Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, September 22

Si cantik manis Miss XES Elegant 2014 / 2015

Teruja juga bila pertama kali dapat ke majlis memperkenalkan duta baru XES. Lepas pick up kereta kat workshop terus melaju ke Shah Alam. Majlis bertempat di XES Premium Glenmarie. Pusing 2-3 kali juga sekali bila saya berhenti satu kawasan tu, aikkkk XES seberang jalan ajer jadinya terus la cari parking. 


Berwarna-warni beg yang diperagakan di XES. Mata tertumpu pada beg yang berwarna merah tu. 


Since cuti sekolah, saya angkut sekali Dania. Dania teruja tengok koleksi kasut kanak-kanak kat sini. Tengok la nanti apa yang Dania pilih untuk koleksi kasutnya. 


Banyak betul koleksi kasut XES kat sini. Saya awal-awal lagi dah survey nak kasut yang mana satu. Hehehe. 


Bila lensa menghala kat staff XES terus ajer ada aksi spontan dari mereka. Oh yang bro tu kenapa serius sangat???. 


Well, seleksi kasut Scholl pun ada untuk lelaki dan wanita. Saya memang tengah cari sandal untuk saya nak bawak akhir tahun nanti tapi dah awal lagi beli. Kalau tak beli lagi mau saya ambik sandal yang warna purple bawah sekali tu. Design simple yet elegant.  


Tibalah masa yang dinanti-nantikan majlis bertukar tandatangan untuk melantik duta XES iaitu Ms. Mico Pun Chiew Yoek dengan Managing Director Shellys Marketng Mr. Simpson Wong. 


Ini cara seorang ratu berdiri yer. Memang sesuai melantik Ms Mico Pun.

Selaku duta beliau akan mendapat banyak keistimewaan diantaranya ialah : 

Kontrak bernilai RM16,000 termasuk 

- RM 1000 tunai ketika majlis menandatangan sebagai Miss XES Elegant 2014 / 2015 
- Supply kasut bernilai RM3,600 selama setahun.
- RM3,900 untuk iklan di dalam media massa 

Untunglah seorang yang bernama Ms. Mico Pun. 


Selepas itu, pihak XES mengumumkan setiap yang hadir boleh memilih apa-apa barang dari kedai XES. :-) Apa lagi. Apa-apa barang??? (Jenama XES sahaja) 

Saya beli ni untuk hubby nak bawa travel akhir tahun nanti. Jenama Scholl yang mempunyai titik-titik untuk urutan refleksologi kaki. Sambil berjalan selipar ni mengurut pada masa yang sama. How cool is that?...


Ni lah kasut yang saya ambil untuk diri sendiri. Saya pilih kasut ni sebab ringan. Selesa nak travel nanti. Saya ingat lagi kasut yang saya pakai masa travel kat US tahun ni langsung menyebabkan kaki saya melecet. Nak jalan pun tak selesa. Spoil juga mood saya. Saya kena pilih kasut yang hujungnya berbentuk lebar dan bukan tirus. Jari kaki saya panjang-panjang. 


Kasut ni saya beli untuk Dania. Habis?? Ummi dan ayah dapat kasut. Tak sampai hati pula takde kasut untuk Dania. Taraaa.......kasut Barbie pilihan Dania ni sesuai untuk kanak-kanak seusia Dania 10 tahun. Trendy sangat. 


Ni antara pilihan kasut XES yang saya close up. Saya suka cara pihak XES mempamer kasut dengan aksesori dekorasi. 



Cinderella tertinggal kasutnya??? 


Di akhir event ada makan-makan. Elok sangat la tu. Breakfast tak sempat jadinya kat sini la tempat makan-makan. 



XES : Trendy Family Shoe Store 


Jom ke XES jom. Dania cakap kat ummi, Giant Kinrara pun ada XES. Ummi baru perasan......budak-budak....memori sangat tajam. 

4 comments: