Kisah menyayat hati ni berlaku kepada kawan saya yang kebetulannya anaknya yang sulung sama2 sekelas dengan Dania masa sekolah rendah. Kenal pun sebab anak sama2 study group. Maghrib 7 Ogos 2018, dapat messenger dari kawan saya yang tinggal kat kawasan lama saya di PUJ tentang kemalangan anak kawan saya ni. Macam-macam version saya dengar. Kemudian saya contact salah seorang cikgu sekolah rendah Dania dulu. Sah la berita yang diterima. Cakap dengan hubby niat saya nak melawat keluarga mangsa. Hubby kata lepas solat Isya' bersiap lah. Menujulah kami ke Hospital Serdang. Mula2 jenazah di bilik mayat sementara. Saya dan Dania masuk ke hospital bahagian kecemasan dulu sementara hubby cari parking. Parking kat Hospital Serdang ni agak limited. Kat bahagian kecemasan pula bukan sebarangan boleh masuk tapi nasib baik ada guard tu bagitahu jenazah dah dipindahkan ke bilik forensik. Berjalan laju saya dan Dania mendapatkan suami untuk bagitahu kena turun tingkat bawah ke bahagian forensik pula.
Apa yang saya tahu anak kawan saya ni telah dilanggar oleh van sekolah yang menghantarnya pulang. Kami bertiga nak datang sini sebab nak bagi semangat kat kawan saya ni dan keluarganya.
Percaya atau tidak, saya phone jugak van sekolah tu nak kan kepastian. Version yang saya dengar ada jugak cakap van sekolah park kat jalan besar dan budak sekecil 8 tahun kena menyeberang jalan besar. Rupanya owner van tu kata tak payah menyeberang pun. Phone dimatikan selepas itu sebab owner van tu tengah buat keterangan kat balai polis. Bukan owner van tu yang melanggar tetapi pekerja dia. Ok habis bab tu.
Kat Hospital Serdang pulak masa nak menuju ke bilik forensik, terserempak dengan deejay Odey Petra yang nak balik dah. Ambik gambar dulu sebab hubby tak kenal Odey Petra in person cuma suka dengar Nasional FM ajer. Saya cam sebab Odey ni jadi pengacara majlis dinner Dania masa tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil yang diadakan di Hotel Seri Petaling. Ada beberapa cikgu kat sekolah kebangsaan Dania pun berada kat depan bilik forensik.
Sedih tengok mama papa Ammar ni. Bila terjumpa kakak Ammar, saya suruh Dania peluk Adriana. At least itu yang kami boleh buat pun selain doa kan?. Adriana ni sama baya Dania. Kawan sekelas pun masa Darjah 6 di SK Bukit Jalil. Mata pun bengkak-bengkak dah menangis. Sempat peluk mama Adriana ni. Hubby dengan papa Adriana. Habiskan seketika kat depan bilik forensik tu, kami pun beredar. Jenazah pun tak dapat di post mortem malam ni. Post Mortem akan dijalankan keesokkan harinya.
Keesokkan harinya pada 8 Ogos 2018, saya menuju ke Masjid UPM selepas selesai menghantar Dania ke sekolah. Hari ni Dania kena ke sekolah lebih awal sebab saya nak ke Masjid UPM. Seawal jam 11.30 pagi saya dah berada di Masjid UPM. Sempat juga tapau McD untuk Dania dan saya. Mereka yang berada awal di Masjid UPM terdiri daripada saudara mara Adzlina dan Azrai (mama dan papa Ammar). Ini termasuk penyanyi veteran Azian Mazwan Sapuan. Saudara sebelah Azrai. Cikgu2 kat SK Bukit Jalil pun datang memberikan penghormatan terakhir. Ada juga cikgu yang tunggu jenazah dimandi dan dikafankan kat Hospital Serdang. Ada berita juga mengenai cikgu kelas Ammar sampai menangis-nangis. Apatah lagi Ammar duduk kat depan sekali dalam kelas.
Jenazah anak syurga Aazad Ammar tiba di pekarangan Masjid UPM pada 2.30 petang. Dah siap dimandikan juga. Saya sempat melihat wajah seakan tidur Ammar di pembaringan. Suasana kat Masjid UPM menyayat hati. Kebanyakkan mereka menangis termasuklah saya. Mama Ammar sendiri terpaksa dipapah untuk menaiki tangga Masjid UPM. Memang tak sanggup saya tengok. Tak sampai hati....ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜.
Hubby pun ada datang dengan best friend ke Masjid UPM. Kebetulan anak kepada best friend hubby ni sekelas dengan anak kedua pasangan ni. Kiranya kakak kepada arwah la. Adik beradik 4 orang. 2 teratas kakak2, Ammar No. 3 dan adik No. 4 pun lelaki. Berumur 7 tahun ++ pada hari kejadian sebab tarikh lahirnya pada 20 Ogos 2018. Family pun ada plan surprise untuk Ammar ni tapi Allah maha mengetahui....
Ini gambar pada 10 Ogos 2018, malam ni selepas Isya' ada tahlil untuk anak syurga Ammar. Ni Dania bergambar dengan ex classmate 6 Bestari Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil iaitu kakak Ammar yang bernama Nur Adriana.
Nak puji juga cikgu2 kat SK Bukit Jalil. Ada je samada masa kat forensik, Masjid UPM mahupun kat majlis tahlil anak syurga Ammar.
Nak puji juga cikgu2 kat SK Bukit Jalil. Ada je samada masa kat forensik, Masjid UPM mahupun kat majlis tahlil anak syurga Ammar.
Moga cerita ini dijadikan iktibar. Pihak van sekolah pula kena memastikan anak tu selamat melintas di hadapan van sebelum memulakan perjalanan. Jangan nak cepat je akhirnya anak yang tak berdosa menjadi mangsa. Nak cerita detail tu tak tergamak pulak saya. Boleh google ye ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Al Fatihah
buat
Aazad Ammar Bin Noor Adzlina
Moga keluarga Ammar diberikan ketabahan untuk menempuh hari2 yang mendatang. Apa yang pasti, Ammar di tempat yang terbaik.....insya allah....
Semoga semua pihak dapat jadikan pengajaran kepada kejadian menyayatkan hati ni..alfatihah utk arwah dan takziah utk keluarga arwah..
BalasPadamsalma takziah utk keluarga ammar
BalasPadam#sedeynya :(
alfatihah untuk arwah.. salam takziah buat keluarga
BalasPadam