Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, April 10

Majlis Kerdipan Bintang 2018 : Moga bintang Dania berkedip lagi....

Pada 7 April 2018 baru ni telah diadakan Majlis Kerdipan Bintang untuk keputusan peperiksaan akhir tahun Dania pada tahun 2017. Majlisnya diadakan pada tahun 2018. Sebenarnya pada tarikh hari ni 7 April 2018 ni tarikh harijadi mama. Mama pun dah pergi tinggalkan Ena. Kalau mama masih ada mesti la mama senyum dengan kejayaan kecil cucu mama ni.


Ok berbalik pada kisah 7 April 2018 ni, disebabkan nak mengejar masa pendaftaran 7.30 - 8.15 pagi tu kami keluar rumah awal dalam 7 pagi. Menuju ke Restoran Azura, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.  untuk menikmati sarapan pagi. Kena lapik perut dulu. Selesai makan terus menuju ke sekolah Dania. Tak jauh pun dari Seksyen 3 tu. 

Tiba je sekolah selepas daftar kena duduk di tempat yang disediakan. Hiasan dewan ni cikgu kelas Dania yang bertugas jadi ada 2 kawan Dania yang kena datang 6.40 pagi sebab nak tolong cikgu siapkan / touch up hiasan pentas. 


Dania dan kawan2 penerima anugerah kena beratur sebelum duduk di tempat yang dikhaskan. Sejujurnya saya teruja sebab ini anugerah Dania yang pertama untuk sekolah menengah. Perasaan mak2 kita dulu macam ni la agaknya. 

Bangku batu tu dihadiahkan oleh pelajar sekolah SMK Jalan Empat yang dapat keputusan yang cemerlang. Nama ada kat atas kerusi ni. 


Kerusi belah kanan ni lah Dania dan kawan2 kena duduk. Khas untuk penerima anugerah Tingkatan 1 tahun 2017. 


Rakan sekelas. Perkenalkan yang tengah tu Zaid dan yang baju biru tu Mira Farisha. Dania penerima anugerah kecemerlangan No. 3. Ni kira ikut urutan di mana Mira No. 1. Zaid pula No. 2. 


Persembahan kumpulan gamelan pun ada. Terdiri dari pelajar sekolah sesi pagi. 


Ibu bapa masih tak memenuhi lagi kerusi ni. Masih ada yang belum sampai. 


Buku cenderahati Majlis Kerdipan Bintang. 


Tak sia2 ummi membebel tahun lepas ye?. 


Ok....mereka dah mula beratur sebelum naik pentas. 


Kena berdiri kat spot ini untuk tunduk dengan tangan silang ke dada. 


Anugerah disampaikan oleh Pengerusi PIBG SMK Jalan Empat. Beliau juga seorang Dr pakar mata yang mempunyai klinik di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi ni. 


Dania pose dengan belon dari Glowing Party House dan small bouquet of flower dari Hanna Petals


Haa ni lah Pn. Adelinawati guru kelas Dania.  


Dania dengan kawan2 Dania. Dari kiri : Najwa, Aisha, Zalilah (paling rapat dengan Dania) dan Dania. Aisha dan Zalilah ni yang saya kata tolong cikgu hias pentas tu. Najwa dulu kelas Dania tapi pilih untuk berpindah ke kelas aliran agama. Boleh ajer berpindah tapi kena ambik exam. Kalau lulus boleh bertukar aliran. 


Dania diapit oleh kiri : Adriana dan kanan : Humaira. 


Panjang lagi perjalanan kat sekolah menengah ni. Ini baru je permulaan. Moga dipermudahkan untuk tahun ini dan tahun berikutnya. 

Ummi buat video dari Flipagram ni untuk kenangan. 


Just remember, you can't climb the ladder of success with your hands in the pockets. 
***Arnold Schwarzeneggar***

19 comments:

  1. Meriahnya majlis anugerah kecemerlangan ni. Alhamdulillah... Tahniah Dania. Semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Dania.

    Semoga membesar menjadi anak yang baik, cemerlang dan taat kepada ibu bapa ya.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya..dah lama tak tengok majlis macam ni..dulu tengok masa my Dania sekolah rendah..sekolah menengah ni blom tengok lagi..apa pun Tah niah buat your Dania...keep up a good effort dear...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Dania. Semoga teruskan kecemerlangan dan banggakan ibu ayah. Semoga terus berjaya kelak. Meriah sungguh ye majlis penghargaan yg dibuat sekolah utk anak2 yg cemerlang ini

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat Dania. Belajar rajin2 lagi. InsyaAllah berjaya kelak. Meriah juga acara. Bagus pihak sekolah, inisitif menaikkan motivasi pelajar.

    ReplyDelete
  6. Majlis yang meriah sekali.. Tahniah dania....Well done...

    Cemerlangnya...

    ReplyDelete
  7. Tahniah dania semoga semakin sukses lagi selepas ini. All the best

    ReplyDelete
  8. Tahniah Dania. Belajar rajin-rajin. Moga jadi anak solehah. Penyejuk hati ibu ayah.

    ReplyDelete
  9. Tahniah akak. Anak akak berjaya dapat Anugerah. Beruntung akak dan beruntung anak akak. Hehehe. Belajar sampai ke Menara gading.

    ReplyDelete
  10. Awwew... Congratulations Dania! You did well... I remember receiving an award once but parents weren't around felt a bit sad though... But all ended well since right after that we celebrated with a family dinner...

    ReplyDelete
  11. ur daughter so smart and congratulation on her getting excellent rewards. as a mama you must be very proud of her.

    ReplyDelete
  12. Wahh. Bangga la akak anak cemerlang macam ni. Semoga berjaya dunia akhirat ya Dania :)

    ReplyDelete
  13. Tahniah Dania..sejuk perut ibu yg mengandung. Moga Dania lebih maju jaya lagi dalam apa sahaja yang dibuat

    ReplyDelete
  14. Wah seru dan ramai banget ya event majelis pe ganugerahan kecermelangan Dania nih. Selamat buat ananda Dania kecermelangan ke 3. Alhamdulillah ya

    ReplyDelete
  15. Tahniah Dania. Bila tengok suasana sekolah dan uniform sekolah rasa rindu sangat dengan sekolah.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  16. Tahniah Dania.semoga lebih aukaea dan berjaya dunia akhirat. Aamiin

    ReplyDelete
  17. Tahniah Dania.. semoga kecermelangan ini berlanjutan hingga ke akhir hayat..banggakan umi dan ayah

    ReplyDelete
  18. Wow congrats Dania and hope that this will be your motivation to go futher and semoga suksess and sihat selalu.

    ReplyDelete
  19. Tahniah Dania. Semoga jadi anak yang solehah dan buat parent anda berbangga ;)

    ReplyDelete