Ni pertama kali saya berkunjung ke Sunfeet International Rehabilitation Centre. Kalau nak tahu kan Dr Edmund Lee, pakar ortotik dan prostetik. Beliau merupakan generasi yang ketiga yang mengendalikan Sunfeet International Rehabilitation Center. Wow kan? Maknanya pusat ni dah banyak dah tengok kaki-kaki rakyat Malaysia ni dan sekaligus memberi konsultasi tentang masalah tapak kaki yang dihadapi.
Bak kata Dr Edmund Lee, tapak kaki ni ala tayar kereta lah. Kalau tak jaga tayar tu akan memberi kesan kepada pemanduan kereta.
Kaki adalah asas kepada pembentukan tubuh badan yang sihat. Jika salah memilih kasut sedari kecil, akan memberi kesan kemudian hari seperti sakit lutut, tulang belakang yang tak sihat, sakit pinggang dan lain-lain masalah berkaitan. Oleh itu, pemilihan kasut yang sesuai adalah sangat penting.
Kita seringkali mengabaikan kesihatan kaki ni kerana merasakan tiada kepentingan berbanding muka kita. Betul ke tak?.
Kalau nak tahu kan ada beberapa bentuk tapak kaki. 5 ni lah diantaranya. Kalau nak tahu kaki kita atau anak kita ni jenis yang macamana boleh la berkunjung ke sini.
Dr Edmund Lee ada memberi tips pemilihan kasut yang betul.
1. Membeli kasut pada waktu petang kerana pada waktu itu kaki kita pada tahap mengembang.
2. Kasut yang sesuai ialah kasut yang boleh dimasukkan dua jari di belakang kasut dan depan kasut. Ini bagi membolehkan ada ruang untuk pembesaran kaki bagi anak kita.
3. Cuba acu kedua kasut dan cuba berjalan dengannya untuk memastikan ianya selesa.
Kasut ini bukan size yang sesuai untuk Dania kerana ianya muat2.
Ada yang dah mula mencari kasut sekolah untuk sesi persekolahan tahun hadapan?.
Sunfeet International solusinya dengan tagline "Healthy Feet, Healthy Kids". Ada promosi Back To School. Kasut sekolah ni bukan sekadar kasut biasa ye. Ianya kasut kesihatan. Tapaknya berbentuk dan bukan hanya tapak rata seperti kebanyakkan kasut sekolah di pasaran.
Ni close up kasut yang berwarna hitam. Kenapa hitam? Dania kan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya. Saya kena beli kasut yang berwarna hitam la untuk Dania.
Banyak pilihan kasut kat sini. Bukan hanya kasut sekolah berwarna hitam tetapi ada juga kasut sekolah berwarna putih.
Analisis tapak kaki perlu dilakukan setiap 6 bulan supaya jika ada masalah, akan dapat diatasi dari awal.
Di Sunfeet, bukan sekadar menjual kasut kesihatan tetapi juga membuat analisis tapak kaki. Kaki akan di scan dan seterusnya akan dibuat analisis dan Dr Edmund Lee akan memberikan konsultasi untuk membetulkan kaki anak kita atau kita sekiranya menghadapi masalah tapak kaki yang rata.
Oleh itu, melaburlah untuk sepasang kasut sekolah yang baik. Dapatkanlah kasut sekolah daripada Sunfeet untuk anak-anak anda.
Say Cheese untuk Sunfeet International Rehabilitation Centre.
Sunfeet....pakar ortotik dan prostetik anda.
Alamat Sunfeet :
Sunfeet International Rehabilitation Center
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Waktu operasi :
Buka setiap hari pada jam 10 pagi - 7 malam
📞📞📞
013 912 2939
💻
yupss penting untuk jaga kaki...susah laa nak kemana-mana kalau kaki sakit kan
BalasPadamBagusnya siap check bentuk kaki sebelum syorkan kasut yang sesuai. Yalah kan nak pastikan kaki selesa dan tak sakit bila jalan lamalama.
BalasPadamoh baru tahu kena cek kaki dulu sebelum beli kasut..selama ni nain beli je...tq sis share info yang berguna ni..
BalasPadamRupanya penjagaan kaki sama pentingnya dengan bahagian tubuh yang lain. Selalunya ayu bawak berurut kat spa jerk untuk pastikan kaki ayu sihat.
BalasPadamBaguskan dapat analisa kaki. At least kita boleh tahu apa punca sakit belakang, lenguh kaki dll. Tgk promosi back to school tu mcm menarik
BalasPadamTak sangka kene check kaki dulu before beli kasut. Kalau saya beli kasut, asal nampak cantik, harga boleh tahan murah dan bila pakai selesa, dah on , beli. Ni lah lagi kalau beli online, pakai klik klik je. Lepas ni sebelum pergi beli kasut, saya akan check dulu
BalasPadamMenarik. Bagus ada pusat seperti ni. Kita boleh check kondisi kaki kita. Dari anak2 lagi kita kena titikberat kan penjagaan kaki dengan memilih kasut yang betul
BalasPadamfurst time tahu kena buat analisis kaki setiap 6 bulan...biasa buat medical check up pun doc takde cakap pasal kaki hehe
BalasPadamSaya selalu sakit kaki kalau berdiri dan berjalan lama. Nak pergi check jugalah sebab takut pemilihan kasut tidak sesuai penyebab sakit kaki, terima kasih atas perkongsian
BalasPadamKite ada satu kasut dari sunfeet ni. Memang selesa pakai. Aritu ada juga cek kaki tu. Bagus bende ni. Lagi2 untuk budak2 dan orang tua. Nk pergi lagi la nk survey kasut lain pulak.hehehe
BalasPadamIngatkan sunfeet ni kasut untuk dewasa je. Rupanya untuk anak masih bersekolah pun ada ye. Bagus juga tu. Sebab anak anak pakai kasut sekolah dalam tempoh yang lama kan. Perlu cari yang sesuai dan selesa.
BalasPadamKita jarang pentingkan penjagaan kaki sedangkan penting juga kan. Kita banyak berjalan dan bergerak. Nak pergi sunfeet juga lah.
BalasPadamWah sunfeet dah ada untuk budak punya.. Bagus kan dapat ukur kaki budak pastuvpakaikan kasut yangvselesa utk mereka. .Takdela mereka sakit ke ape
BalasPadamZaman sekarang ni serba serbi boleh cari. Kalau zaman saya dulu. Kaki saiz apa, or sakit camana pun pakai kasut jenama sama bertahun-tahun. Lepas tu follow trend kasut tali dan tinggi buku lalui tu. Macam kaki Mc Donald dah tau kak. Sekarang ni, kasut jenis mcm sunfeet ni sangat selesa. Saya pun dah mula mencari kasut yang mcm ni. Tp jenama lain la kan. Sunfeet ada utk kasut sekolah bagus juga. Preparation utk anak saya nanti. Hehe
BalasPadamKak pun dah pernah pg kat sini,kaki kak pun xsama ada problem jd kena beli insole klu nk betulkan kaki
BalasPadam