Jumaat, Ogos 3

Lokasi indah penyatuan dua hati menjadi satu

Masa pertama kali masuk ke Villa Aurora kat Bukit Jelutong, Shah Alam ni. Eh....rasa macam pernah nampak Villa ni dalam drama. Rupanya memang Villa Aurora ni tempat penggambaran banyak drama diantaranya Projek Memikat Suami lakonan Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza. Siapa tengok drama ni?. 

Tujuan saya ke sini untuk menjadi saksi penyatuan dua jiwa satu hati sepupu saya Liana. Anak kepada Paksu dan Maksu saya. Maksu Azizah ni adik arwah mama saya. Muka pun saling tak tumpah dengan muka mama saya. 

Saya teruja tengok gubahan pengantin ni iaitu dulang hantaran pihak perempuan untuk pihak lelaki. Dulang ni yang specialnya siap ada lampu-lampu lagi. Ia digubah indah oleh Abang Kamal, sepupu saya juga. Lecturer UTM Abang Kamal ni. Fakulti Teknologi dan Informatik Razak kat UTM. Tengok la hasil tangan lelaki ni. 






Ni pula Maksu saya. Adik arwah mama saya. Muka pun ada iras2 mama juga 😢😢😢. Mama panggil maksu saya ni A' A' sebab nama maksu saya Azizah Hanum. 


Pelaminan dihias simple tetapi sangat cantik bagi mata saya. 


Siapa tak kenal Nurul Shukor ni?. Make up artist Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan make up artist khas buat Tuanku Zara isteri Sultan Perak. Siapa nak sentuhan make up dengan Nurul Shukor?. RM1,500 untuk nikah sekali make up (saya tanya). 


Dewan kat tingkat atas ni boleh memuatkan ramai orang. 


Sepupu saya Liana dah bersiap-sedia ke pelamin untuk upacara akad nikah. Diiringi dengan maksu dan adik Liana bernama Nadia. Mereka dua beradik. 


Pelamin yang sangat cantik. 


Pengantin lelaki ke bilik selepas akad nikah untuk menunaikan solat sunat dua rakaat. 


Eh...Liana senyum kat kamera. 


Gambar Liana dan maksu. 


Saya suka gambar Nadia, adik kepada Liana yang ni. Manis sungguh.  


Upacara membatalkan air sembahyang, Hazman nak menyarungkan cincin ke jari manis Liana. 


Close up jari pengantin. 


Alhamdulilah. Selesai sudah satu bab. 


Sukanya gambar ni. Nampak sweet. 


Ni Kak Hanim dan Maksu. Kak Hanim ni isteri Abang Kamal yang gubahkan hantaran untuk Liana.  


Paksu. Dulu masa kecik2 paksu kata saya panggil Pasu bunga 😳😳😳 sebab Pasu Bunga tu ala ala paksu kot. Notty gak saya eh?. 😆😆😆


Paksu dengan pengacara majlis. 


Pengantin masih posing lagi ni. 


Paksu, Maksu dan pengantin. 


Photo ni pun saya suka sebab nampak bersahaja. 


Nurul Shukor, make up artist meletup. Kawan saya, anak Habsah Hassan pun Nurul Shukor ni yang make up. 


Alahhh saya je ke yang over? 😜😜😜. Masa ni katanya freestyle....hehehe...

Dari kiri duduk : Kak Hanim, Aishah, Kak Suzana, Sofiah
Dari kiri duduk atas : Suami Aishah, Hazman, Liana dan Makcik Fuziah. 


Tangga nak turun ke bawah. 



Sebelum balik ambik gambar maksu, Nadia dan keluarga belah Paksu. 


Nadia kata meh I ambik gambar pulak. Hehe. Rasa macam mesra je gambar ni dengan maksu. 


Haaa tengok kat bawah ni...Ada familiar drama mana2? 





Villa Aurora
Penyatuan dua hati menjadi satu
Selamat Pengantin Baru buat sepupu saya Liana dan Hazman. 
Moga berbahagia sehingga ke akhirnya....

2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...