Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, September 28

Ummi bangga bila .....

Entry ni nak share kegembiraan seorang ummi bila puteri kesayangan berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori Bacaan Solat untuk Kem Bestari Solat dalam kelasnya. Tak sia sia datang sekolah hari Sabtu yer. :-) Alhamdulilah. Dania kata tempat 2 dan 3 murid lelaki dan tempat ke 4 murid perempuan. Syabas sayang yer. 

Jadi, ni lah hadiahnya :-) 


Ummi sangat happy kerana keputusan menukar sekolah Dania adalah sangat tepat :-) Dipermudahkan sejak dari awal lagi. Me rasa Dania banyak menonjolkan potensi dirinya kat sekolah kebangsaan ni. Sekolah Kebangsaan ni banyak aktiviti. Dania pulak pernah masuk nasyidlah, buat persembahan kelas hari kebangsaanlah. Baru2 ni Dania cakap dia masuk pertandingan baca teks jawi dan antara 4 orang wakil kelas. To my surprise Dania kata dia yang angkat tangan tawarkan diri nak masuk pertandingan. Errr bukan ummi je suka masuk contest eh...anak pun sama...hehehe....:-) Dari kecik lagi me dah train Dania masuk pertandingan. Pertandingan Hoopla Stars Dutch Lady, Barbie, pertandingan mewarna, pertandingan dalam pameran Smart Kids. Ummi nak polish Dania punya social skills dan ternyata tak sia sia. Alhamdulilah. 

Masa minggu Bahasa, Dania menang tempat pertama silangkata Bahasa Arab dalam kelas, dapat tempat kedua untuk buku folio sempena Ihya' Ramadhan dalam kelas. Setiap kali me hantar Dania ke sekolah, me akan pesan supaya aktif dalam kelas. Kalau cikgu tanya soalan, Dania kena angkat tangan. Dania cerita ada sekali tu cikgu inggeris tanya What can you find in an art exhibition? Dania cakap sculpture. Cikgu inggeris Dania tanya kat kelas tau tak sculpture apa? Dania kata takde seorang pun yang tahu jadinya cikgu inggeris explainlah kat dalam kelas. Me tanya Dania, sculpture tu apa? Dania kata Arca. Me rasa Dania tau Sculpture tu dalam cerita Disney Junior. Mungkin dalam siri kartun Little Einstein rasanya tapi tak sure mana Dania tahu terjemahan sculpture tu.

Pernah jugak dapat full marks untuk PBS kertas Bahasa Arab. Kat sekolah agama pulak Dania duduk paling belakang which me tak berapa suka sebab takut Dania tak boleh concentrate kan. Masa peperiksaan pertengahan tahun kat sekolah rendah agama, Dania dapat No. 2 daripada 37 orang dalam kelas. Dalam peperiksaan pertengahan tahun kat Sri Pintar Al Amin sebelum pindah ke Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5 pun Dania dapat No. 2 daripada 32 orang dalam kelas. Bila tanya Dania suka dapat nombor berapa? Dania suka dapat No. 3. Me tanya sebab apa? Sebab nanti dapat trofi kecik. Senang nak bawak. Alehaiiii puteriku ini. Ada ke patut?....hehehe. Tak suka No. 1 ke? Kalau dapat No. 1 susah la Dania nak bawak trofi berat tu nanti. Ehmm....Nampaknya my Dania ni suka subject Bahasa Arab sebab kat Sekolah agama ni masa peperiksaan pertengahan tahun, markah Bahasa Arab Dania tertinggi dalam kelas. Me kalau boleh nak Dania ambik subject sains dan bahasa arab masa sekolah menengah nanti. Takpelah, just bagi dorongan kan. Moga tercapailah impian ummi nanti. 

Entry ni me nak Dania baca bila dah besar nanti :-) Setiap kanak-kanak mempunyai potensi diri masing-masing. Kita sebagai ibu bapa yang kena bagi dorongan. Moga anak-anak kita berjaya suatu hari nanti ya...amin.


5 comments:

  1. Hebat la dania... Tahniah utk ibunya :) suka baca entry ni

    ReplyDelete
  2. happy for Dania.. ) rasa tak payah pasal social skills dia, dia dah terbiasa ikut jejak mak dia.. mana tak tumpah kuah kalau kat nasik kan :) congrats Dania

    ReplyDelete