Isnin, November 12

Baju tidur untuk si puteri dewasa


Payah juga la nak cari set baju tidur berseluar panjang dan berlengan panjang. Ni baju tidur berlengan pendek tapi seluarnya panjang.

Dania ni memang dari kecik ada set baju dia. Kalau kat rumah baju rumah, kalau nak tidur ada set baju tidur dia, kalau nak jalan baju jalan la pulak. Haa kalau nak pergi kenduri, kena sesuai pula pemakaiannya...kena la pakai baju kurung atau jubah. 

Masalahnya kat Malaysia ni tak banyak choice la baju tidur untuk remaja ni. Banyaknya untuk kanak2 ajer. Kalau yang seksi banyak juga. Pemakaian baju tidur Dania semuanya berseluar panjang. Tak pakai seksi2 sebab ayah dia pun tak suka. Seluar pun kalau yang pendek pun takat lutut ajer. Tak ada pendek lagi daripada itu. Masa kecik2 dulu boleh la kan. Sekarang ni nak kena jaga batas juga depan ayah dia.

Kalau tahu kat mana nak beli set baju tidur komen nanti ye....kalau cari kat website pun tak banyak kedai Malaysia yang ada baju tidur ni...saya nak yang pegi kedai terus beli. Tak nak yang online shopping sebab takut size tu tak ngam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...