***Awas entry yang banyak gambar. Saya gabung 2 hari 1 malam dalam satu entry blog.
Kini, harinya telah tiba. Saya dan adik beradik akan bercuti di lokasi Glamping di Tanah Aina Fahad pada 17 - 18 Februari 2018. Cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina. Kami bertolak berasingan kerana seorang dari Bandar Baru Bangi. Saya la tu. Seorang dari Cyberjaya dan seorang lagi dari Kelana Jaya. Seawal jam 8 pagi dah bertolak ke Bentong. Singgah makan lemang kat Lemang To'kki yang terkenal di kalangan geng motor. Motor besar, motor biasa. Hubby saya biasa ride dan breakfast kat sini dengan geng2 motor.
Dalam jam 11.30 pagi macam tu saya dah tiba kat Tanah Aina. Disambut oleh Mr. Shiva yang sibuk pergi kat kereta kami bila park jauh ke depan. Hehe. Check in pada jam 12 tengahari sebenarnya. Boleh je datang awal.
Bila dah tiba tu keluarga saya paling awal makan tengahari. Adik2 lain tiba kemudian.
Boleh makan kat dek atas ataupun kat dek bawah. Setiap tempat ni sangat la redup. Di bawah pepohon yang tinggi.
Seleksi makanan yang dihidangkan. Sedap-sedap ok. Banyak choice pulak tu. Ni anak saudara saya ni yang bernama Nur Batrisyia Adlina. Adlina tu idak memang dalam seleksi nama Dania. Saya tak tahu nak taruh nama kedua Dania. Maybe Dania Adlina tapi akhirnya jadi nama Dania Yasmine.
Dessert untuk makan tengahari kali ni.
Air ni memang free flow ni. Kalau agak2 malam2 haus boleh le ke sini. Ada air panas dan air sejuk. Saya banyakkan minum air kosong je kat sini selain air teh sebab tak nak kerap ke bilik air. 😝😝😝 Bilik air kat luar ye bukan dalam tent.
Ni lah gambar kami 3 beranak dalam tent kami yang boleh memuatkan 5 single bed. Ada 2 biji kipas, 1 cermin tinggi dan tempat menggantung baju juga 1 lampu yang boleh dilaraskan nak terang atau malap. Tapinya tak la terang mana pun. Dalam tent waktu tengahari ni agak berkuap sikit. Bukak la sikit zip tingkap tu. Kalau waktu malam, jenuh nak berselimut sebab waktu malam sejuk oh....
Petang dalam jam 2.30 petang dah berkumpul semua sebab ada aktiviti jungle trekking. Saya pada mulanya ikut tapi selepas menyeberang titi buluh, terus rasa pening2 dan badan rasa seram sejuk. Saya ni jenis seram kalau nak menyeberang titi berlubang-lubang. Gayat lebih. 😄😄😄Akhirnya seorang staff yang escort kami terus escort saya dan suami balik. Hubby tunggu sehingga saya betul2 ok kat depan tent kami. Dania dah lepas ke hutan dengan sepupu2, ibu2 saudara dan ayah2 saudara.
Ada 5 orang yang escort keseluruhan group kami 13 + 3 orang adik beradik yang ibu ayah tak ikut serta sekali (keluarga lain). Ni lah staff yang bertugas membawa 1 beg ubat ni. Hubby pergi balik jungle trekking. Katanya 1/2 jam dah tiba ke sungai seberang sana. Dah jumpa group Dania.
Part ni mencabar sikit sebab air sungai deras. Kena menyeberang sungai dengan menggunakan tali. Hubby kata air paras dada. Jangan risau mereka semua memakai safety jacket dan 5 orang staff yang escort dah tunggu kat posisi masing2. Hubby selfie sebab saya suruh. Hehe. Good reception dalam hutan pun ada coverage Celcom.
Lepas makan petang, bebudak sibuk main board game yang besar ni. Ada 2 actually. Ni Adam Eerfan sibuk berlari atas board game Chess. Budak2 walaupun tadi join aktiviti mencabar tapi tenaga banyak lagi ni haaa....
Nur Batrisyia Sofiah, Nur Batrisyia Adlina, Adam Musyafee dan Dania Yasmine sibuk main snake and ladder.
Lepas solat maghrib semuanya selesai, set jam 8 malam untuk makan malam bersama. Hubby ema tak join sekali sebab anak yang kecik sekali tu tidur jadi ema dan anak-anak yang lain je la yang dinner dulu.
Ni seleksi hidangan makan malam ni. Nasi goreng. Sedap nasi goreng ni.
Coleslaw dan salad.
Nugget ni memang kegemaran anak-anak la.
Sausage pun ada.
Ayam bakar.
Ikan.
Daging kambing dengan perapan yang sedap.
Kentang goreng.
Roti dengan spread bawang putih.
Spaghetti.
Mr. Shiva tanya saya nak ke unggun api?. Mestilah nak kan.
Lepas unggun api, saya cakap nak naik titi gantung pulak. Jadi Mr. Shiva arrange kami ke titi gantung. Ni kami bergambar kat menara setelah berjaya melintas di titi gantung.
Sebelum balik, bergambar kat titi gantung dulu. Gayat la titi gantung ni. Kena berjalan berdua-dua.
Selepas itu berjalan beramai-ramai balik tent masing2.
Esoknya lepas makan breakfast, bebudak sibuk main carom.
Ni pulak perlawanan ping pong diantara biras. 😆😆😆
Dalam jam 10 pagi macam tu kita pergi mandi-mandi kat kolam. Air kat dalam kolam ni pun disalurkan dari air sungai jugak. Dah masuk dalam ni kemudian mengalir balik ke dalam sungai. Payah nak ambik gambar semua orang sekali.
Ok...satu lagi shot kat sini. Kali ni nampak jelas sikit kat belakang tu yang anak sedara saya Adlina tu dok berkepit dengan saya sebab sejuk. Air ni sejuk ok. Memang air sungai la pun.
Lepas tu sambung pulak mandi kat sungai. Barulah best ye tak?. Ada 5 orang staff Tanah Aina ikut kami mandi sungai. Kot ada apa2 emergency senanglah. Gambar tak cukup korum la lagi 2 orang sebab adik ipar saya terpaksa tarik Zharfan keluar dari air sungai sebab menggeletar teruk sebab sejuk. Abang dia Zharif ada kat sebelah saya tu tengah enjoy berendam dalam sungai.
Gambar berdua pulak la ye...
Hubby bergambar bersama Adlina dan Musyafee. Ada seekor rama-rama hinggap kat baju Adlina.
Lepas mandi boleh lepak kat sini. Ada tempat untuk berehat.
Ni lah menara yang kami semua ambik gambar malam tadi.
Gambar berdua berlatarbelakang alam semulajadi.
Ni photo nak balik dah ni. Check out kat sini senang je. Cari Mr. Shiva kemudian bagitau dah nak check out. Tak payah nak bagi kunci sebab memang takde kunci pun. Kat setiap tent ada mangga. Kena mangga kan tent waktu malam bila semua dah ada dalam tent.
Wajib ambik gambar kat sini sebab ada tulisan Tanah Aina Fahad. Mr Shiva yang ambikkan gambar. Tengoklah gaya masing2. Payah nak dapat perfect shot. Ada je yang pandang bawah.
Ni makan kat kedai paling first kami jumpa. Dalam 18 km dari Tanah Aina Fahad. Tanah Aina Fahad ni terletak berdekatan dengan pusat rekreasi Lata Jarum.
Adik No. 3 dah bertolak ke Kemaman dengan family sebab ada kerja kat Kemaman. Adik No. 2 ni dok la sibuk kata nak makan durian. Nak singgah kat Lurah Bilut dalam radio kata jam sehingga 40 minit. Google map bawa kami jalan lain pulak sehinggalah nampak gerai durian tepi jalan kat Bentong. Jalan pun agak jam jugak nak menuju ke tol Bentong. Singgah sini dulu la makan kat sini. Malangnya durian Musang King dah habis. Tinggal Durian XOXO ajer. Oiiihhh sedap jugak ye durian ni. Ok lah daripada takde. Adik saya siap tapau lagi durian sebab anak2 sedara saya yang dua orang tu suka durian.
Ni lah diantara video kenangan manis saya Glamping di Tanah Aina Fahad, Ulu Dong Raub.
Overall stay kat Tanah Aina Fahad ni saya rasa sangat enjoy sebab kita boleh bersatu dengan alam semulajadi. Jangan la takut nak masuk ke bilik air Tanah Aina Fahad ni. Memang selesa ya amat. Bersih ok....air yang keluar dari shower pun sejuk ajer. Memang Tanah Aina Fahad menggunakan konsep semulajadi jadi takde air panas. Sabun dan syampu yang digunakan juga organik. Menggunakan bahan semulajadi.
Bagi yang ada anak-anak kecik tu boleh ajer bercuti kat sini tapi kena jaga la keberadaan anak2 kita kat sini. Takut berlaku apa-apa yang tidak baik. Nak mandi sungai pun pastikan inform staff in charge. Mereka akan escort dan tunggu kita sehingga selesai mandi sungai. Rasa selamat sangat.
Saya beri ⭐⭐⭐⭐⭐ out of 5 ⭐untuk percutian kat sini. Try datang sini. Mesti tak menyesal. Menyesal kalau tak datang 😆😆😆. Satu percutian yang luar dari kebiasaan kerana tidur di dalam tent.
Bagi yang ada anak-anak kecik tu boleh ajer bercuti kat sini tapi kena jaga la keberadaan anak2 kita kat sini. Takut berlaku apa-apa yang tidak baik. Nak mandi sungai pun pastikan inform staff in charge. Mereka akan escort dan tunggu kita sehingga selesai mandi sungai. Rasa selamat sangat.
Saya beri ⭐⭐⭐⭐⭐ out of 5 ⭐untuk percutian kat sini. Try datang sini. Mesti tak menyesal. Menyesal kalau tak datang 😆😆😆. Satu percutian yang luar dari kebiasaan kerana tidur di dalam tent.
Tq Tanah Aina Fahad untuk memori ini. Sehari selepas bercuti dapat email Tq dari Tanah Aina dan sms tanya percutian kat Tanah Aina Fahad ni. Memang good review la saya bagi. Lepas ni boleh organize lagi percutian kat Tanah Aina yang lain pula....
Tanah Aina yang mana pula?
jrg2 org nk bercuti dlm khemah gini kn....syok juga..tgk air sungai tu
BalasPadamSeronok Aimi. Tak ambik gambar toilet pulak. Toilet sangat la bersih dan selesa dengan sabun yang digunakan juga organik. Air pulak takde panas. Semuanya air sejuk.
Padamwah...tgk sgt best la..nak pegi tp anak kecik lagi..x dpt la nak buat semua activity lasak tu
BalasPadamAktiviti lasak tu anak sedara saya yang paling kecik 4 tahun join. Saya half way je rasa nak pitam sebab gayat. Hehehe
PadamSeronok oii bercuti cenggini. Titi gantung malam-malam syok!
BalasPadamTiti gantung tu suspen sebab boleh dilepaskan berdua dua je. Bawah tu pulak air sungai punya la deras. Suspen bila bergoyang goyang. Hehe....
PadamSaya baca pun rasa seronok dan teruja. Sesekali bercuti dengan keluarga ke tempat tempat mcm nih memang best
BalasPadamYe betul tu. Tempat ni pulak luar dari kebiasaan.
Padamsyoknya kak .. tapi Sal kena tunggu anak-anak besar sikit kot , risau melasak kat sana je..kang dha letih mula la Sal ni..huhuhu
BalasPadamSal...kena jaga juga keselamatan anak2 kecik2 yang lasak ni...
PadamBest dapat bercuti beramai-ramai macam ni. Meriah suasana. Tempat percutian pon best, nampak bersih dan selesa.
BalasPadamBetul tu Afizah. Bersih dan selesa sangat...
PadamYa Allah bestnya glamping back to nature mcm nie. Sy agak x gemar camping sbb dudul dlm khemah panas. Tp baguslah tent nie siap provide kipas. Boleh lh sy cuba. Bestnya kak Ezna. Nak bawak lah family sy ke sini
BalasPadamKhemah siang2 panas terik tu tak best dok dalam tu Zharif. Bila malam haaa tarik selimut tau sebab sejuk....
PadamTak pernah merasa pegi Glamping camni. Seronoknye siap ada air terjun. Tanah Aina ni famous gak.
BalasPadamYes. Tanah Aina ni famous. The reason why datang sini because of the air terjun and sungai but other Tanah Aina pun ada sungai jugak...
PadamSeronoknya bercuti Glamping macam ni..jarang ada tempat tawarkan konsep macam ni ke dah banyak ada and SA x tau...apapun seronok tgok family ezna happy bercuti macam ni..
BalasPadamGlamping macam ni masih baru lagi kat negara kita SA. Ada few glamping site juga jat Malaysia.
PadamSeronoknya tengok gambar-gambar ni semua. Luangkan masa bersama keluarga dalam suasana yang damai. Ros tak pernah sampai lagi.. teringin juga nak pergi.
BalasPadamLuangkan masa bersama selagi masih ada...kalau mama dan papa masih ada pasti ajak sekali berkhemah....
PadamSeronoknya. I mmg aim nak bercuti macam ni. Harap ada rezeki dapat datang satu famili huhuhu
BalasPadamHaaa anak anak u adventurous so memang sesuai sangat....kalau ramai2 family best sikit....
Padamseronoknya tgk u holiday with ur siblings
BalasPadammy siblings pun nak pegi holiday ramai2 tp sbb ada dua org my sils yg tgh tunggu nak deliver baby so kena tunggu lil baby besar sikit2 hahahha
Nak organize dan cari cuti semua ada tu yang payah. Kebetulan semua free tu. Alhamdulilah dapat la luangkan masa bersama. I le yang organize suzz...
PadamNew Place for me and I never travel until there. The chess is so huge and must be fun when play together with family. food seems nice.
BalasPadamIf you love chess memang u akan main this chess....my anak sedara make this board game as his playground...hehehe....
Padamglamping i ingat glamour + camping, heheh apa pun makanan semua tu nampak menyerlerakan terasa lapar pula.... chess tu dah lama tak main , i ingat i pernah kalah masa tournament tingkatan 3 lol
BalasPadamBest tu bercuti dan berkumpul adik beradik. Bestnya tempat ni teringin jugak nak holiday tempat macam ni cuma ada anak kecik ni kena hold dulu nampaknya
BalasPadamTeringin betul nak rasa glamping ni. Nak rasa suasana bermalam dalam tu. Macam best kan. Nak ada pengalaman baru.
BalasPadamwww.liahasty.com
Teringin pulak nak glamping ni ya, bila lah agaknya, siapalah nak bawak akak tu huhu. Anak2 sume dah berkuarga sendiri, nunggu dorang ler bawak mama dia bercuti entah bila lah agaknya
BalasPadamJom kita mulakan Affiliate Marketing Program untuk tambah pendapatan
suka tgk anak gadis awak.. mata dia cantik
BalasPadamMemang best kat Tanah Aina ni...sis pun dah lakukan aktiviti galmping kat sana dengan kawan-kawan. Satu pengalaman yang amat menyeronokkan tidur dalam khemah cantik, rasa macam nak ke sana lagi hehehe
BalasPadamwah
BalasPadamada game ular
mesti meriah
hehehe
sangat seronok kan bila berpeluang bercuti begini dengan orang tersayang. Lebih dekat dengan alam semulajadi. Rasa tenang dan damai je.
BalasPadam