Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, November 11

RFID gagal atau sebaliknya?....

Pada 3 November 2018 baru ni ada appointment pasang RFID.

Apa itu RFID? 

Nak tahu lebih lanjut boleh la baca kat sini https://rfid.touchngo.com.my/index.aspx

Fungsi sama macam Touch and Go tetapi yang ini berbentuk sticker. 

Sticker akan dilekatkan pada cermin luar kereta ya. Ia tak boleh dipasang pada cermin dalam yang ada tinted. Ia juga boleh diletakkan pada lampu kereta. 

Sebelum pemasangan dibuat, kita perlu bawa salinan dokumen di bawah dan daftar di kaunter Touch And Go. 

1) Geran kereta
2) Kad pengenalan


Lekat juga sticker kat bahagian belakang cermin kereta untuk alert pengguna jalan yang lain. 


Cara nak guna RFID ni...

Masuk lorong RFID di plaza tol (ada beberapa Plaza tol di Lembah Klang yang ada lorong RFID. Masih belum menyeluruh seluruh Malaysia lagi setakat 10/11/2018 ya) 


Ok tengok bagaimana RFID kami ni. Gagal ke sebaliknya?....


Ada juga tanya...

Bagaimana nak menjadi pilot projek RFID Touch N Go ni..

1) Kita kena download apps Touch ' n Go eWallet di Google Play. Masukkan sedikit duit. Macam hubby masukkan RM20 dalam eWallet.



2) Daftar di sini http://www.touchngo.com.my/html/preregisterrfid.aspx

Boleh pilih nak pasang RFID kat mana (Macam hubby, pilih untuk pasang kat tol Sg Ramal) 

Masih tidak dikenakan bayaran ke atas sticker RFID sepanjang pilot projek sehingga tarikh yang diumumkan kelak. Selepas itu, sticker RFID akan dikenakan bayaran. 

Ok....

Hari nak pasang tu saya dah bagitau kan kena bawa 2 salinan dokumen ni.

1) Geran kereta
2) Kad pengenalan

Selepas dah pasang, kereta boleh dibasuh seperti biasa tapi tak boleh kena chemical kat tempat sticker RFID tu ye....nanti RFID tak boleh detect pula.

Selamat mencuba RFID....

15 comments:

  1. tp kalo dh pasang tu...tp tiba2 lorong kita lalu tu tkde yg ada rfid ni mcm mana??guna touch n go manual ke?? tp kalo tk dpt detect time lalu tu apa perlu buat??

    ReplyDelete
  2. First time ni tahu tentang RFID sbb zaza tak pandai mandu.. So mcm bab2 kad n go ni memang tak tau hehe

    ReplyDelete
  3. Ada gak nampak lorong RFID ni..x tau plak pasal ni...x alert kan..tp x banyak rasanya lorong ni..sesetengah tempat je kan..

    ReplyDelete
  4. oo.. macam smart tag gak la ye? tak perlu nak swipe kad touch n go just lalu je nanti palang tu terus buka yea.. ? sennagnya kalau macam ni.. tapi kena pastikan topup cukup2 duit nanti risau palang tak terbuka.. huhu

    ReplyDelete
  5. Plan nak guna RFID ni secepat mungkin juga tapi kena tengok pro and cons dia juga. Bab chemical semasa cuci kereta tu kena alert nampaknya. Takut terkena dekat stiker tu terus tak detect kan.

    ReplyDelete
  6. Oh dia mcm smart tag ke.. Tp seangkatan dgn touch & go.. Bru tau pasal RFID ni.. So kalau dia xdetect mcmne? Boleh tukar ke touch & go ke?

    ReplyDelete
  7. Husband pun ada join pasang RFID ni bulan lepas. Kalau tak silap die kata letak dekat lampu depan. So far pakai ok je menjadi. Tak pernah lagi jadi palang tak terbukak

    ReplyDelete
  8. Harap tak de yang menyusahkan orang la masa full implementation ni nanti. Dah kena gi bawa grant kete and bagai. Susah tul untuk orang yang bekerja ni.

    ReplyDelete
  9. dah acam kat singapore rasanya....tapi seram jugak tiba tak jadi...macam merbahaya juga...tapi yelah teknologi terkini memang negara maju kena update benda2 macam ni

    ReplyDelete
  10. Wah menarik ni. Masani la nak pasang secara percuma kan. Hope cara ni rh memperlancarkan lagi trafik kt tol.

    ReplyDelete
  11. First time dengar tentang RFID, tapi macam.leceh jerk. Tapi biasalah kalau perkara baru ni.mesti ada kelemahan. Mana tau nanti jadi popular plak RFID ni

    ReplyDelete
  12. RFID masih kena IMPROVE lagi, husband haritu pakai yang beta, tapi serious lah kadang kadang dia detect kadang kadang tak detect bila undur kereta baru dia detect kadang-kadang terdouble ... tak de la nak bawa kereta laju laju walaupun dalam lorong ni memang asyik asyik nak kena slow down je.. hmmph....... masih ada kelemahan kat situ hahaa

    ReplyDelete
  13. We all also became there pilot test. Still much to improve...

    ReplyDelete
  14. Tapi x semua tmpt ada kannn...mcm kt oenang bridge..ada 1 laluan ja..tu pun kongsi dengan smart tag..cuma xpham rfid ni nak ganti smart tag ke caner ka

    ReplyDelete
  15. that's a nice latest gadget. but I saw the website many ppl registered. the response is very very good so have to wait long time to get one

    ReplyDelete