Isnin, Disember 8

Kesesakan di Putrajaya

Kami ada singgah Wetland sebab hubby nak survey tempat untuk mendaftar acara berbasikal. Khemah terletak berdepan dengan Rumah Makan Bumbu. 

Kemudian kami solat asar di Masjid Besi. Hujung sana tu boleh nampak Masjid Putra pula. 


Kat Putrajaya ada event apa entah kemudian jalan pun agak sesak. Kami keluar area situ untuk ke masjid berdekatan dengan tempat kami nak makan malam. 

Singgah pula solat Maghrib di Masjid Mahmoodiah kat Presint 18, Putrajaya. 


Lepas solat kami ke Taman Warisan Pertanian. Kami nak makan kat sini la. Boleh pulak ada kawan hubby terlambai-lambai kat sini. Mereka baru balik kerja. Kena standby kat office. Hubby kena 2 kali standby juga. 


Dania order kuetiau kerang. Sedap juga. 


Order juga coconut shake. Pun sedap....


Hubby punya nasi Kak Wok. Gulainya sedap juga. Bau sambal belacan dia power sungguh. 


Order 10 cucuk sate. 5 perut dan 5 ayam. Sate Ayam dia lembut sangat. Ada juga nasi impit beserta bawang dan timun. Kuah kacangnya sedap. Ye lah Sate Haji Samuri kut. 


So far makan kat sini sedap la. Tempat pun luas. Nak duduk dalam boleh, kat luar boleh. Konsep sini gerai jadi banyak pilihan. 




XOXO,
Ezna
 

17 ulasan:

  1. Cantik Masjid Besi, belum pernah solat situ.

    Ada event Konvensyen Perkhidmatan Awam…lebih kurang gitulah namanya. Kakak saya bertugas di booth KPM, katanya memang sesak ramai sangat pengunjung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya nampak banyak trak askar jugak. Bila lalu depan Masjid Besi jadi sesak sebab event dekat2 situ. Jadi nak solat maghrib keluar la area sini. Tenang sikit.

      Padam
  2. Weekend baru ada event Madani di area Dataran Putrajaya kan. Kami singgah Sabtu pagi lepas breakfast dan brisk walk dari Masjid Putra. Selalu jugak dengar Putrajaya kalau weekend ada macam2 event.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya hubby kata ada event , tu yang sesak tu. Tak nak la tunggu sampai solat maghrib kat sini sebab sesak betul. Tu yang ke Presint 18 pulak. Banyak event. Hubby join berbasikal kat Taman Wetland hari ahad pagi.

      Padam
  3. semua nmpk sedap tu ezz! i terliur kue teow dan sate perut ;) i baru resume clean eating hari ni, sbb weekend pyh betul nak jaga mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weekend kadang kena skip la Suzz. Kalau weekdays you kerja ok la boleh la clean eating tu.

      Padam
  4. Aduhai..trliur tgk kuey teow tu =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi memang sedap Niza.....cuma tak ambik banyak la sebab kang tak cukup pulak Dania nak makan.....hehe ikutkan nak lagi tu.

      Padam
  5. Senang banyak masjid berdekatan. Boleh singgah solat dan pergi makan terus. Nampak sedap Kueyteow nak nak ada coconut shake, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya senang solat dan lepas tu makan kat tempat berdekatan. Nak elak kesesakan juga sebenarnya.

      Padam
  6. ada pameran kementerian pertahanan kalau tak silap dekat Putrajaya wekeend semalam..linda tak p lah, sebab balik kampung..kalau tak, p jugak rasanya.. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada rasanya Linda sebab trak askar banyak kat sini. Memang sesak pun area sini.

      Padam
  7. Nasi kak wok dan kwe tiau Dania yg paling menggoda 😍😍😍😄. Saya sukaaaa kwe tiaw di sana, apalagi yg goreng sebenarnya. Aroma nya khas, smokey . Langsung ingat dengan kantin sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memori Fanny la ya.....nasi kak wok tu mesti ada ayam goreng dipotong kecil dan kuah kari.....

      Padam
  8. Kat Warisan tu banyak jugak makanan kan Kak Ezna..
    Saya kalau pergi situ dulu memang confused nak makan apa..tapi Satey "wajib" beli..dulu Samuri punya kan?sekarang masih sama lagi tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru perasan..still Samuri lagi ye...memang sedaplah hihi

      Padam
  9. Ooooo ada event rupanya..patut la jalan jammed..apa la suami SA nama je kerja kat Putrajaya tapi x tau ada event

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Aktiviti hari ni 9 Disember 2025

Nak beli renda untuk telekung Dania sebab nak bagi tak terbang la bila bawah kipas. Bila letak renda ni kiranya memberatkan sikit la telekun...