Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, November 25

Young Scientist Mini Exhibition dan Kehadiran 100%

Baru-baru ni sehari selepas Dania balik khemah perdana kat sekolah, isnin pulak nak kena datang awal ke sekolah. Dania sekolah petang tapi hari isnin kena berkumpul sebelum jam 9.30 pagi sebab bas UPM akan fetch mereka semua ni ke UPM di Fakulti Sains Bioteknologi dan Biomolekul. 

Dania dan kawan baik terpilih sebab masa tu kebetulan mereka tolong cikgu Sains. Datang cikgu baju merah ni offer kalau nak participate. Apa lagi since dah tak belajar, detik2 terakhir sebelum cuti sekolah why not kan?. Nak nak cikgu kata dapat sijil UPM. 

3 yang depan ni cikgu2 sekolah Dania la ni. Aktiviti kat UPM hari ni adalah aktiviti kerjasama sekolah Dania dan UPM. 

4 gambar di bawah ni diambil dari facebook sekolah Dania. Ada juga kenangan tau sebab ummi suruh la bawa kamera dan ambik gambar. Nanti tengok la gambar yang Dania ambik. 😁😁😁



Dania dan Zalilah join dalam group 5 ni. 


Bergambar ramai-ramai dalam dewan kuliah. 


SD Card kemain banyak lagi kosong dan....

Ini je lah gambar yang Dania ambik....😂😂😂

Gambar meja kumpulan Dania. Board yang boleh tulis ni memang Dania bawak dari rumah. Kat rumah Dania tulis kata2 motivasi dan letak atas meja. Bear, bunga dan small pail tu memang Dania punya jugak. 


Dania dan kawan baik Nur Zalilah. Dania kata dia mintak tolong adik Form 1 ambikkan gambar mereka ni. 


Demi sebuah sijil.....


Last day of school pula, Dania naik pentas untuk ini..

Sijil Penghargaan 
Kehadiran 100% ke sekolah. 

Baru je dapat pada hari terakhir sekolah iaitu hari jumaat 23 Nov 2018. Patutnya sijil ni dapat lagi awal sempena Hari Kualiti dan Inovasi bulan Oktober 2018. 

Moga next year Dania boleh kekalkan kehadiran jugak.


Semua ni buat kenang-kenangan untuk Dania Yasmine. 

Selamat bercuti sekolah ye....

Jumpa lagi tahun hadapan...

Tahun depan Dania bakal menduduki peperiksaan PT3. Suspen....suspen....

No comments:

Post a Comment