Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, February 10

Otak burung unta lebih kecil dari matanya

Minggu lepas hari ahad kami ada ke Ostrich Wonderland yang terletak di Semenyih. Dania pernah ke sini mengikuti rombongan sekolah tahun lepas. Nak masuk ke sini kena ikut jalan kampung di Sg Lalang. 

Kawasan ni yang ada 3 ekor burung unta ni tempat bagi mereka nak merasai pengalaman naik atas burung unta. Dania pernah naik atas burung unta ni. Sebelum naik, mata burung unta ni kena tutup sebab Dania kata burung unta ni takut manusia. Kemudian kita kena pegang bulu pelepah burung unta ni. 


Banyak sungguh burung unta kat sini. 


Close up sikit burung unta ni. 


Ada juga monyet kat sini. Asal kita dekat je monyet ni buat akal2 kutip daun2 kat situ. 


Dania naik atas telur burung unta. Staf kat situ claim telur tu tak pecah dan boleh tahan berat sehingga 200 kg tapi dengan syarat tak boleh jatuh atas telur ni lah.  


Telur ni berharga RM50 seketul ya....


Hubby naik....sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........telur ni pecah. Alkisahnya ni telur tembelang (telur dah busuk). Errr hubby lebih 200 kg ke? I is confuse. Hehehehe.......bau telur ni tak la sebusuk telur ayam. Staff perempuan kat situ dah cuak dah sebab dia claim telur ni boleh tahan sehingga 200 kg kan....dan hubby masa naik atas telur ni pun tak jatuh. 


Hubby terpaksa membasuh telur busuk tu. Habis le seluar tu. 


Ada juga ayam jenis berbulu kerinting. Cute pulak nampaknya. 


Ayam ni tak cukup zat ke apa ni?...



Ayam jantan putih-putih warnanya. 


Ni burung unta tengah berehat sambil menyudu makanan ke dalam mulutnya. Masa saya pergi US ramai saya nampak makan drumstick besar-besar tu. Rupanya kat sana terkenal dengan drumstick burung unta.  


Kiri kanan kandang burung unta. Dania dah tak berani dekat sebab takut kena patuk. 


Kuda padi tengah makan. 


Ayam lagi. 


Angsa ni saya tak berani dekat sebab angsa ni garang. 


Arnab yang memang dilepas begitu sahaja. 


Pen bulu burung unta ni sebatang RM18 ya. 


Saya beli telur ayam kampung ni dengan harga 70 sen sebiji. 


Ni ada banner Ostrich Wonderland ni. 


Overall saya rasa lawatan ke sini bagai kat mini zoo. Kalau yang berani tu boleh cuba naik burung unta. 

2 comments: