Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, February 24

Kembara ke bumi Siam :: Dari Selangor - Krabi Part 1

Cuti-cuti sekeluarga pada kali ini agak special sebab akan melancong ke bumi Thailand bukan dengan menaiki flight tetapi dengan menaiki kereta sendiri. Sesaje tanya hubby nak ke mana cuti Raya Cina ni. Hubby cakap nak gi Krabi dengan kereta. Mulanya saya agak takut-takut juga nak masuk Thailand ni. Saya pun booked hotel di Studio Khlong Muang, Krabi. Hotel di Ao Nang kebanyakkannya dah fully booked. Tinggal yang mahal-mahal ajer. 

Apa yang perlu anda sediakan :

1. Passport 

2. Kalau bawa kereta kena geran kereta yang asal. Kalau takde yang asal kena copy geran kereta dan kena ada cop dari bank. 

3. Saya guna Insurance kereta Etiqa jadinya saya call Etiqa untuk expand coverage saya sehingga ke Thailand. Kalau apa-apa jadi di Thailand at least covered sebab orang kata insurance Thailand ni coverage sikit. Untuk 5 hari saya cuma top up RM20 sahaja. 

4. Kena beli insurance kereta Thailand. Beli kat pekan Changlun. Pekan ni terletak berdekatan dengan pintu masuk ke border Bukit Kayu Hitam. Mata tu kena tengok2 la tepi jalan tu. Harga RM25 siap dia isikan borang arrival dan departure card Thailand. 

5. Saya juga beli Takaful Kembara daripada Takaful Ikhlas untuk kami 3 beranak sebab mana la tau apa-apa terjadi kat Thailand nanti. Coverage saya ambik Plan B. Total untuk 3 orang RM25. 

6. Print siap2 booking confirmation dari pihak hotel. 

Kami bertolak dari Selangor jam 3 pagi 19 Feb 2015. Ada berhenti rehat 2 kali. Kali pertama tu hubby dah mengantuk jadinya saya pula take over sehingga ke Gurun Kedah. Kat Gurun Kedah ni lah breakfast dulu. 


Kedai buat insurance kereta Thailand ni terletak betul2 berdekatan dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun. 


Kompleks Imigration Bukit Kayu Hitam sesak. 


Kami tiba Kompleks ni pukul 10 pagi. Kat kastam Malaysia ok lagi beratur dalam kereta ajer. Kastam Thailand agak panjang sebab kena cop passport satu hal. Habis cop passport hubby nak kena beratur untuk declare nak masukkan kereta pulak. Settle dekat 3 jam yer. Fuhhhh.....

Masuk je border Danok, Thailand beli pulut mangga dan kita lunch di Danok dulu. 


Restaurant ni menjadi pilihan sebab dah pernah makan dah kat sini tahun lepas. 


Kedainya agak luas yer. 


Saya order nasi goreng isi ketam. Ni isi ketam yang betul ya. Bukan ketam yang orang selalu buat steamboat tu. 


Nasi goreng paprik, radix, bandung dan air orange. Total RM25. Bayar duit Malaysia ajer. Sambil tu hubby beli prepaid + internet untuk phone. Lagi murah dari guna roaming. 


Singgah isi minyak full tank kat Shell Thailand. Dinasihatkan isi siap2 kat pekan Changlun tu. Minyak kat Thailand ikutkan saya yang bawa MPV VW Cross Touran 1.4 liter dalam RM100++ half tank yer. Ingat....half tank sahaja. Full tank dalam RM200++. 



Ni harga minyaknya. Ada minyak yang kita takde. Risau jugak kot kot diesel ke apa. 


3 gambar kat bawah ni pekan yang kami lalu. Oh ya kami guna GPS Tom Tom dan waze. Kelemahan waze ni dia suruh kami masuk jalan kg walau jalan tak jam. Siang-siang ok ikut jalan kg kat Thailand. Malam-malam tak berani. Dengan ada GPS, kalau takde coverage kat phone kita boleh la rujuk GPS. 





Singgah solat kat Masjid ni untuk Zohor dan Asar. 


Setelah pemanduan yang sangat lama, kami tiba di Krabi jam 11.00 lebih malam  dan agak penat bila saya tunjuk booking confirmation tu dia tak tau kami akan menginap kat situ (Studio Klong Muang by icheckinn). Pelik tak?. Ting tong ting tong dibawanya kami ke hotel berdekatan. Ok je lah biliknya. Saya bagi 1 * jer. Kesian pekerja kat situ dengan bedak sejuk kat muka gi cari kunci bilik hotel. Suaminya juga bangun alehkan kereta sebab nak bagi kami park dalam kawasan hotel. Kemudian beliau park depan kereta kami. Hubby minta alehkan pulak sebab kami nak keluar makan dan akhirnya dia park jauh sikit pada hotel. Kesian la pulak. 





Dekat jam 12 tengah malam baru nak dinner. Jalan punya jalan terjumpa kedai ni Hasana yang terletak bersebelahan dengan Masjid Khlong Heng. Jumpa juga 2 anak muda bercuti kat Krabi ni dari Kelantan. 


Salamat Datang. 


Pancake anyone?. Idok le nak makan pancake. Dah lapar sesangat ni. 


Saya dan Dania pilih bubur ayam. Sedap sangat!!!!


Hubby order nasi goreng daging merah tapi dapatnya nasi putih dan daging merah. Kat sini ada seorang Thailand tu boleh cakap bahasa kelantan tapi tak berapa faham juga bahasa yang kami cakap. 


Teh kat siam ni agak lain rasanya berbanding teh kat Malaysia. 


Total semua dalam 210 Baht = RM23 

Balik bilik teruslah tidur. 




9 comments:

  1. Dok tunggu entry ni sebab ada juga plan nak pergi Thailand naik kereta, tapi dalam perancangan sajalah. Perginya tak tahu lagi bila, biasalah tentera ramai...hehehehe

    ReplyDelete
  2. noted .. nanti cari tmptinsurans tu ..ca nk pi je belah sana .... tp tah bila

    ReplyDelete
  3. salinan geran memang kena cop bank ke? kalau xcop ...mmg xbley ek? plan trip konvoi ngan keta bulan 12 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cop bank sebab nak sahkan salinan tu betul. Kalau bawak geran ori lagi senang.

      Delete
  4. mcm mana nk dapatkan insuran kembara tu? just call takaful ikhlas ke @ mcm mana? tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insurance kembara tu saya buat online jer. Type kat google takaful ikhlas kembara.

      Delete
  5. Insurans kereta motosikal van ke Thailand

    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    ReplyDelete
  6. Salam sis. sis buat insurans thailand tu masa hari cuti raya cina ke? kedai insurans tu memang bukak eh masa cuti raya cina?

    ReplyDelete