Pagi-pagi sebelum check out dari Koh Kwang Seaview (hotel ganti sebab hotel yang kami booked tu dah penuh) ambik gambar dulu. Rupanya hotel kami ni betul-betul tepi laut. Ni kat Khlong Muang Beach ni. Malam-malam mana le nampak tepi laut ke apa kan.
Kalau duduk lagi kat hotel ni mesti petang-petang minum kopi kat sini.
Ni tempat makan ni. Staff tanya samada kita nak breakfast situ ke tak. Kami tak breakfast kat sini. Tak sure halal ke tak kan....
Hotel kami dari arah depan. Taraf 2 * je ni.
Jom kita cari sapedek pepagi ni. Ni le tempat kami breakfast pagi tu. Sakina namanya. Itupun tanya orang tempatan yang pandai juga berbahasa inggeris. Kalau dalam Google Map namanya Muslim Sakina.
Depan kedai ni Masjid Klong Mung (Jap Klong Muang, jap Klong Mung...entah yang mana betul)...
Saya pilih nasi kerabu. Thailand. Ada cili flakes dan kicap. Saya taruh semua kicap tu sekali..........al manis lah...hehehe....saya masukkan sikit cili flakes tu nak bagi pedas sikit.
Hubby makan nasi berlauk dengan lauk siput dan suun. Siput tu pedasnye.....
Dania makan kuih lapis. Rasanya sedap. Wangi pulak tu.
Tak faham tulisan ni kalau nak translate.
Walaupun pagi tapi memang dihidangkan dengan air kosong ada ais macam ni. Ni free jer ni. Terkejut kejap. Ais sangat la banyak. Kami order lah air panas.
Kami semua order teh o panas. Nasib le ada seorang tu boleh cakap bahasa pelat Kelantan. Senang nak berkomunikasi. Errr sudunya sudu anak dia ke ni?
Nak try rasa kuih ni. Rasanya macam kuih kertas cuma bentuk yang ni agak buruk la. Kuih kertas kita bentuk bujur kan....harga yang kami makan semua termasuk teh o 75 Baht.
Nak check in pun lambat lagi nak pukul 2 petang jadinya kami ke pekan Krabi nak check it out apa yang menarik. Ni salah satu traffic light kat sana. Beruk ke apa ni tengah pegang traffic light.
Hari ni Jumaat jadinya hubby nak solat jumaat kat Masjid di Ao Nang. Lepas pusing pusing town Krabi terus ke pantai Ao Nang pulak. Sementara tunggu azan kita lepak dulu kedai sebelah Masjid Ao Nang. Kat Krabi ni nak cari makanan halal senang ajer. Cari masjid dulu. Makanan halal banyak terletak berdekatan dengan masid.
Tu ha menara Masjid dah nampak tu.
Saya order pancake chocolate dan pisang. Terpaksa tapau sebab tak mampu habiskan. Memang pancake ni anda patut cuba kalau ke Krabi. Rasanya macam roti canai kosong cuma ni ada tambahan pisang dan chocolate.
Sementara tunggu hubby solat kat Masjid Ao Nang, saya dan Dania nak tumpang washroom Ibis Styles yang terletak betul2 depan masjid Ao Nang. Dania cam segan nak pergi sebab kita tak duduk situ. Alahai bukannya staff situ kenal yang tinggal situ pun.
Boleh la tengok keindahan hotel Ibis Styles Ao Nang ni pula. Cantiknya mengadap bukit pulak tu.
Ni lobby Hotel ni.
Lepas hubby solat kita makan tengahari pulak. Charina Restaurant. Ada orang Malaysia makan kat situ jugak.
Ada juga nasi berlauk kat sini.
Hubby dan Dania makan nasi. Saya makan 'lauk' suun dengan ayam. Mati-mati saya ingatkan glass noodle ni masakan utama macam kat Malaysia alehnya saya makan ini ajer. Kenyang jugak ok.....sebab ayam banyak.
Ni le hotel yang sepatutnya kami menginap. Studio Klong Muang by icheckinn.
Bilik hotelnya luas sangat compare dengan malam sebelumnya.
Ada basic kitchen cabinet.
Ada bath tub juga.
Ni laluan nak ke bilik.
Kat luar hotel.
Kat lobi.
Lepas check in dalam pukul 4 petang tu terus menuju ke Phuket. Perjalanan mengambil masa 2 jam.
Ni permandangan sepanjang perjalanan. Kita melalui kawasan bukit.
Tiba Phuket dalam pukul 7 malam. Kami lalu kawasan orang kaya kat Phuket. Jalan di bandar Phuket ni agak jam. Jalan nak pergi ke Patong Beach ni berbukit. Dah tiba Phuket parking dulu kereta. Kami parking pun tak berani sebarangan. Takut kena saman kena la bayar sebelum nak keluar Thailand. Lepas parking kereta berjalan kejap tepi pantai.
Suasana kat sini terasa macam kat tepi pantai Gold Coast, Australia ajer. Happening tu sama cuma pemandu kat sini tak la macam kat Gold Coast tu. Kat Gold Coast pemanduan sangat relax.
Kita berada di Patong, Phuket. Ok kita jalan jalan cari makan pulak kat sini.
Tempat makan open air ajer. Udang, Lobster ni jual kat tepi jalan ajer. Ramai Mat Salleh kat Phuket ni.
Ni kan area Tsunami ni. Ni tempat nak berkumpul kalau Tsunami melanda. Seram jugak dak?...
Pancake lagi...
Jalan jalan jalan. Note : Tak beli / shopping apa-apa pun kat sini.
Pub memang banyak.
Bangla Walking Street ni memang happening. Bila tanya kat staff hotel kami tu dia ada mentioned Bangla ni. Kami ingat ramai orang Bangla. Patut dia buat muka bila cakap ohhh Bangladesh...... rupanya nama street ni Bangla. Hehehehe...
Kami semua di Patong Beach!!!
Masa jenjalan tadi ada jumpa makanan halal tapi tak terasa nak makan kat situ. Ada satu restaurant tu bila cakap kami nak pergi Bangla Street dia paksa kami makan kat Restaurant dia lepas tu buat muka masam. Agak2 rasa nak makan kat situ ke?.
Cari dalam GPS Tom Tom Masjid kat Patong. Jumpa la Masjid Nurul Islam ni. As i said earlier, nak cari makanan halal kita kena cari masjid dulu. Kat sini banyak sangat kedai makanan halal.
Kami end up kat Ghadafi ni. Tempatnya pun cantik. Betul-betul depan Masjid Nurul Islam, Patong.
Tak duduk sini sebab dekat sangat dengan pokok2 ni. Kot ada ulat bulu ke apa....hehe....
Nak makan apa...nak makan apa?....
Ni chef Anis Icip Icip. Eh bukanlah ni lah chef yang masak makanan kami. Cantik kan?. Nama beliau Rahimah. Dialah melayan kami, dialah yang masak. Katanya beliau sepupu Aishah keturunan mahsuri tu.
Kami 3 beranak.
Kami order tomyam bersantan. Woahhhhh sedap sangat. Santannya rasanya sedikit ajer dalam tomyam ni. Telur dadar beserta Milo, jus mangga dan jus tembikai. Err Milo Dania tu warna cair sikit tapi Dania kata sedap.
Total semua : 530 Thai Baht = RM58.76 (1 Thai Baht = RM9)
Sempat ambik gambar Patong dulu. Eiiii lain sangat. Dulu tak komersial berbanding sekarang.
Ada juga tergantung sijil sekolah memasak kat Bangkok. Tak hairan la masakan sedap.
Masuk dalam ni nak tumpang washroom. Lagi 2 jam perjalanan balik tu. Akhirnya pukul 12 tengah malam tibalah kami ke Krabi.
Percutian kali ni memang kami tak pergi Island Hopping. Niat di hati memang nak pergi tapi sebab first day tu pun dah tiba malam kan. Kami kat Krabi ni pun 3 hari 2 malam ajer.
Kalau nak tau jalan menuju ke Phuket ada 2 lorong dan jalan 1 lorong tapi jalan kat Thailand ni jarang la jalan berlubang. Semuanya jalan cantik. Kereta pun tak berapa banyak atas jalanraya. Orang Thailand ni kebanyakkannya travel dengan menaiki motor. Saya rasa save minyak sikit kot. Harga minyak kat Thailand ni kan mahal....oh ya not to mentioned, minyak kat sini kena bayar cash yer. Takde slot untuk credit card jadinya kena prepare banyak-banyak Thai Baht. Kami bawa sikit je ingatkan leh swipe untuk minyak tapi akhirnya nak kena tukar duit jugak. Tukaran kat Thailand lagi untung berbanding tukaran kat Malaysia. Malaysia ambik tinggi.
Esok kami nak check out dan stay one night kat Hat Yai pulak. Last minute punya plan sebab driver nak rehat 1 malam dulu sebelum bertolak balik. tunggu next entry yer ke Hat Yai kita...
akak.. bestnyaaaaa buat jue nak pergi ni.. dah la baru cancel g krabi gara2 takut naik flight.. hahahha
BalasPadambest otel dkt ngan laut...pancake tu mmg wajib kalo p krabi sbb bila bc blogger yg pegi mesti mkn pancake...adik kita aritu pn whatsapp gmbr tu..saje bikin jeles sbb kakaknye tk dpt join ke krabi
BalasPadamwahhh bestnye .. cantik dan nampak bersih la pantai kat sana tu .. lampu isyarat tu nampak menarik la dan kelakar ...
BalasPadamSis... gi sana drive kan? bape jam ea dari KL??
BalasPadambestnye holiday kat krabi & hatnyai....cantik2 pantai dia kannn...iskhhh...nie kene pergi jugak nie ...jelesss tgk gambar cantik2..heheheh..
BalasPadam