Kejap je kan setahun?. Adik saya yang ambik Masters in Human Resource Management pun dah selamat kembali ke tanahair. Baru-baru ni bertempat di kediaman adik saya di Cyberjaya, ada gathering selain daripada nak bagi barangan yang dipesan.
Barangan kat bawah ni adik saya ni pesan masa saya travel kat USA bulan 5 tahun ni. Ada jeans Levi's, handbag Michael Kors dan handbag Coach. Semua ni brand US. Harganya sangat murah ya berbanding kat Malaysia.
Tiba ajer rumah adik saya, dia dah siap-siap distribute fridge magnet Hard Rock Cafe Classic. Wah.....ada 7 ketul semuanya. Saya baru ajer ada 9 koleksi fridge magnet Hard Rock Cafe termasuk Hollywood dan San Francisco. Adik saya Eja dapat FM setiap negara tak dapat yang HRC. Saya dapat yang HRC ni lah. Seketul HRC London dalam 8 Pound, Europe dalam 12 Euro. Kat USA US Dollar 10. Mahal juga seketul ni. Yang saya tau kumpul ni Mira. Mira mungkin dah banyak koleksinya.
Masa ni enjin tak panas lagi dengan sepupu sepapat.
Ni Adam Musyafee. Masa ni kira anak bongsu la ni tapi bulan 12 ni dah jadi abang dah. My sister not only bawak Masters, barang-barang tapi juga bawak baby dalam perut. Hehehe. (Ema....siapa yang tak tau bila baca blog kekna dah tau yer :p )
My sis dengan Sofiah dan Adlina. Sebab Sofiah dan Adlina ni la Dania nangis masa derang nak gi UK tahun lepas.
Selain daripada bercerita, apa lagi sessi tayang hasil tangkapan. Duhhhh biasa la tu perempuan. Beg Prada ni my sis beli masa kat France kot. Hmmmmm saya tak mampu lagi berPrada....nan ado wit....
Coach come lote ni beli kat London. Kalau beli kat US, saya yakin harganya lagi murah.
Beg Longchamp adik saya ni. La Pliage Hobo. Ingatkan kecik tapi boleh tahan besar jugak. Saya pesan kat adik saya beg ni.
Tak lama kemudian adik saya Eja pun datang bawak JM Bariani. Yay.....saya dah lapar dah ni. Saya bawak pizza Domino's. Ni anak teruna kecik adik saya la ni. Nama si kecik ni Zharfan. Saya la dok melobi soh taruh nama Zharfan sebab anak Suzz pun nama Zharfan :p.
Ni abang Zharfan la ni. Nama dia Zharif. Zharfan dan Zharif ni lambat nak start panas enjin. Dah lama baru nak bergeng geng dengan sepupu semua.
Close up muka Zharif yang comel. Muka ikut belah papa dia dari Sarawak.
Ni adik saya Eja pesan beg Longchamp. Cantik juga warna dia electric blue.
T-Shirt Hard Rock Cafe ni saya tak berkenan sangat. BTW bukan saya punya pun. Saya prefer FM lagi.
Yang ni saya punya La Pliage Hobo all the way dari Paris. Adik saya terpaksa pesan kat kawan yang kebetulan ke outlet Longchamp. Ada la rezeki saya La Pliage ni warna gold. Yay........adik saya kata, kalau kat London atau Europe, mereka sangat particular dengan beg berjenama ni. Kalau mereka tangkap orang yang pakai beg berjenama yang diciplak...mereka akan merampas beg tu. Pssst....ada sorang artis Malaysia, beg berjenama beliau kena rampas sebab dikatakan ciplak. Padehal artis tersebut beli original dari outlet tu. Ni cerita sumber dari student Malaysia rasanya tak tersebar kot. Huh....beli kat outlet pun belum tentu original eh??....
Tak dilupakan coklat vegetarian dari Switzerland. Banyak negara yang my sis cover masa kat UK nun. Untung badan. Saya pun belum tentu mampu nak cover pun. Rezeki masing-masing. :-)
amboiii handbeg
BalasPadamBestnya.... shopping handbag berjenama
BalasPadamEzna beli dekat outlet tu kekadang the sales assistant tu dia tukar beg.. kite ni kadang mane lah kenal..
BalasPadamyeszaa.. i pengumpul HRC classic ni.. !!
beshnya baca entries ni!! mengimbau kenangan time shopping2 kat UK
BalasPadam