Semalam sibuk la menolong kat rumah my sis di Cyberjaya punggah barang dari kontena. Lepas makan breakfast terus shoot ke Cyberjaya. Dah ada barang-barang yang siap disusun mengikut nombor.
No 1 - 77 kepunyaan adik ipar saya dan of course ada barangan saya di sini.
Ni anak saudara saya ni Adam Musyafee. Dah besar dah dia. Masa gi UK dulu macam baby ajer.
Ni kakak Musyafee la ni. Sofiah, anak saya Dania dan Adlina. Mereka bertiga ni memang geng.
Sementara itu, hubby dah sibuk angkat barang-barang. Errr yang berat hubby tak angkat ler.
Kontena 40 footer ni dikongsi 4 family besar dan 20 orang lagi barangan setakat 1-2 kotak. Errr tapi ada seorang tu 21 kotak. Barangan berkotak-kotak. Nak habisnya pun lambat lah. Sementara itu ada lori 3 tan 2 biji dah standby nak bawa barang naik lori. 3 orang yang share lori 3 tan tu dah la tolong angkat barang susun kemudian nak angkat barang pula masuk lori 3 tan dan kemudian tiba kat rumah nak keluarkan pulak barangan dari lori.
Food untuk dikongsi. Adik saya dah beli 21 bungkus nasi lemak. Saya bawak 12 ketul karipap ajer. Karipap tu cepat habisnya. Nasi lemak yang adik beli kat Putrajaya ni pun dapat pujian ramai sebab sedap.
Adlina ni my sis kata masa kat UK speaking kemain slang. Hehe.
While the kids sibuk le memain basikal. Dania naik basikal yang tayar kurang angin.
Kerjasama yang diberikan sangat tinggi. Penuh kotak-kotak juga di luar rumah.
Stroller Quinny yang tak tahan tu. My sis punya kawan dapat harga RM500 yang 2nd hand. Berbaloi sungguh la. Kat sini tak dapat harga sebest ni.....
Dania...Dania....itu basikal untuk budak kecik la. Jenuh mengayuh tu.
Lay Z Spa anyone?
Hubby saya memang bekerja keras on that day. Bravo!!!
Ni adik ipar saya ni. Baru ajer tiba. Biasa tu kontena dah tiba lama baru datang yer?....ehem....
Bukak kotak-kotak yang tiba memang kerja saya sebab ada barangan saya. My sis memang fully utilised kotak yang ada. Since kotak pun kena bayar juga. Queen Anne ni my sis ada nak bagi souvenir.
Ada costume Iron Man dan Sofiah dengan costume Jake? Errr Sofiah ni girl ke boy ni?....
Iron Man ni lembut sikit. Dia kata warna blue untuk girl, pink untuk boy.
Rumah dah serupa gudang dah ni.
My hubby sangat teliti bila buka kotak.
Superboy Zharfan.
Dekat pukul 5 petang baru lah dapat balik. Barangan dalam kereta saya menutupi cermin belakang kereta. Ni ada barangan yang kawan saya order.
Ni saya punya saucer and cup Portmeirion. Beli loose ajer ni bukan set.
Ni pun saya beli loose. Harga 3 pound lebih. Saya beli 8 biji pinggan tapi adik saya bermurah hati bagi lagi 2 pinggan. :-)
Ice Cream maker, Queen Anne ni my bro in law singgah outlet masa otw nak menonton Manchester United kat stadium. Hot Choc tu a gift from my sis. Tak snap dalam gambar air fryer Philips yang berbaloi beli kat UK sebab harga sangat dabom dan a gift lagi dari my sis Tefal pan. Thank you so much. My sis kata kalau beli periuk teringat kakak2, kakak ipar dan ibu mertua. Nak beli mainan teringat anak-anak saudara pula. End up beli sekali gift untuk semua. Ahhh so sweet kan?. Andrew James tu pun sangat berbaloi beli sebab boleh buat ice cream sendiri. Top 10 most voted ice cream maker.
Dania dapat gift ni juga.
Dan ini....errr Dania cakap tengah fikir nak pakai baju ni nak gi mana...hehehe....
waaaa beshnya aktiviti bukak2 kotak tu!! quinny memang cheaper kalau beli kat UK even yg brand new pun,,2nd hand lagilah so cheap! berbaloi2 tu!!
BalasPadamezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
BalasPadampengsan ai tengok...
bestnya, no wonder suzz ms belajar kat UK dier pun banyak sopinggg
bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa