Saya dijemput untuk ke parasmian kedai kasut XES Premium yang terbaharu pada 16 Oktober 2014 bertempat di Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. Quill City Mall terletak berhadapan dengan stesyen monorail Medan Tuanku. Kalau tak nak drive boleh guna pengangkutan awam.
Pendaftaran bermula jam 11.30 pagi tapi saya tiba di sini jam 11.00 pagi dan saya berpeluang menandatangan di sini.
Jambangan bunga sempena pembukaan kedai kasut XES.
Tetamu dijamukan dengan snek sementara menunggu acara bermula.
Barisan kek cawan yang comel.
Deko vintage sesuai dengan konsep vintage XES Premium di Quill City Mall ini.
Deko yang menarik perhatian saya. Sentuhan vintage dan sedikit perincian moden untuk meraikan pembukaan XES Premium Boutique oleh Shellys Marketing.
Variasi kasut wanita. Mana satu pilihan hati???
Mata saya tertumpu pada beg merah belah kiri itu. :-) Banyak lagi koleksi beg dengan harga berpatutan di XES. Pada mulanya saya ambik beg warna brown belah kanan rak second last.
Pelbagai fesyen kasut lelaki.
Bukan sahaja pilihan kasut untuk ibu dan ayah....adik-adik comel pun ada ya.
Salah seorang model memperagakan kasut XES. Boleh lihat gambar model ini terpampang di dinding XES di Quill City Mall. Anda tengok kasut ke tengok muka model ini?...Haaa you.....kantoiiiiii :-)
Comelnya kek cawan ini bagai dipanggil-panggil untuk menikmatinya.
Saya pun tak melepaskan peluang selfie. Banyaknya beg kak oiiii.... :p Kanan kiri belakang depan.....
Upacara memotong riben oleh Managing Director Shellys Marketing Sdn Bhd, Mr. Simpson Wang. Bersama beliau Ms. Mico Pun, Miss XES Elegant.
Fashion show kasut XES.
Kasut merah ni siapa punya??? :-) Belakang tu gambar model ini. Dia kata atuk dia punya muka bila saya tanya. Banyak la atuk dia punya muka ye.....atuk pun atuk la janji good looking.
Acara paling ditunggu-tunggu, boleh pilih mana2 barangan jenama XES di Quill City Mall. Yeahhhhhhhh.........saya pilih beg sandang merah ini. Senang nak bawa travel. Boleh juga share ngan Dania. Boleh juga dijadikan sling bag. 2 in 1. Didatangkan dengan warna merah macam yang saya ambik ini, hitam dan juga cream. Beg ni saya dapat warna cream pada mulanya sebab warna lain dah habis tetapi bila nampak ada orang tinggalkan atas rak balik saya terus sambar. Sangat hot cakes. Semua warna habis diambil.
XES Premium Boutique adalah mengikut arus fesyen perdana dan sangat eksklusif bukan sahaja berbaloi dengan duit yang kita laburkan tetapi juga kasut XES menggunakan bahan berkualiti dalam penghasilan kasut. Kepuasan pelanggan adalah prioriti XES!!!
XES Premium Boutique Quill City Mall Kuala Lumpur dibuka setiap hari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
suka anything warna merah terutama beg. rezeki tuh.
BalasPadamshoppingmall baru ni
BalasPadamSeronoknya...nampak macam banyak pilihan.Saya ni jenis yang cerewet bab-bab pilih kasut...ngeee
BalasPadamwaaa cantiknya bag yg u pilih tu!! i like!!
BalasPadamnice shopping mall, XES Premium Boutique dah buka jom.. pergi shopping :D
BalasPadam