Isnin, Ogos 27

Lepas Universiti, ke sini pulak

Nak update blog ni punya la rasa kena paksa diri. Idak bersawang la dia. Hehe. Actually, lepas balik je dari University of Nottingham, ikut jalan dalam kami ke Kuala Pilah pulak. Ikut jalan dalam dari Broga tu. 

Ada singgah makan kat seberang jalan masjid kat Kuala Pilah. Opposite cafe The Canteen. Lepas tu solat dulu sebelum singgah beli petai pulak. Ala tepi jalan je tapi tak ingat la area mana. 


1 ikat petai ni berharga RM10. 


Singgah juga beli durian kampung. Katanya durian kahwin. Ok...balik nanti tengok elok ke tak. 


Dalam perjalanan balik, ternampak sign board cendol durian terus la berhenti dulu kat sini. Saya ni pantang nampak laksa utara jadi order satu mangkuk. Harganya RM5 satu mangkuk ni. Dua cendol durian dan 1 cendol biasa untuk Dania. Dania mana nak makan durian ni...'busuk' katanya. Dania yang kata tak nak order laksa, elok pula join makan dengan ummi dia. Banyak juga dia makan. 


Seberang jalan tu ada kedai serbaneka yang besar jugak. Lupa namanya tapi ni kat area  Rembau. 


Sebelum balik rumah, singgah rumah best friend Dania nak hantar buah tangan. Adik dia yang bongsu keluar rumah dengan atuk. Best friend Dania keluar pergi kedai dengan adik yang lain dan mama dia. Tak jumpa la Dania. 


Akhirnya tiba rumah dalam jam 7 lebih malam. Perghhh penat berjalan hari ni. Balik rumah hubby kopek durian. Alaaaaa isi dia nipis kemudian tawar pulak tu. Rezeki kami.....😅😅😅

1 ulasan:

  1. sedapnya laksaaaa my fav tu hehehhe semlm pun i mkn laksa..beli kat restoran dekat2 area umah i

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...