Magikal? Biar betul.....ya betul...kalau tak percaya boleh tengok gambar-gambar dalam entry ini terutama waktu malam :-)
Setibanya saya dan anak saya Dania kat sini, ambik gambar dulu Fun Drive. Kat dalam tu nanti Dania akan cuba naik kereta.
Berdekatan dengan Itsy Bitsy ni terletaknya I-City Hotel. Bagi mereka yang tinggal jauh tu boleh duduk kat hotel ni yang sememangnya terletak dalam kawasan I-City.
Comel betul patung-patung serangga kat sini. Sang semut ni berehat sebelum sambung nak buat kerja...hehe...
Salah satu tarikan kat sini. Kanak-kanak pasti menyukainya.
Jumping frog ni memang Dania paling suka. Kat mana taman tema yang kami pergi pasti mainan seperti ini yang Dania pilih dulu. Tak gayat pulak tu.
Tibalah masanya nak memandu kereta. Sebelum tu adik-adik akan mendengar taklimat dari abang ni dulu ya.
Serius sungguh anak saya memandu kereta.
Oppsss dah bagi signal belum sebelum membelok tu??.
Comel sungguh polis ni. Sepanjang memandu kat sini ada bank, balai polis dan lain-lain lagi.
Tak melepaskan peluang ambik gambar kat sini sebab background berwarna-warni.
Saya dan Dania singgah surau untuk bersolat Maghrib tapi agak kecewa dengan surau kat sini. Suraunya kecik, berbau hapak dan dinding dipenuhi sawang. Saya berpendapat jika taman tema yang besar ini dapat menyediakan surau yang lebih selesa lebih baik. Pihak I-City boleh mengambil contoh taman tema yang mempunyai prayer room yang selesa seperti di sini dan sini. Komen ni untuk membina ya.
Lepas solat saya dan Dania main kat dalam ni. Apa ye yang ada kat sini?....
Saya cuba naik kereta ni. Kena pandai guna alat kawalan di tangan. Kalau tak, main langgar ajer dinding tapi kategori bumper car jugak la boleh langgar kereta lain.
Dania syok sebab boleh pusingkan kereta ni.
Kemudian lalu di bawah bintang yang berkerlipan ini untuk ke Spacewalk.
Gayat juga nak naik kereta ni. Kalau nak cepatkan kereta ni kena kayuh. Saya dan Dania biar ajer kereta ni jalan sendiri.
Sambil menikmati permandangan di atas ni. Ni permainan kuda berpusing. Cantiknya dengan lampu yang berwarna-warni. Bagaikan dalam cerita dongeng Princess.
Dancing water yang mempunyai lampu yang bertukar warna akan menari ikut alunan muzik. Bila tiba waktu korus, air terjun ni akan tinggi. Anda dah tak perlu pergi ke Las Vegas nak tengok dancing water. Dancing water kini ada di I-City.
Dania sedang menghayati permandangan yang mempesonakan.
Kawasan ni pun cantik. Bagaikan di kolam yang dipenuhi burung flamingo.
Dania sangat excited kat sini. Dania dan air berpisah tiada. Hehehe.
Atas ni lah track Spacewalk.
Lepas dah berjalan-jalan kat dalam I-City, perut pun minta diisi. Saya dan Dania makan kat KFC. Saya perhatikan ada beberapa restoran lagi dalam I-City ni. Kedai mamak pun ada so jangan risau la mana nak makan kan....
Secara keseluruhan, I-City ni menarik untuk dikunjungi oleh keluarga. Jom I-City !!!
bestnya kena pergi ni...
BalasPadamnmpk menarik :)
BalasPadam