Sebelum my sis terbang ke UK, ada buat sesi potluck. Me bawak roti, sup cendawan dan kuih cakoi. My sis aka tuan rumah sinsing lengan menyediakan laksa penang. My sis lagi satu bawak donut big apple, nasi goreng, ikan masin. Aleh aleh sampai tak larat nak makan sebab banyak sangat. Siap tapau balik lagi. :-)
Ni gambar 3 sepupu tengah menonton cerita hantu Nang Nak. Dania kalau kat rumah me tak bagi tengok cerita seram, cerita ganas yang banyak aksi menembak, love story, siaran menyanyi, menari dan sewaktu dengannya. Dania hanya tengok cerita yang ditapis oleh ummi dan ayah sahaja. Kecik2 la kena jaga minda dia. So, ni kat rumah sepupu dia, my sis dok pasang cerita seram pulak. Haishhh....berkerut Dania tengok cerita seram tu. Kat rumah orang ummi kasi chance eh.
Me balik dekat kol 6 petang gak la. Borak2 dengan my sis yang nak terbang tu. My sis lagi satu dah balik dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.