Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, October 9

Gelombang baru siri pendidikan untuk kanak-kanak mempersembahkan................

ChiChi dan ChaCha

Saksikan siri pendidikan baru untuk kanak-kanak yang akan bersiaran pada 

Tarikh : 11 Oktober 2014
Masa : 10.30 pagi
Saluran Astro Ceria 611

Siaran ChiChi dan ChaCha adalah satu rentak revolusi ke arah pasaran hiburan berkonsepkan pendidikan di Malaysia.

Hadzelynda Khairuddin, Penolong Naib Presiden Astro Ceria dan segmen remaja sentiasa merentas dan mendobrak gelombang baru genre hiburan dalam pendidikan kanak-kanak di Malaysia. Katanya Astro Ceria sentiasa menjadi pilihan No. 1 bagi kanak-kanak dan semestinya kami akan berusaha lebih tinggi untuk menyiarkan rancangan berkualiti tinggi dan penuh isi bagi penonton cilik kami. ChiChi dan ChaCha adalah satu rancangan unik di Malaysia dan semestinya ia adalah penambahan mantap kepada rancangan-rancangan yang sedia ada di Astro Ceria. 

ChiChi dan ChaCha memasukkan pelbagai medium seperti nyanyian, tarian, muzik dan juga animasi 3D. 

Sesuai sangat untuk anak-anak kita yang berumur 6-8 tahun. 

Chi Chi dan Cha Cha adalah aset intelektual Big Fish Media (Farah Mahami Binti Tan Sri Datuk Dr Mustapha Kamal) gabungan antara Educate to learn (e2L) dan Kyanite TV.

Jom tengok gambar gambar yang boleh membuatkan anak-anak kita teruja untuk menontonnya. 







Dania pernah jumpa salah seekor karektor dalam ChiChi dan ChaCha.



Pastikan anak-anak anda tak lepas tayangannya pada 11 Oktober 2014 ini jam 10.30 pagi di siaran Astro Ceria 611 ya!!!

Untuk maklumat lanjut

https://www.facebook.com/chichiandchacha
http://www.chichiandchacha.com/
http://instagram.com/chichidanchacha (@chichidanchacha)
https://twitter.com/chichidanchacha (@chichidanchacha)

ChiChi dan ChaCha gelombang baru siri pendidikan untuk kanak-kanak!!!

No comments:

Post a Comment