Anak saudara pos menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Bila tiba kat Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, suami ambik motor dan bawa ke kedai motor terdekat. Doa banyak-banyak moga dipermudahkan perjalanan ke kedai motor sebab kalau apa-apa hal berlaku masalah besar sebab motor takde road tax. 

Ok, motor kena dalam keadaan yang baik sebelum pergi Puspakom. Kalau nak hidupkan insurans yang telah mati kena bawa motor melalui pemeriksaan di Puspakom. Ada juga pilihan kedua di mana kita kena pergi JPJ untuk mendapatkan surat jadi kita boleh bawa surat itu bersama jika kena tahan dengan polis. Option kedua JPJ yang akan melakukan pemeriksaan.

Kemudian kita kena pergi ke mana-mana insurans untuk menghidupkan insurans. Saya terus ke Takaful Malaysia. Takaful Malaysia cuma menghidupkan insurans tanpa ada perlindungan. Perlindungan kosong. Tiada perlindungan pihak ketiga. Insurans yang lain tak ambil sebab ada surat Puspakom. 

Bila insurans dah hidup boleh terus ke JPJ untuk membuat road tax. Jangan pula buang masa beratur kat Pejabat Pos kerana jika insurans mati lebih daripada setahun, tak boleh buat kat Pejabat Pos. Terus ke kaunter JPJ ok?. Saya dah ada pengalaman nak buat kat Pejabat Pos tak boleh. 😰😰😰.

At last motor dah boleh berjalan tapi disarankan untuk bawa tempat dekat-dekat ajer sebab perlindungan pihak ketiga tak cover. Mana la tahu apa-apa berlaku kan?

Lepas setahun boleh ajer perbaharui insurans mana-mana dan boleh cover perlindungan pihak ketiga dengan syarat perbaharui insurans tak lambat daripada sebulan selepas tarikh tamat. 


Ok saya ringkaskan...

1. Baiki motor jika ada kerosakan sebab kena perfect sebelum ke Puspakom / JPJ.

2. Ada dua pilihan. Pilih salah satu. 
  • a. Pemeriksaan di Puspakom
  • b. Pemeriksaan di JPJ (ambil surat dari JPJ dulu sebelum membawa motor ke JPJ)
3. Beli insurans. Insurans yang menerima motor yang mati insurans lebih daripada setahun ialah Takaful Malaysia.

4. Buat road tax hanya di JPJ (Kalau pergi Pejabat Pos memang tak boleh renew). 

Moga dapat beri manfaat ya....

23 ulasan:

  1. Nice sharing 👍🏻😊 Sangat berguna.

    BalasPadam
  2. Husband i ada satu motor dah bertahun rod tax mati sbb x guna. Nanti i nak suruh dia renew juga. Tq for sharing this

    BalasPadam
    Balasan
    1. You are welcome Ayu. Tukang beli insurans tu I le. Pergi sana sini reject sebab lama tak renew.

      Padam
  3. Saya tak ada motosikal. Tapi dengan adanya info macam ni, boleh membantu orang lain yang duk terpinga2 xtau nak mula kat mana kan. Biasanya motor yang study duk senyap kat bucu. Sampai masa baru nak hidupkan balik

    BalasPadam
  4. hari tuh pon ofis ada satu motor yang dah lama tak guna. ingat nak jual so kenalah gi JPJ and renew semua baru boleh jual lah ya. thank you wak...

    BalasPadam
  5. terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik. baru tahu macam tu rupanya prosedur untuk hidupkan insurans. dekat kg ada jugak satu motor lama tak guna. bolehlah try nnti :)

    BalasPadam
  6. baru BBL tahu cara nak hidupkan roadtax motor kalu dah mati setahun macam ni rupanya. tak leceh cuma kena keluarkan duit untuk repair motor kalu usia motorsikal dah uzur..tapi kalu masih elok apa salahnya renew roadtax boleh guna buat ronda-ronda kampung kan

    BalasPadam
  7. Wow, moto legend ni. Ayah Nad pun lebih suka bawa moto Honda EX5 yang lama tu. Sedangkan anak lelaki dia semua dia belikan LC. Taste orang tua lain sikit kan. Cuma tula, memang takde bawa moto jalan jauh pun. Just nak pusing-pusing kampung jee.

    BalasPadam
  8. Thank you for sharing. Will be very helpful for many people.

    BalasPadam
  9. Perkongsian yang sangat bagus ni. terima kasih atas infonya.

    BalasPadam
  10. Thank you atas info berguna, Sekarang boleh heret adik2 bawak g repair moto dia dulu baru follow step lain. Lama dah tersadai tu.

    BalasPadam
  11. Info yang sangat berguna. Kat kampung pun rasanya ada motor yg dah buruk tapi masih boleh digunakan. Boleh la baiki & perbaharui insurans.

    BalasPadam
  12. motor legend ni ..kalau dah lama memang kene bawa puspakom erk..baru tau..almaklumla kita tau guan je..hehee.. bgus ni..ada motor legend motor arwah mak mertua, tapi dah bagi adik ipar

    BalasPadam
  13. Info yg menarik buat yg ada moto pusaka..hehe, tapi sis tak dak moto n tak dak siapa pun nak wariskan moto kat sis, lagi pun tak tau nak bawak moto pun, teringin gak tapi x berani..:D

    BalasPadam
  14. Motor legend tu. Betul, dari jadi besi buruk, baik guna. Banyak jasa motor pusaka macam ni. Cuma nak repair-repair/ service je.

    BalasPadam
  15. Wah thanks for your sharing, I never know the way to restart the motor insurans after expired for a year.

    BalasPadam
  16. Wah nice sharing sebab mmg plan nk hidupkan roadtax motor yang lama tak hidupkan tu. Dh jarang bawak moto kan. Sbb tu lama dh x hidupkan😅

    BalasPadam
  17. Thank you sharing. Dekat rumah pun ada moto terbengkalai lama dah memang kena hidup insurans roadtax semua la kalau nak guna

    BalasPadam
  18. Oh tk pernah tau pulak ada proses tertentu kalau nk hidupkan insurans motor kalau dah tamat. thank you sudi kongsi. Skarang kalau lah ada insuran motor/kereta yang dh lama tamat, (kot kot lupa mk renew), boleh la refer sini

    BalasPadam
  19. Tq Info..minggu depan plan nak hidupkan roadtax motor kat kg..

    BalasPadam
  20. kalau motor dia cek apa je ye??sy pun ada motor lama 1 yg dah lama xperbaharui cukai jalan.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...