Wednesday, September 10

flexWorkLife membantu wanita untuk mulakan kerjaya yang lebih waktu fleksibel

Baru-baru ni saya ada pergi mendengar talkshow di event Urban Mom yang bertempat di One Utama. Speaker terdiri daripada Ms. Salika Suksuwan, Head Industry Partnership  wakil daripada Talent Corporation Malaysia, Ms. Nisa Hidayah Talent Acquisition Specialist , Standard Chartered dan Ms Pauline Teo, HR analyst, BASF Asia-Pacific Service Center Sdn Bhd. Tajuk talkshow ni menarik sangat I Made A Career Comeback. 


3 sebab utama kaum wanita meninggalkan bidang pekerjaan adalah kerana :

1. Nak membina keluarga
2. Tidak dapat membahagikan masa diantara keluarga dan pekerjaan
3. Nak memberi perhatian kepada keluarga. 

Pengalaman saya yang lepas sebab utama saya berhenti kerja sebab saya selalu diminta untuk keluar daerah. Dah la masa tu Dania baru berapa bulan ajer. Pada hakikatnya saya ni jenis agak manja sikit. Hehehe. Tak boleh nak jauh-jauh dengan keluarga. Setakat sekali dua tu boleh la. Ni kalau dalam sebulan tu banyak kali, saya memang tak sanggup. Dapat pula pegawai perempuan yang memang suka buat kerja luar daerah. Bagi saya setiap manusia itu berbeza kehendaknya. Apa yang saya nak capai ialah keluarga tetap No. 1, Kerjaya jatuh No. 2. Tapi, jika organisasi saya praktikkan masa yang lebih fleksibel mungkin saya tak berhenti bekerja. 

Pengalaman Ms. Nisa yang kembali bekerja setelah 2 tahun meninggalkan kerjaya ni membuka mata saya. Standard Chartered sebagai contoh ada menyediakan bilik  untuk mengepam susu untuk ibu-ibu yang menyusu. Best kan kalau ada organisasi yang memahami macam ni.

Apa yang flexWorkLife dapat membantu kita kaum wanita :

1. Boleh memohon pekerjaan yang memberikan masa bekerja yang lebih fleksibel. 

2. Pekerjaan yang ditawarkan boleh mengimbangi diantara keluarga dan kerjaya. 

Untuk keterangan lanjut boleh layari flexWorkLife.my  atau facebook di sini

Masa event ni berlangsung pun ada beberapa maskot yang lalu lalang jadi Dania pun tak lepaskan peluang bergambar dengan salah satu maskot. Dapat free cotton candy lagi. 


Jurucakap TalentCorp ada memberi tips supaya jika anda nak masuk balik alam pekerjaan setelah berhenti bekerja, tempoh tu jangan terlalu lama ye. Jadi, decide sekarang kalau plan nak kerja balik......chances nak masuk alam pekerjaan masih tinggi. 

5 comments:

  1. betul tu...keluarga tetap no. 1...^_^

    ReplyDelete
  2. kalau ila masuk keja balik.. setahun 8 bulan ila tinggalkan opis..

    ReplyDelete
  3. Menarik! Sememang cabaran kaum ibu masa kini lebih tough! Untunglah kalau dapat majikan yg offer flexi time mcm ni

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails