Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, September 8

Makan Time : Kesinai Riverside Alor Setar Kedah

Masa tiba Kedah sehari sebelum raya. Jalan clear all the way dari rumah kami sehingga ke Alor Setar. Untung balik hari ahad. Kalau balik hari sabtu berejam kat jalanraya katanya. Oh ya entry balik raya tak habis lagi la. 

Singgah Kesinai Riverside yang terletak berdekatan dengan Yasmeen dan Pokok Ceri. Agak mahal juga buffet Ramadhan kat sini. Dewasa harganya RM30++. Kalau kat Bangi Golf Resort dengan harga RM28 tu buffet sangat banyak pilihannya. 


Tak banyak sangat pilihan makanan kat sini. 


Dania buat muka ngengada sambil tunggu waktu berbuka puasa. 


Ini yang saya ambil siap-siap untuk berbuka puasa. 


Kambing bakar pun ada. Ambik sikit ajer sekadar nak merasa. 


Deko kat sini. Pilihan buffet sehari sebelum raya kat Alor Setar ni tak banyak la. Kesinai Riverside masih buat juga buffet mungkin sebab masih ada permintaan. Kebanyakkan yang berbuka kat sini plet kereta luar
.

Apa pun bersyukur juga dapat berbuka puasa di sini kerana masih ada yang buat buffet ramadhan. Idak....terpaksa la makan fast food untuk berbuka. 

3 comments: