Tuesday, October 7

Hari Malaysia di Pulau Pinang

Dah lama dah kami tak pergi singgah Pulau Pinang. Balik kampung hubby kat Alor Setar tak pula singgah Pulau Pinang. Setakat lalu ajer. Percutian kali ni saya rancang ke Pulau Pinang. Saya la yang booked hotel. Bila hubby bagi green light terus la proceed sebab yang nak drive tu hubby kan. Bertolak dari rumah jam 1 pagi 13 September 2014. Ni hubby yang plan ni. Kami tidur kat R&R kemudian meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang dan tiba kat Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah pukul 11 pagi tapi tak boleh check in lagi. Will be here for 3 days 2 nights. 

Terjumpa ngan restoran nasi kandar tepi laut jadinya kami lunch terus kat sini.


Ni Dania tengah tergelak besar ni sebab kata hidung Haniff Era besar la ummi. Hehehehe....


Suasana tenang selepas hujan. 


Hubby makan nasi kandar. 



Saya makan roti naan dengan ayam tandoori


Tu dia tu dia kereta ni yang saya dok usung ke hulu ke hilir sebab kereta kami masih kat workshop. VW Polo. Kemain besar tulisan tu. 


Yay...tibalah masa nak check in hotel. Hotel ni penuh hari ni kata staff hotel. 


Sementara ayah check in, Dania dan ummi dok tunggu kat sini. 


Jom selfie!!!! :-) 


Bilik kami ni. Setiap bilik mengadap laut. Best dan tenang ajer. 


Agak agak nak bersantai boleh duduk kat balkoni. 


Ada bath tub kat dalam bilik air. 


Malam ni sure nak minum air panas ni. 


Tiba waktu malam, kami nak gi makan ikan bakar. Ikut waze alehaiiii kat Pulau Pinang ni kong sungguh la. Kejap ada line kejap takde line akhirnya kami masuk jambatan Pulau Pinang kena bayar tol kemudian masuk tol balik dan balik ke pulau. 

Tempat ikan bakar ni depan sikit ajer pada Queenbay Mall. Boleh pilih nak makan kat kedai mana. Banyak pilihan kat sini. 


Tempat makan ni betul-betul kat tepi laut. 


Kami pilih set ni. Ni untuk 2 orang makan ajer tapi kami tambah nasi lagi satu pinggan untuk Dania. 


Tomyam, sotong celup tepung dan telur dadar siap!!!!! 


Ikan siakap ni boleh pilih nak masak apa. Kami pilih masak 3 rasa. Boleh tahan besar ikan ni. 


Nanti ada entry selepas ni pergi Bukit Bendera. Tau kah anda keretapi Bukit Bendera sekarang ni laju?. Haaa nak tau tunggu lepas ni yer. Gayat jugak tapi ok la sebab keretapi sebelum ni macam siput nak mendaki Bukit Bendera. Advance dah sekarang ni :-)

2 comments:

  1. 3 kali pergi Penang tak pernah pergi pun BUkit Bendera. Pergi makan tak kat laksa pohon Jargus? yang masuk dlm JJCM tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak makan pun kat situ Lyn. Makan kat Mee Udang Ayu Balik Pulau.

      Delete

Related Posts with Thumbnails