Thursday, February 12

Konsep Inggeris? Fella mungkin solusinya.....

Sekarang ni Fella tengah ada sale untuk Tahun Baru Cina. Saya ajak la hubby gi tengok2 kat Fella Design Damansara lepas selesai beli spare part kereta kat kedai spare part ni Jalan Ipoh. Letak kat waze Fella Damansara tapi waze bawa kami ke Fella Selayang. 

Ni barisan wing chair yang ada discount. Rumah saya ada 1 wing chair. Ingat nak tukar sarung wing chair tu dan nak padankan dengan satu wing chair ni. 


Saya suka juga sofa dark purple ni. Dipadankan dengan kusyen corak jalur. 


Kombinasi warna purple dan putih sangat cantik. 


Ni keseluruhan ruang kat sini. Mix and match warna purple dan putih. 


Set meja makan ni saya tak berapa berkenan sebab fabrik bunga yang meriah sangat. Kalau bunga sikit-sikit lagi cantik. Lagipun saya suka kalau kayu ni berwarna putih. 


Cantik kerusi ni macam kerusi princess. Ada 1 ajer kat sini. Harga sebuah kerusi ni sampai RM999? Mahalnya. 


Kalau yang tengah cari konsep apa untuk rumah anda, ni ada contoh konsep klasik inggeris untuk rujukan. Cantik pulak earth colour ni. Saya sekarang suka tona warna tanah. Nampak tenang je. Lampu tu sangat cantik kalau letak kat ruang tamu. 


Warna olive green ni pun saya suka. 


Ni kombinasi warna hijau dan putih pula. 


Design sofa macam ni pun saya suka. Kalau tak nak warna hijau ni boleh ajer tempah warna fabric pilihan kita cuma harganya tak sama dengan harga display. 


Ada juga sofa yang diletakkan di bawah kanopi. Ni betul2 harga murah. 


Sofa hijau berbunga. 


Survey kat Fella bukan hanya di cawangan Selayang tapi juga di Fella Bukit Subang. Fella kat sini HQ. 3 tingkat tu. Lagi banyak perabot kat sini. Cantiknya sofa merah gelap ni. Kusyen juga tak sarat dengan bunga yang besar. 


Sape yang suka munge sana munge sini boleh la pilih set ni. Saya suka juga bunga tapi tak nak lah terlalu banyak bunga pulak. 


Sofa ni berharga RM5699 


Saya suka katil ni. Ingat nak beli katil King dan katil Queen kami sekarang bagi kat Dania. Dania kata besar sangat la katil ummi sebab now Dania tidur kat katil Super Single warna putih Ikea tu. 


Kombinasi warna hitam dan perang ni cantik juga. Ada 4 tona perang kat sini. 


Warna purple idaman kalbu :-)


Tak beli apa-apa pun. Tengok-tengok ajer apa yang menarik. 27 Feb 2015 ada warehouse sale Fella Design. Masa tu boleh datang survey lagi. :-)

2 comments:

  1. macam tau tau naluri i cewahh.. i tengah cari sofa jugak.. tapi i tak nak yang cushion yang boleh tarik bantalnyer, nanti hero2 i tarik buat tido sampai lunyai haha

    ReplyDelete
  2. tgk harga je aku dah telan air liur sangkut3 ... huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails