Thursday, August 21

Ikan gapi, mudah ke membelanya?

Bela ikan ni hubby yang nak bela. Kalau ikutkan saya malas nak bela apa-apa pun sebab kena berdisiplin kan.

Ikan diletakkan di dalam besen segiempat ni. Kiambang ni actually baru ajer beli kat Sg Buloh. Hubby beli 3 kuntum ajer tapi tengoklah sekarang ni dah jadi berapa kuntum. Dah nak tutup permukaan besen ni. Cepat sangat membiak. 


Tapi sekarang ni saya pulak yang seronok nak bagi makan ikan-ikan ni. Kisah ikan ni macam ni, hubby beli 2 pasang ikan gapi. Beberapa hari kemudian seekor ikan gapi ni mati. Tak lama lepas tu seekor ikan pulak melompat keluar bila hubby nak basuh besen. Tinggallah 2 ekor ikan gapi yang masih hidup. Kebetulan ikan gapi yang masih hidup tu jantan dan betina. Tak lama lagi lepas tu saya nampak banyak ekor kecik kecik je warna hitam-hitam dalam besen ni. Nak kata anak katak takkanlah katak lompat dan bertelur dalam besen ni kan. Rupa-rupanya anak-anak ikan. Meriah je nampak. Senang nak bela ikan gapi ni. Tak gaduh nak letak tangki oksigen. 


Seronok ikan-ikan ni main-main dekat bunga kiambang ni. Kalau nak bela ikan dalam besen ni, jangan lupa tebuk lubang. Supaya bila hari hujan, air keluar ikut lubang tu dan tak melimpah air dari besen ni. 



1 comment:

Related Posts with Thumbnails