Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, September 10

Me dalam Harian Metro 10 September 2013

****Ni me copy paste dari article dalam Harian Metro online hari ini. 

Masa me pergi breakfast pagi ni dengan hubby, me singgah dulu beli paper. Tak sangka keluar artikel me ni cepat beno. So me tengok kat online Harian Metro. 

Modal RM20 menang hadiah besar
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
Ezna Ahmad Khalili, 37, juga mempunyai hobi sama seperti sahabat baiknya, Ayu Rafikah. Malah, masing-masing mengenali antara satu sama lain menerusi aktiviti yang diminati mereka itu dan bersahabat baik sejak lima tahun lalu.
Setiap maklumat peraduan dan kisah kemenangan akan dikongsi bersama. Malah, setiap kali menyertai sebarang peraduan, dia pasti mendapatkan pandangan daripada sahabat baiknya selain ahli keluarga.
Ezna mula berminat untuk menyertai peraduan sejak di zaman persekolahan pada usianya menjangkau 10 tahun. Walaupun ketika itu hanya dipilih sebagai pemenang saguhati, ia memberi perangsang kepada dirinya untuk terus berusaha.

“Saya mula kembali menyertai peraduan ketika berusia 24 tahun pada 2000. Disebabkan sudah bekerja dan mempunyai duit sendiri, saya meneruskan hobi itu tanpa mahu menyusahkan ibu bapa.
Foto
EZNA bersama keratan kisah kemenangannya.

“Pada peringkat awal menyertai peraduan, saya berjaya memenangi pakej makan malam di hotel. Semangat semakin membara dan aktiviti ini semakin aktif apabila saya menjadi suri rumah pada 2005.

“Bagi mengelakkan rasa bosan ketika di rumah, tentunya aktiviti seperti ini lebih menyeronokkan untuk dilakukan,” katanya yang juga berminat menyertai peraduan berkonsepkan slogan.

Tambahnya, setiap peserta mempunyai cara berbeza untuk mendapat inspirasi bagi menyempurnakan slogan yang dihasilkan.

Ezna juga berasa bertuah kerana idea akan timbul selepas dia melihat sebarang rancangan di televisyen atau perkara yang berlaku di sekeliling untuk menghasilkan slogan terbaik dan berkeupayaan untuk menjadi pemenang.

Menerusi ucapan yang didengari ketika menonton televisyen itu juga yang membawa tuah kepada dirinya memenangi hadiah utama berupa kereta dianggarkan bernilai RM123,000 pada 2012.

“Tidak menyangka ketika mengalami kesedihan akibat baru dua hari kehilangan ibu tercinta, saya diberitahu mengenai khabar gembira ini.

“Perasaan bercampur-baur ketika itu apabila ada rakan yang memberitahu mengenainya walaupun hanya menghantar lima borang penyertaan bersama slogan berbeza.

“Saya hanya gunakan perkataan menarik untuk disambungkan menjadi satu ayat yang padat dan mempunyai makna besar,” katanya.

Selain itu, hadiah besar yang dirasakan begitu berharga seperti membeli-belah pelbagai barangan bernilai RM10,000 ternyata memberi keseronokan.

Modal yang dikeluarkan tidak banyak iaitu hanya RM20 dan Ezna juga menghantar satu borang peraduan kerana ia berkonsepkan cabutan bertuah.

Hobi menyertai peraduan juga pernah membawa Ezna dan keluarga melancong ke Bali, Indonesia selama empat hari tiga malam.

Malah, tuahnya berganda apabila selepas pulang dari Bali, Ezna berjaya memenangi peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM1,000.

Menariknya, Ezna juga akan berkongsi kisah kemenangannya di laman blog miliknya, http://www.eznakhalili.com.

Sama seperti Ayu Rafikah, Ezna turut mempunyai tanggapan sama dengan melatih anak perempuannya berusia sembilan tahun untuk menyertai peraduan yang sesuai dengan usia mereka.

“Saya anggap penyertaan beberapa jenis peraduan dapat meningkatkan keyakinan diri anak, memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan lebih berani.

“Ini kerana sebelum ini saya juga bukanlah seorang yang berani. Justeru, saya gunakan cara seperti ini untuk melatih anak menjadi seorang yang berani tampil
ke depan jika berhadapan orang ramai,” katanya.

Dia juga tidak terlalu mengharapkan kemenangan kerana ia tidak mendatangkan kerugian walaupun kalah.

Untuk menjadi peserta peraduan yang terbaik, perlu ada sikap prasangka baik, ikhlas dan jangan gagal mencuba kerana ia boleh menjadi batu loncatan untuk terus berjaya.

“Kadangkala pernah juga rasa seperti berputus asa dan akan berhenti menyertai peraduan. Namun, ia tidak lama mungkin dalam tempoh sebulan saja.

“Ia bagi menghilangkan rasa sedih jika ada hadiah yang ingin dimenangi, tetapi gagal. Walaupun sedih, aktiviti itu tetap tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan saya,” kata Ezna.

Tambahnya, bagi mereka yang baru pertama kali mahu menyertai sebarang peraduan, sebaik­nya elakkan perasaan cepat mengalah kerana kejayaan bukan datang sekelip mata.

Sebaiknya, tekankan pada konsep atau jenis peraduan yang boleh menggunakan kemahiran dan bakat dimiliki bagi mengelakkan kegagalan.

Minat perlu ada dan niat­kan dalam hati untuk mencabar diri mencuba perkara baru selain elakkan daripada menyertai peraduan dengan tawaran hadiah yang tidak digunakan.

Ia bagi mengelakkan pembaziran dan pastikan tidak terikut-ikut dengan cara peserta lain yang taasub untuk menang sebaliknya teruskan mencuba.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/10

Interview ni diadakan pada 3 September 2013. Maknanya seminggu yang lepas. 1 hari sebelum tu wartawan baru call. Being me yang suka menanya so me pun tanya sape lagi yang wartawan tu interview?. Akhirnya wartawan kata Ayu Rafikah. Mulanya interview pagi tapi me a bit busy dengan hantar ambik Dania kat sekolah agama. Akhirnya me kata takpe la me nak gi kat tempat Ayu lah. Sekali me call Ayu kata beliau kena interview kan esoknya?. Ayu terkezuttttt dan tanya mana me tau. Hahahaha.....Ayu pun tak tau me kena interview dan me pun tak tau me kena interview dengan Ayu.

Interview dijalankan dalam suasana yang sangat santai. Gelak sakan you....tambah sekepala. Thanks Ayu sebab layan me dengan baik sekali. :-) 

Moga dapat memberi inspirasi. Me juga berharap dapat memenangi hadiah yang dapat memberi nilai tambah kepada keluarga me :-) Amin. 

8 comments: