Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, February 8

Bunga Lawang Cafe menjual rasa

Masa datang kali ni, saya datang dengan Dania ajer. Ini kali ketiga saya ke Bunga Lawang Cafe. Masa makan kat sini sebelum ini memang tak pernah jumpa Ruhil Syafinaz dan Gibran Agi. Suami isteri yang dulunya menghiasi kaca TV kita kini mengusahakan Bunga Lawang Cafe. Saya pun baru tahu. 


Bunga Lawang Cafe dari arah luar. Menghadap jalan besar di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.  


Lambang bunga lawang berwarna kuning di pintu masuk. 


Kalau tak nak makan kat dalam, boleh ajer makan kat luar. 


Ni dekorasi kat dalam cafe. Sangat cosy kan? Ala ala style English Colonial dengan penampilan sofa chesterfield dan kertas dinding warna senada. Lampu pun klasik. 


Apa yang saya dan Dania try kan....ni haa...kari kepala ikan Jenahak. Perghhh memang 5 🌟 lah. Dania sampai bertambah nasi dan kari gara-gara ini. 😋😋😋. Dania ni bab makan agak cerewet la jugak tapi tumpas dengan keenakkan kari kepala ikan Jenahak. 


Tetel goreng jintan pun sedap juga. 


Taugeh goreng ni memang gu sangat dengan tetel goreng jintan dan kari kepala ikan jenahak ni. Krupp Krapp mengunyah taugeh ni. 


Lepas makan nasi kita makan lempeng pisang pulak. Pisang ni manis. Bila digabungkan dengan kelapa rasa manis dan lemak tu bergabung dalam mulut. 


Minum pulak kopi kaww 434. Makan pula cicah biskut. 


Haaaaa kali keempat repeat lagi makan kat Bunga Lawang Cafe. Kali ni bersama hubby pula. Memang sengaja order kari kepala ikan Jenahak sebab nak bagi hubby rasa pulak. 


Sebelum balik ambil gambar dengan Tuan Rumah. Masa ni Inaz takde. 


Hubby kata pernah rasa kari ikan tu sama macam ibu mertua saya masak. Patut la masa makan senyap je. Kiranya kari tu memori masakan ibu hubby saya. Ibu mertua saya pun dah takde 😭😭😭 Agak-agak rindu masakan kari ibu mertua, pasti kami akan ke sini semula. 

Nak mencuba masakan kat sini ??? 

Bunga Lawang Cafe terletak di 👇👇👇

Jalan 7/7B, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. 

Waktu operasi mereka : 

Selasa - Jumaat : 11 pagi - 12 malam

Sabtu - Ahad : 9 pagi - 12 malam. 
Isnin : Tutup

Boleh juga check it out  ✌✌✌



Benarlah.....Bunga Lawang Cafe ni menjual rasa....

18 comments:

  1. kalo sedap mkn kt sesebuah restoran tu pasti akan repeat kn

    ReplyDelete
  2. memang cantik konsep cafe ini. ada kelasnya yang tersendiri. makanan mesti sedap kan :D

    ReplyDelete
  3. Suami ruhil tu pelakon ke..macam familir rupa..nanti kalau zaza datang2 sana boleh la menyingah rasa menu2 hidangan kat situ :)

    ReplyDelete
  4. selalu lalu je sini tapi tak pernah terpikir nak singgah makan. Makanannya nampak sangat sedap. Kari tu !! As a Penangite , yang miss Penang Curry , wajib ni kena try.

    ReplyDelete
  5. alamak tenghari ni lapar pulak tengok menu2 kat bunga lawang cafe ni..el suka tengok deko dia sgt2 mcm country2 sikit kan nice place to hangout and makan2

    ReplyDelete
  6. nampak macma sedap la tiba tiba rasa lapar tapi orang tak reti bayar gaji kita lagi.. tunggu dapat gaji bulanan la... lagi pun bandar baru bangi eh dekat betul pula dengan rumah kita... lempeng pisang dia yummeh duhh

    ReplyDelete
  7. Those food looks super duper delicious! Yummy and nice!

    ReplyDelete
  8. Tetel masak jintan looks delicious to me too. Will bring my children there to try it out.

    ReplyDelete
  9. Menjual rasa? Haha amboi tajuk dia ha. Terkejut kita. Selalu pi bangi tapi belum pernah try makan kat cafe ni. Lempeng pisang tu nampak sedap la by the way.

    ReplyDelete
  10. Lempeng pisang tu cute betul. Nampak di blog Rawlin tadi. Ya Allah mmg menggiurkan sgt. Nak kne bawak family dtg sini nie. Harga dia mcm mna yer ?

    ReplyDelete
  11. Tulah tengok macam kenal je owner dia. Rupanya pelakon yang dulu2. Hehehe. Cantik dekorasi. Pasti makanan juga enak. Nanti bleh visit

    ReplyDelete
  12. Kari jenahak tu serious nampak terliur. Totally home cooked style. I don't mind bring my parent here.

    ReplyDelete
  13. Eh.. pegi lagi ke kak? Rawlins teringin nak try cucur bilis plak next time. Hehe

    ReplyDelete
  14. wow
    dekat bangi
    ada rezeki leh try pula

    ReplyDelete
  15. Menyelerakan menu-menu nya.. boleh buat orang lapar kalau terlihat gambar-gambar diatas ni.. hehehe.. mujurlah bukan bualn puasa..

    ReplyDelete
  16. oi.. kari kepala ikan jenahak tu tak tahan. lama dah tak makan.

    ReplyDelete
  17. Wow! semua sedap sedap! I want to try their kari kepala ikan.

    ReplyDelete
  18. All of the dishes look so good-the decor of the place looks so cosy as well :)

    ReplyDelete