Bondahaven baru beroperasi di :
No 2-3, 3rd Floor,
Jalan Puteri 2A/2,
Bandar Puteri
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Bondahaven menawarkan konsultasi penyusuan, urutan dan spa. Sesuai sangat kepada ibu-ibu yang nak urut berpantang ataupun nak mendapatkan konsultasi bagaimana untuk menyusukan bayi. Penting tau untuk ibu-ibu yang pertama kali menyusukan bayi. Konsultasi penyusuan dari bondahaven dapat membantu. Ibu2 lain pun dialu alukan juga ke sini untuk 'Me Time'. Kena juga ada masa untuk diri sendiri kan...
Table setting di hari perasmian pembukaan Bondahaven sangat la sweet dengan tema pink dan putih. Sesuai dengan tema feminin seorang wanita.
Bunga dan wanita tak dapat dipisahkan. Alehaiii sweetnya gubahan bunga ni.
Ni lah pengasas Bondahaven
Dr. Tengku Nur 'Atiqah, beliau adalah pakar laktasi (MB,BCh, BAO, Ireland). Beliau juga menyusukan bayinya dan berpengalaman memberikan konsultasi penyusuan ibu.
Perasmian Bondahaven dilakukan oleh ibu kepada Dr. Tengku Nur 'Atiqah. Sweet sangat bagi saya.....
Upacara memotong riben oleh Tya Arifin, isteri kepada Asyraf Khalid. Menantu Dato K dan Mak Iti.
Close up wajah Tya Arifin yang cun melecun ni dengan suami kesayangan dan si cilik Arif Jiwa. Lawa sungguh la Tya ni.
Ni diantara pakej urutan yang ditawarkan di sini. Boleh call untuk membuat appointment. Bukan ini sahaja, ada banyak lagi pakej yang ditawarkan.
πππ 011 1577 6822
Tak nak urut boleh juga buat manicure atau pedicure.
Barangan bayi yang turut dijual di sini seperti Buds dan lain2.
Tya Arifin berkonsi cerita menyusukan Arif. Arif beruntung tau sebab ibunya menyusukan secara eksklusif. Tengok la telatahnya yang sangat aktif dan mencuit hati.
Nak usik2 Arif ni, ayahnya duduk memerhati je tu....πππ
Ada ruangan menunggu untuk para bapa dan anak-anak. Kalau agak2 anak2 cranky, boleh ajer ke Tingkat 2 bangunan ini kerana ada tempat mainan kanak2. Sesambil tunggu ibu....anak2 boleh main di sini. Ini bukan di bawah Bondahaven tapi company yang lain.
Nak tahu info lanjut boleh click Bondahaven
Kat mana Bondahaven ni?
No 2-3, 3rd Floor,
Jalan Puteri 2A/2,
Bandar Puteri
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
πππ 011 1577 6822
wah ada tya..slalu tgk ignye..oh ada urutan and spa..bole la ibu@ menyusu me time
BalasPadamNi first time tengok live ni Aimi. Tengok kat CTDKation ajer. Hehe
Padambestnya dpt relax2 kat spa :)
BalasPadamMe Time....i tak pergi lagi berspa kat sini. Kena cari masa sesuai....
Padamwahhh
BalasPadamseronok la lepas nih
Memang seronok. Hehe
PadamSeronoknya kalau boleh ke bondahaven ni. Boleh belajar lagi cara penyusuan even anak dah 3 orang
BalasPadamThank you untuk penulisan ni, Pn Ezna!
BalasPadam