Monday, August 11

Bangi Golf Resort.....

Saya menang 2 voucher berbuka puasa di Bangi Golf Resort dari Melastik Bintang. Masa minggu kedua puasa saya utilised voucher ni. Tak silap saya hari Sabtu kami berkunjung ke sini. Tiba sana dekat pukul 7 malam dah. Dania ajer yang saya bayarkan. 


Ada beraneka station makanan kat sini. Dapat ajer tempat duduk terus ambik makanan untuk berbuka. 


Saya ambik laksa. 


Kalau nak ambik nasi berlauk panjang sungguh barisannya. 


Dekat main hall pun meja penuh.


Dania suka sangat kuih lapis ni. 


Ada jugak churros. Jarang nampak churros kat buffet berbuka puasa. 


Sous Vide Egg With Mushroom Espuma katanya recommended kat kebanyakkan blog review tapi bagi saya rasanya biasa ajer macam makan telur separuh masak dengan lada hitam. 


Yong Taufu pun ada. 


Kambing bakar dan satay. 


Bila tengok jumlah yang berbuka kat sini, saya tanya staff BGR berapa ramai jumlah yang berbuka kat sini? Rupanya dalam 1000 orang. Patutlah nampak sangat ramai. Dengan kapasiti seramai 1000 orang nak compare denga keluasan surau yang macam tu memang nampak sangat crowded. Nak nak waktu maghrib memang singkat. Kalau tanya saya nak berbuka lagi tak tahun hadapan kat BGR? Jawapan saya ........tidak. Saya rasa BGR patut kurangkan jumlah orang supaya dapat memberi keselesaan kepada pengunjung. Jangan hanya nak maksimakan keuntungan ajer.  

5 comments:

Related Posts with Thumbnails