Entry post ni kesinambungan dari entry di sini. Pagi sempat breakfast di hotel. Kami turun dalam pukul 8 lebih dah tak dapat tempat kat tepi kolam renang. Jadinya dapat tempat kat dalam.
Kalau makan tepi kolam renang ni syok ni. Open air sikit.
Lepas makan terus ke Bukit Bendera. Sebelum ni Bukit Bendera tutup sementara nak upgrade.
Line beratur dah panjang dah ni. Kalau nampak kat hujung ni ada lelaki yang berbaju warna biru, berdekatan dengan lelaki yang berbaju belang tu....tu kawan saya kat sekolah rendah. Saya masih ingat lagi namanya. Full name ok. :-) Sempat la bertegur sapa.
Ni la keadaan dalam train nak mendaki Bukit Bendera. Train sangat laju. Ni la train terbaharu yang akan membawa kita ke puncak Bukit Bendera. Train yang lama slow ajer.
Cantiknya permandangan kat atas ni.
Gambar ni macam Mr Owl tu pegang Dania.
Hubby dan Dania.
Ni ummi dan Dania pulak.
Permandangan kat atas Bukit Bendera. Kami tak masuk pun Owl Museum.
Ni tempat meletakkan mangga kunci. Macam ala ala kat Korea kan?
Close up sikit mangga kunci dan Dania.
Jam pun dah menunjukkan jam 12 tengahari. Time to eat....
Saya punya kuey tiaw ladna.
Hubby punya kuey tiaw kerang.
Dania kenyang nak makan benda berat jadinya Dania makan banana split ni. In between saya suap juga kuay tiaw saya tu.
Mangga ni sangat sedap. Ditambah pula dengan ice cream.
Time gayat bila train nak turun bawah. Laju ok.....kalau anda semua datang jalan jalan ke Pulau Pinang, singgah Bukit Bendera ya....
Betapa lamanya nak keluar entry ni. :-) Dah keluar phewww...... :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.