Jumaat, Ogos 29

Jalan Jalan Makan Malam bersama Heliza Helmi

Nak berjumpa dengan agency yang menguruskan event ni pada pukul 6 pm di Sunway Pyramid. Sebelum tu saya memang niat nak bagi gift kat Heliza. Pilih la gift kat Parkson. Saya pilih brooch ni. Tak kecik tak besar. Lepas tu terus makan kat Kenny Rogers. Perut dah lapar sebab tak lunch lagi. Saya memang plan nak makan kat Sunway Pyramid ni. Biar tiba awal sebab takut tersangkut kat jam ke apa. Saya tiba Sunway Pyramid dalam pukul 3 petang. 


Masa ni dah dekat-dekat pukul 6 petang. Kena tunggu depan Starbucks. 


Kami akan dibawa ke tempat rahsia le kengkononnya. Saya tanya pengurus Heliza bernama Zalia senang. Settle. Saya tahu kami semua akan dibawa makan malam kat Kelantan Delights, Subang Jaya. Saya tanya agency tu dia tak bagitau sebab nak surprise. Ammar pemenang juga, saya, Dania dan Heliza ambil gambar dengan bunting V Power. Tajaan makan malam ni oleh Shell V Power. 

Heliza, Dania dan saya duduk belakang sekali. Dania malu-malu bila kakak Heliza tanya soalan. Photo ni, Ammar (pemenang) punya. Saya masukkan dalam post ni juga sebab ni lah satu2 gambar yang duduk dalam kereta bersama Heliza. Tq Ammar sebab ambik gambar ni. 



Saya nak ambik gambar candid tapi Heliza pose comels macam ni. Comel kan? 


Boleh pilih nak makan apa kat sini. Masa ni Heliza nak order makanan. Sambal tumis petai dan 3 set keropok lekor untuk dikongsi bersama. Mula-mula Heliza nak order 2 set ajer tapi saya tambah 1 set. Takut tak cukup. Hehehe. 


Baju biru tu Huda dari Majalah In Trend, tudung pink Zalia merangkap pengurus Heliza dan lelaki itu Ammar. Setiap selebriti ada 2 orang pemenang. 



 Ni lagi 1 pose istimewa dari Heliza. Photogenic sungguh. 


Jom jom keropok lekor. Dania dah makan dulu. Hehehe. 


Meja panjang untuk kami ramai-ramai. Di hujung sana pihak agensi yang menguruskan event ini. 


Set nasi dagang buat Dania. 


Set nasi kukus buat saya. 


Banyak yang kami borakkan dari MH17 ke MH370, misi kemanusiaan Gaza. Ye Heliza Helmi pernah sampai ke Gaza, politik ada sikit-sikit la. Jom tengok gambar Heliza yang lain. :-)


Ekspresi comel ni memang Heliza saje buat. Buat gini pun comel. Maklumlah pengacara Rasa Halal :-)


Lopis dalam set yang saya pilih. 


Jurukamera dari majalah In Trend dan pihak Shell banyak ambik gambar kami :-)




Photo dengan semua yang terlibat menunjukkan tangan V simbol untuk V Power :-)


Ni photo gaya bebas. Alehai manisnya gaya Heliza masa ni :-) Dania memang takde ekspresi sampai uncle2 photographer cakap adik senyum adik....hehe. Yang tangan atas bawah tu dari bahagian Marketing Shell. Yang belah kanan sekali tu saya pernah jumpa masa event Courts dan blogger :-) Masa event Courts saya pun minta tolong beliau ambik gambar. Hehe. 



Harap-harap Dania bila besar nanti boleh jadi macam Heliza. Berpakaian sopan. 


Last pose before we say goodbye. Nice meeting u Zalia. Nice meeting u Heliza. Rupanya Heliza ni banyak juga cakapnya. Zalia kata Wardina panggil Heliza.....Makcik Ja. Manakala Heliza panggil Wardina Makcik Na. Elok sangat la tu. Keduanya banyak idea bila bercakap. Persamaan keduanya saya mengagumi mereka. :-)


Last sekali photo Puan blog. T Shirt panjang Munawwarah bersama tudung Munawwarah yang sangat praktikal dan selesa. Saya pakai bersama seluar palazzo. Dania panik sebab beberapa minit lagi Sunway Pyramid nak tutup. Ishhh ummi nak ambik gambar pun tak senang. 


Selaku pemenang Shell V Power Jalan Jalan Balik Kampung, terima kasih Shell dan pihak yang terlibat yang merealisasikan makan malam yang istimewa bersama Heliza Helmi. :-) :-) :-) 

5 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...