Thursday, September 4

Raya kedua di Kedah

Masih lagi entry raya yang tak habis lagi. Hehehe. Syawal pun dah habis. Tengahari kami ke rumah abang ipar di Pendang. 

Dania dengan cucu abang ipar saya. 


Raya kedua ni, Dania pakai kurung moden yang digayakan dengan shawl Radiusite. Ummi dier tak nak pakai dah. Hehe. 


Balik ajer dari Pendang, singgah pula rumah pusaka hubby kat Simpang Empat. Kanak-kanak yang paling happy dapat berkumpul bersama. Masa ni lah nak kumpul balik sedara mara yang jauh dan dekat. Mainan ni Dania yang bawak ni. 


Masa kat Pendang kami beli stok bunga api. Jadinya hubby sibuk la mengagihkan bunga api kat kanak-kanak semua. 

Anak ummi cuak main bunga api. 



Mercun gasing pun beli. Takat pusing pusing macam ni ajer pastu habis. Asap kemain banyak. 


Ni aktiviti yang paling saya suka. Ambik gambar kanak-kanak riang ni kat sawah. Tengoklah aksi semua mereka ini. Dania paling baik dengan Awatif yang pakai baju kurung hijau. Awatif ni cucu kepada sepupu hubby. Dia panggil hubby Tok Tam. Dengan Dania tak sure pulak apa pangkatnya. 



Kebetulan rumah arwah mak ada pokok rambutan yang sedang berbuah. Buahnya tinggal yang kat dahan tinggi. Sepupu hubby tolong kaitkan buah rambutan. Saya tolong ambik gambar kat tepi dan adalah sikit masukkan dalam bakul. Jadilah......kih kih kih...


Buah rambutan yang merah dan rasanya yang sangat mani. Kalau kami semua tak makan, jadi rezeki kat musang pandan pulak. 



Dania bergambar kat rumah pusaka hubby. 


Masa ni gelak sebab apa tah. Happy sungguh mereka ni. 


Rumah mak mertua kat Kedah ni takde sape yang duduk. Masing-masing ada rumah sendiri. Bila Raya jengah la rumah pusaka ni. 

1 comment:

Related Posts with Thumbnails