Nuff

Saya boleh guna kalau awak dah tak nak

Tahun depan anak2 yang mula bersekolah akan memerlukan barangan sekolah kan tapi bagaimana pula buat mereka yang tak mampu nak sediakan semua itu?.

Haaa ada NGO yang akan menghantar barangan terpakai sekolah yang masih boleh digunakan ke area Kg Kuala Kemaman, Kuala Nerang dan Sik. Kuala Nerang dan Sik tu kat Kedah tu. 


Pensel warna Dania ni masih elok lagi jadi Dania siap asah pensel warna ni. Rasanya ni tak lengkap la warnanya ni. 


Ni haa beg-beg sekolah dan bekas pensel Dania ni. Semuanya masih elok lagi. Daripada tak terpakai baik kita bagi kat mereka yang memerlukan. Pensel warna pulak memang Dania banyak termasuk yang dapat hadiah. 


Tudung, baju sekolah, kain sekolah pun ada sebab Dania dah dilantik jadi pengawas pembimbing rakan sebaya jadi dah pakai uniform warna lain. Selain daripada itu, uniform pandu puteri, baju lengan panjang putih dan sehelai seluar tracksuit. Moga dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada penerima. Insya allah....



Alamat Sumbangan :

Tadika Pasti Smart One
No 33, Jalan Kristal 7/77,
Seksyen 7, Shah Alam. 

Moga barangan Dania ni dapat la menolong mereka yang memerlukan tu sikit2. 

Jom Bantu!!! 💕💕💕

Comments

Translate

Popular Posts