Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, February 8

Apakah impian anda untuk anak anda?

Kita pasti ada impian masa depan buat anak-anak kita. Saya teringat semasa anak saya Dania kecil lagi ketika itu 3 tahun, saya nak anak saya mahir dalam berbahasa inggeris jadi saya daftarkannya ke kelas bahasa inggeris. Harganya tak la terlalu murah tapi demi untuk menjadikan anak saya fasih berbahasa inggeris, saya berkorban wang dan masa. Masa perjalanan dari rumah ke kelas Dania di Bangsar adalah 45 minit. Hari pertama pergi kelas tu Dania meronta-ronta sambil menjerit-jerit memanggil saya dan nak saya berada di sisinya. 

Saya masih bersabar. 2-3 kali membawanya ke kelas yang sama setiap minggu itulah Dania saya. Masih menjerit-jerit seperti selalu. Akhirnya, setelah beberapa lama, penantian saya berakhir. Dania semakin minat untuk ke kelas tersebut. Malahan kini lebih bersemangat. Tak sia-sia setiap minggu saya menunggunya selama 1 jam 30 minit di kelas tersebut. Guru kelas Dania memberikan feedback bahawa Dania seakan guru cilik kerana seringkali menyuruh kawan sekelas senyap apabila membuat bising dan bahasa inggeris Dania semakin baik ditambah 'english accents'. 

Anak saya Dania yang memakai tiara duduk sebelah Kokoro dan dua lagi teman sekelasnya

Saya percaya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka. Harapan saya semoga anak-anak kita ingat pengorbanan ibu bapa mereka ya. Kat sini saya nak kongsikan video yang bagi saya sangat menyentuh hati. 


Ha....memang touching video ni. Harapan ayah dalam video ni adalah supaya anak perempuannya dapat hidup selesa dan gembira. Kalau tanya harapan saya #DreamForMyChild saya berharap Dania dapat menggapai impiannya untuk menjadi seorang pakar pergigian. 

Sekarang ni AmMetLife ada mengadakan kempen #DreamForMyChild bagi mendengar impian ibu bapa terhadap anak mereka. Bukan hanya kita dapat berkongsi impian kita terhadap anak kita tetapi juga kita berpeluang untuk memenangi IPad Air 2 setiap minggu yang dimuatkan dengan aplikasi pendidikan menarik. Kempen ini berlangsung dari 27 Januari 2015 sehingga 3 April 2015, sebanyak 10 IPad untuk dimenangi. 

Nak tahu AmMetLife web link?. Ok.....layari http://www.dreamformychild.com/my/bahasa 

Saya pasti anda semua ada impian anda untuk anak anda kan?. Jadi....apakah impian anda untuk anak anda?. Jom kongsikan. 

1 comment:

  1. nice entry..mcm touching plak :) a mom wants the best for her child, indeed

    ReplyDelete