Isnin, Ogos 20

Information Day : University of Nottingham Malaysia Campus

Kami dah tiba University of Nottingham ni pada jam 9.30 lagi. Information Day ni bermula jam 10 pagi. Setelah daftar, duduk kat sini untuk campus tour. 


Ada student helper yang akan membawa kami tour pusing kampus berjalan kaki ajer. 


Ni part of the tour jugak di mana blue building ni menempatkan Faculty of Science. Ada school of Biomedical Science yang Dania minat tu. The reason bawa Dania ke sini supaya dia dapat lebih info untuk kehidupan campus dan tentang kursus bioperubatan. Kalau nak tahu lebih lanjut kat universiti swasta macam ni lah sebab mana ada open day untuk universiti tempatan. Ke ada tapi saya je yang tak tahu?. 


Ambik gambar ni pun masa tengah campus tour. Ni bilik IT Services. Menariknya sebab ada tempat duduk kat depan ni. 


Singgah posing depan library. Library di University of Nottingham ni ada empat tingkat. 


Auditorium ni agaknya boleh memuatkan 200 orang student agaknya. 


On campus pun ada restoran makanan segera yang kita familiar seperti Subway, Secret Recipe dan saya ada nampak juga restoran mamak kat dalam ni. Agak2 terasa nak makan roti canai ada lah restoran mamak RK Fathima kat sini. Kat dalam campus ni. Katanya mamak famous kat Semenyih dibawa masuk dalam campus. Food court pula menghadap kehijauan. Memang best la kalau lepak kat sini. 


Lepas campus tour ada aktiviti di luar untuk melepaskan belon-belon tertera No. 18 ke udara. CEO University of Nottingham Malaysia yang melepaskan belon yang menandakan 18 tahun universiti ini berada di Malaysia. 


Persembahan gendang ni menarik perhatian saya. 


Berapa lama nak kena berlatih untuk menghasilkan persembahan yang hebat?.  


Lepas tu ada majlis di dewan utama di dalam bangunan Trent ini. 


Welcome speech by the CEO of University of Nottingham Malaysia Campus, Professor Graham Kendall. 



Buku nota yang tebal ni saya dapat sebab angkat tangan untuk jawab soalan.  Jawapan saya betul pulak tu....👧👧👧


Luar dewan pula boleh tengok sel usus dengan menggunakan mikroskop. 


Bersungguh Dania tengok sel tu. 


Kita ambik gambar dengan salah seorang tenaga pengajar Biomedical Science di University of Nottingham. Dr....(saya lupa nama) dulu tinggal kat Seksyen 4, Bandar Baru Bangi sekarang ni kat Puchong pula. Dr ni tahu lah sekolah menengah Dania tu. 


Saya, Dania dan hubby naik buggy untuk tour kawasan kampus sambil diberi penerangan oleh Student Helper Sofia. Ada 1 group family yang naik buggy sekali dengan kami tanya Dania belajar kat mana? Hehe. Hubby kata baru Tingkatan 2. Anaknya nak daftar kat University of Nottingham ni. 


Ada lagi gambar-gambar kat bawah ni sebelum kami balik. 


Booth untuk campus tour. 


Nak tahu info selanjutnya?
Follow University of Nottingham, Malaysia Campus di dalam media sosial seperti di bawah. 


Bunga ros jepun yang ditanam di pekarangan University of Nottingham menarik perhatian saya. Nampak macam baru ditanam je. Mungkin untuk mengindahkan kawasan sempena Information Day. 


Lepas event ni kami ke Kuala Pilah pulak.  

2 ulasan:

  1. Nanti anak belajar oversea dalam negara je. Tak perlu keluar duit untuk ke luar negara.

    BalasPadam
  2. menggamit memory lah plak kalau benda2 related dgn notts ni hehheheh

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...