Monday, August 18

Raya lagi 2014

Baru sempat nak update cerita raya. Dari hotel kami tu, hubby decide kami semua solat di masjid Zahir Alor Setar. Dalam pukul 8 pagi tibalah kami di sini. Parking agak terhad tapi nasib baik dapat juga parking dalam masjid. Solat kat sini dekat pukul 9 pagi baru solat. Ada tunggu VVIP. Menteri besar Kedah, pemangku sultan Kedah solat sunat hari raya kat sini. 

Bila nak keluar masjid tu berpusu-pusu muslimin keluar. Saya dan Dania nak jalan pun tak boleh. Masa tu lah Adam Corrie lalu depan saya dan Dania. Saya senyum dan panggil nama Corrie. Boleh ambik gambar dengan anak saya?. Corrie kata boleh. Teruslah snap guna phone camera. Barulah masa tu ada orang perasan saya ambik gambar dengan Corrie :-). 


Lepas tu memang macam tahun sebelumnya kami akan beraya di rumah kakak hubby. Gambar ni anakanda yang ambikkan :-) 


Dapat pulak kad raya dari anakanda tersayang. Memang surprise sungguh. Dania bawak ke Kedah sekali. Entah bila dia tulis kad raya ni tak tau pulak saya. Siap sticker Donald Duck dan Minnie Mouse lagi. Hehehe. 


Photo satu keluarga ni anak saudara yang ambik. Kat rumah anak saudara ni, dia masak nasi tomato. 


Ada pulak kucing kat rumah anak saudara jadinya Dania main-mainlah. Ummi dia a bit takut. Kalau kucing tu diam ok jugak. 


Ni pulak anak kepada anak saudara yang bertandang ke rumah kakak hubby. Comel sangat bila Khyra Amanda ni senyum. 


Yang ni pulak anak kepada anak saudara saya yang satu lagi. Kira sepupu dengan Khyra Amanda ni. Alehai...kecik-kecik lagi dah bertindik. Dania bertindik pun masa umur 4 tahun. 


Rumah kakak ipar ada pokok rambutan yang sedang masak ranum. Main capai2 terus ngap. Manis sungguh rasanya. Raya pertama selalunya siap baju melayu bersampin. Raya kedua selalu no no no baju melayu dan sampin. T-Shirt jugak dicarinya. 


2 comments:

Related Posts with Thumbnails