Saya berpeluang untuk mengenali dengan keluarga The Moulins dengan lebih dekat. Saya dan keluarga tak lepaskan peluang. Kami bawa buah tangan Dunkin Donut untuk majlis meet and greet ni. Potluck namanya kan. Bawa la seorang sedikit untuk dikongsi bersama.
Siapa kenal light km kat IG?. Kak Nur ni jual Nasi Ayam Madu kat Paris. Ramai juga yang turun Paris mendapatkan Nasi Ayam Madu Kak Nur ni termasuklah selebriti Neelofa. Nak duduk homestay atau nak mendapatkan perkhidmatan tour atau airport transfer di Paris boleh la menggunakan perkhidmatan yang diberikan oleh light km
Masuk je homestay Kak Nur setelah bersalaman dengan Kak Nur, tercari-cari muka yang familiar....Yeee saya nampak Anna Syifa tapi sekejap je saya dukung. Maklumlah dah 14 tahun takde pengalaman pegang baby. Hehe. Ni saya tangkap gambar masa ada follower Kak Nur dukung Anna Syifa. Comel sangat dengan headband bunga ni.
Tak sah kalau tak bergambar dengan Tuan Rumah, Kak Nur yang agak busy melayan tetamu. Pinjam lesung pipit manis tu kak?....
Tengok la ni ada yang menghadiahkan tilam cantik ni buat Anna Syifa. Terus jatuh cinta sebab apa tau?. Warna purple....
Mesti ramai yang kenal Jade Nur. Jade Nur ni pernah viral sebab anak orang putih pandai cakap Negeri Sembilan. Cantik kan Jade?. Malu-malu bila aunty kata nak ambik gambar.
Ida Aili ni pun manis orangnya. Aunty pun berkenan dengan dress yang Ida pakai. Boleh beli kat TheMoulinParis
Suami Kak Nur, Nicolas Moulin dengan Jade. Ada muka ayah juga Jade ni. Ye lah mix mama dan papa la kan? oui?
Homestay ni dipenuhi dengan tetamu yang bertandang. Dania tu sibuk makan apa tah tu.
Kat hujung bangku ni datang dari Bandar Baru Bangi. Dekat dengan Seksyen 4 Sekolah Dania. Ada gak geng dari BBB. 😊😊😊
Makanan yang dihidangkan. Banyak pilihan. Nak makan apa?. Donut yang kami bawa tu baru diletakkan kat meja sebab meja dah penuh sebelum ni dengan buah tangan dari para tetamu.
Dania Yasmine bersama Adam Daniel. Anak sulung Kak Nur. Dania 14 tahun dan Adam ni 16 tahun. Tinggi lampai orangnya. Senyum je bila aunty tanya pandai ke cakap melayu?.
Hubby bergambar mesra dengan Nicolas Moulin.
Hubby, Adam dan Nicolas Moulin. Tq Nicolas kerana mengajarkan Dania bahasa French. Nicolas cakap dalam bahasa French.....terjemahannya "speak good French" dekat Dania. Heran betul Dania dia kata dia minat bahasa Perancis.
Ida menghadiahkan Dania, slime yang dibuat sendiri oleh Ida. Terima kasih Ida Aili. Raut wajah Ida yang lembut. Oui?.
Gambar last sebelum beransur pulang.
Jauh juga homestay Kak Nur ni dari rumah saya iaitu dalam 60km pergi (ikut maps google). Demi untuk menyambung silaturrahim kami pergi juga. Terima kasih di atas layanan Kak Nur sekeluarga. Terimalah gift dari kami buat Adam, Ida, Jade dan Anna Syifa. Sebelum pergi rumah Kak Nur, paginya hantar kereta S untuk service kemudian just nice, balik je dari rumah Kak Nur dalam 5.30 petang macam tu pergi ambik kereta dekat Bandar Puchong Jaya then kami balik asing 2 kereta. Alhamdulilah. Dipermudahkan urusan pada hari ini.
Moga ada peluang kami ke kota Paris pula....insya allah....one day....
Seronoknya Ezna dapat jumpa kaknur .suka terjah ig dia dan kagum sgt sgt dia mendidik anak denga n penih adat melayu kan..
BalasPadamAh ah SA...bukan senang nak bentuk anak kat negara minoriti kan....
PadamAida x kenal, ezna. Maybe sebab aida x aktif di ig. Sempatlah aida skodeng td. And baca balik entry ni. Wajib eratkan sillturrahim. Tuntutan dlm islam. Besar pahalanya in shaa Allah.
BalasPadamAh ah tak kenal pun tak apa tapi betul....nak eratkan silaturrahim. Mana tau ke kota cinta Paris....ada juga orang Malaysia....
PadamBertuahnya sis dapat jumpa dorang . Penah stalk ig dia jugak. Anak2 dia semua cantik kan?
BalasPadamAnak2 dia handsome dan cantik2. Setuju sangat!
PadamWahh... this is the beauty of Malaysia. Walau berlainan bangsa tapi ikatan siraturahim tu yg jd titik nilai murni dalam hubungan kekeluargaan
BalasPadamYa betul. Bila orang melayu + perancis bergabung.....
PadamBestnya dapat merapatkan silatulrahim dengan pelbagai bangsa dan juga budaya tambah-tambah orang luar ini memang mereka hormat negara orang..
BalasPadamSeronok tengok suasana majlis ni...👍👍
BalasPadamAlhamdulillah, indah bila eratkan tali silaturrahim macam ni. Thanks juga sharing, next time nak ke Paris boleh cari Kak Nur. baru follow IG dia.
BalasPadamSilaturahim dengan orang jauh tu. Hehe. Merantau jauh di eropah sesekali balik Malaysia lidah boleh makan makanan melayu tak?
BalasPadamSelalu jugak tengok keluarga ni kat ig diaorg, suka tengok anak2 dia. Bertuah betoi dapat berkenalan dengan keluarga yang glamour ni.
BalasPadamBaguslah walau dah jauh dan berlainan bangsa dan budaya, suami tu masih nak rapatkan silaturahim. Keluarga sis pun tak membeza bezakan layanan. Tahniah. Semoga kekal dalam islam sampai syurga. Amin
BalasPadamSesekali balik kampung dan di raikan oleh ahli keluarga macam ini mesti mereka seronok nak balik selalu kan
BalasPadamcomel comel kalau dah mix mat saleh. baguslah kalau masih mengekalkan tradisi melayu.. susah nak cari yg macam ni.. good job
BalasPadamNanti kalau pergi Paris lagi i nak try jugak la Nasi Ayam Madu tu. Mcm sedap je. Hehe
BalasPadambestnya ada gathering ramai2 macam ni.. menjaga ukhwah kan =)
BalasPadamSuch a fun gathering, the tilam my little pony is just so cute, I also wish to have one too 😊
BalasPadamSaya pun suka stalk ig kak nur...tengok ana..tgk ank2 dia yg laim ckp melayu...pmdai dia didik anak2 dia
BalasPadam