Jumaat, Ogos 10

Bagai di kayangan?

Saya nak update blog ni lagi awal tapi kebetulan unifi down kat kawasan rumah saya. Ni cerita pada 4 Ogos 2018, yang diadakan di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam. kesinambungan cerita daripada sini.

Dania dan bunga. 


Ni Adlina sepupu Dania. Nampaknya jadi macam Kak Dania juga suka princess. Kakak Adlina ni nama Sofiah tak suka princess2 ni. Dia lasak sikit. Hehe.


Kali ni saya berpeluang untuk bersama hubby dan Dania ke majlis sepupu saya Liana dan pasangannya Hazman. Masa ni Liana menyuapkan kek pengantin kat mulut papanya. Papanya merupakan paksu saya. 


Liana suapkan kek ke mulut bapa mertua. 


Ni maksu saya. Adik kepada arwah mama saya.


Saya suka gambar Liana kat sini. Manis sangat bagi saya. Terpancar wajah kegembiraan di sini. 


Ni pengapit Liana ni adiknya Nadia dan pasangan lelaki ni untuk mengapit Hazman. Berbaju sedondon tema biru. 


Dunia ni kecik sungguh ye. Dania cakap dengan ummi....ummi....tu ada budak JESS (merujuk kepada sekolah Dania...Jalan Empat Secondary School). Rupanya Humaira ni cucu kepada Paksu (keluarga belah paksu). Dania pula cucu kepada Paksu juga tapi keluarga belah Maksu. Kecik bebeno dunia ni. Humaira ni pun tinggal area Bandar Baru Bangi jugak. Mereka berdua Tingkatan 2 sekolah yang sama tetapi berlainan kelas. Ummi pun apa lagi, ambik gambar la mereka berdua. 


One for the album. Bergambar dengan pengantin. 
  

Suami Eja, Rozlano kena tolong ambikkan gambar family sepupu saya Tajul Azwa. Ada seorang anak sepupu saya bekerja dengan Hanis Zalikha. Depan yang free hair tu. 


Ni anak2 Eja la ni syok depan air cooler. 


Pelamin yang sangat cantik di mata saya. 


Majlis perkahwinan ni di dalam khemah yang sangat besar. Kalau lihat kat sini temanya ala Inggeris.
Boleh click link  http://www.segiseri.com/group/wedding---events.html kalau berminat. 


Semoga Liana dan Hazman berbahagia sehingga ke jannah.
Tahniah Paksu dan Maksu dapat menantu.
Tahniah Nadia sebab dapat abang ipar. 

15 ulasan:

  1. Laman Kayangan memang cantik utk majlis perkahwinan..nak nak tang bumbung dewan ni..tahniah pengantin!

    BalasPadam
  2. Cantiknya laman kayangan ni. Liez xpernah pergi lagi tapi duk dgr org duk sebut laman kayangan.. pengantin sama padan..

    BalasPadam
  3. Wahh..tengok orang kahwin kan terus rasa nak kahwin la..hahaha..betul cantik pelamin tu..sweet sangat..pengantin pun cantik..suka warna busana pengantin mereka

    BalasPadam
  4. Dah baca sampai habis baru perasan caption dekat atas gambar hahah sebab sy selalu letak caption dekat bawah gambar. Kemain syok bebudak tu duduk depan air cooler ye. Tahniah buat pengantin! Colour tema cantik so pengantin, baju pengantin dan pelamin semua jadi cantik! <33

    BalasPadam
  5. Cantiknya laman kayangan ni. Memang betul macam kayangan la gitu. Sesuai dengan namanya. Pengantin pun cantik

    BalasPadam
  6. Pernah ke Laman Kayangan untuk berbuka, tak pernah lagi ke sana utk wedding. Cantik jugak ya deco utk wedding yg diorg buat..nampak mewah sangat

    BalasPadam
  7. Lawanya dewan pengan ni.. seronokkkan bila ada majlis macam ni. Kita boleh jump saudara mara jauh dan dekat

    BalasPadam
  8. besar dewan dia..pelamin pun cantik..laa sangat pengantin..kiut..selamat pengantin baru..kan kadang2 dunia ni kecik..situ2 rupanya sedara kita

    BalasPadam
  9. Tahniah dan selamat pengantin baru kita pernah pergi sini untuk makan-makan dapat jemputan juga hehehe tempat ni best dan besar harap dapat kahwin kat tempat macam ni...

    BalasPadam
  10. Memang nampak mewah dan elegan dewan untuk sewaan majlis ni. Kalau nak elak pening buat di rumah dan ada kemmpuan bolehlah

    BalasPadam
  11. Meriah tengok kenduri ni lagi-lagi kenduti saudara mara . Suka berkumpul dan bersembang Lama tak jumpa kan.

    BalasPadam
  12. Cantiknya tempat ni..sekarang ni tmpt buat event knduri kawen pun da cantik2 kan

    BalasPadam
  13. Selamat hari raya aidil adha mama ucapkan pada sis ezna. Lawa tempat ni, sesuai buat function yang grand

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...