Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, September 29

Shopping itu terapi.....no??....yes??

Hari sabtu baru ni teman hubby dan geng surau pergi tengok lembu untuk dibuat korban surau berdekatan dengan rumah kami. Saya saje nak berjalan sebenarnya. Hehehe. Nak tengok lembu tu area Pedas, Negeri Sembilan. Entry kemudian la ye. Since kami kat Negeri Sembilan, saya teringat ada HQ Pearl Haya kat sini. Lepas ajer solat Asar teruslah mencari Pearl Haya. Rupa-rupanya area berdekatan dengan Masjid tu juga. Dulu masa jalan-jalan kat Senawang ni, saya tak tau pun Pearl Haya dekat jer dengan masjid. 

Kebetulan ada sale selama 3 hari bermula hari jumaat. Wahhhh terus excited tetiba. Hubby tak masuk Pearl Haya ni pada mulanya tapi just jenjalan area sekitar sini. Bila hubby masuk tunggu beberapa lama pun si isteri tak siap lagi memilih tudung. Hubby saya pun keluar dan pergi jenjalan lagi area berdekatan. Yang geng ngan saya Dania la. Saya pilih la sehelai Little Haya buat Dania. 


Ni lah Little Haya Dania corak kumbang Ladybird. Saya suruh Dania pilih nak yang mana dia kata ummi rasa? Hmmm ummi jugaklah yang pilih tudung Dania. Little Haya pun ada sale 30%. Suka suka suka. 

Saya pun cuma ambil sehelai. Kat sini banyak choice Little Haya berbanding di branch Shah Alam. Niat di hati nak ambik 2 helai untuk saya punya tapi disebabkan labuh tak mencapai spesifikasi, terpaksa saya lupakan niat. Time saya pilih tudung boleh pulak Dania komen....ummi tudung ni sweet la....bla bla bla. Ni Dania posing kat kedai yang hubby daftar Altel. Eh.....Altel bukan senang nak cari yer....kebetulan kedai ni ada. Senang la nak bawa kalau travel dalam Malaysia. 


4 comments: