Rabu, Ogos 6

Jemputan berbuka dengan PICC bersama anak-anak yatim

Saya dah schedule post ni tapi bila check balik post ni tak keluar sebab saya ada amend few things kemudian post ni ada dalam draft. 

Ok back to cerita berbuka puasa ni. Event ni di bawah Cik Lily Putih. Saya pergi dengan Dania ke PICC, Putrajaya. Dania mana nak berenggang dengan umminya. Hehehe. Saya duduk dekat ajer dengan tempat ambil air ni. 


Wah....deretan kuali dengan lauk2 yang menyelerakan.


Buah-buahan pula kat sini. 


Kalau nak ayam, kambing, ikan bakar boleh pergi luar yer. Saya ambik jugak kambing bakar sikit ajer sebab nak merasa. 


Ni meja untuk para media. 


Anak yatim dari Baitul Barokah Wal Mahabbah sedang diraikan. Rumah ini memerlukan bantuan kewangan dari orang ramai untuk menanggung kos keperluan asas seperti barangan runcit dan pendidikan. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Baitul Barokah Wal Mahabbah di 012-2275393 atau 013 - 6785972. 


Ni yang saya ambil. Sup ketam dengan jagung, cempedak goreng dan kambing bakar. Makan ni pun dah kenyang. Tapi.....daging kambing ni agak liat. Yang sup ketam tu saya repeat 2 kali. Sedap sungguh rasanya....


Ulat buku sedang membaca buku. Bagilah buku tebal kat Dania. Dalam masa 3 hari ajer habis khatam. 


Ada blogger Ben Ashaari juga. Rosma AF sibuk menemuramah :-)


Rosma AF ada membuat persembahan kat sini sepanjang tempoh promosi berbuka puasa kat PICC. Rosma dan Khai ambik kesempatan potong kek harijadi anak dier. Anak dier sibuk nak distribute party pack kat kawan-kawan cilik. Saya jumpa Khai masa saya dan Dania dalam perjalanan balik selepas solat Maghrib. Khai pula nak pergi solat Maghrib. Nampak baik dan tak sombong. Cam malu-malu juga. Saya nak ambik gambar tapi segan pula sebab orang nak gi solat, kita sibuk nak ambik gambar. 


Happy anak Khai dan Rosma AF. Dania tak nampak muka. Nampak tudung ajer. Huhuhu. 


Insyaallah saya akan repeat datang berbuka di sini tahun hadapan. Tempat makan yang luas, lauk pauk yang beraneka jenis, layanan yang baik dari PICC. Tak rugi wohhhh.....

3 ulasan:

  1. cantik gambar u ambik Ezna.. i nak kene minta u burn CD or sewaktu dengannya untuk birthday Emir sebab memang tak boleh bukak :(

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...