Isnin, Disember 8

Apa yang menarik tu…

Tengahari hanya saya dan Dania je makan, hubby pula weekend ni ada jemputan kahwin ahli kariah tapi jemputan untuk AJK sahaja. Moh le kita makan nasi ayam ya Dania. 


Lepas makan, hubby nak ambik T-Shirt event dekat Decathlon. Hubby rajin sangat la masuk event berbasikal ni...tapi kat Putrajaya je la. Sama-sama masuk dengan seorang kariah surau yang dah pencen. Pencen pencen pun kuat mengayuh juga lagi. Jadi pick up baju kat Decathlon IOI City Mall. Bila hubby balik dari kenduri....kami pun terus ke IOI City Mall. Pergi petang ni parking susah jugak la.....pusing2 berapa kali entah....

Ummi dan Dania memang berdua ke tempat masing2 la. Hehe. Dania nak ke Miniso sebab ada barangan Mofusand. Peminat Mofusand ramai berkerumun depan barangan Mofusand ni. Hehehe. Tengok ada rak yang dah habis pun barangannya. Kami pergi ni hari kedua Mofusand masuk Miniso. Cashier Miniso kata barangan Mofusand ni dah banyak habis. 


Comel betul la meownya.....


Barangan Mofusand lagi. 


Dania ada beli guna duit sendiri barangan Mofusand yang gantung kat beg tu. Labubu Dania tak minat. Dah minat sangat....ummi belikan juga bantal travel kat tengkuk dan pelapik kaki Mofusand. Ni ambik gambar masa beratur nak bayar la ni. Boleh katakan depan kami ni beli barang Mofusand belaka. 😅


Mengikut AI Review :

Mofusand (モフサンド) is a wildly popular Japanese illustration series by artist Juno featuring fluffy, adorable cats often dressed in cute costumes like sharks, sushi, or desserts, combining "mofu mofu" (fluffy) with "sandwich," and has exploded into a massive brand with plushies, stationery, collaborations (like with Sanrio, KFC), and merchandise sold globally, known for its charming, shareable humor and soft art style

Saya pulak ke Marks & Spencer nak mencari hadiah hari jadi adik bulan 12 ni. Memang aktiviti wajib ni bagi hadiah setiap hari jadi. Ada promosi ya sempena Christmas. Ada juga barangan wangian Apothecary kat M&S ni yang bau dia lembut je. Nanti la nak beli untuk diri sendiri. Saya rasa harganya rendah berbanding jenama yang lain. Tak percaya? Cuba la ke M&S. 


Kemudian naik atas pula nak ke Fossil. Bukan nak cari jam tapi nak cari strap jam yang dah rosak. 


Strap saya sebelum ni leather warna pink tapi ada yang hilang. Tempat pemegang dia tu. Kalau pakai boleh terlucut la jam. Jam ni saya beli dari BMUK (Barang murah UK) kat facebook. Ya memang murah berbanding harga asal di Malaysia. Boleh bayar pula 3 kali. Barangan dihantar dari UK ke Malaysia melalui kapal kargo jadi barangan tiba lewat sikit la. Kalau tak kisah dan boleh tunggu kan....barangan pun original bukan yang fake. 

Saya tukar dengan strap besi la tahan sikit. Fossil saya yang lagi satu pun beli dari BMUK jugak. Sama jugak la bayar ansur2 sampai barang kita tiba. Tukar strap baru warna rose gold. Beli dengan SA (Sales Asisstant) nama Saddam ya kat Fossil IOI City Mall ni. Tak ada diskaun pun tapi Saddam boleh bagi diskaun 10%. Saya rasa SA ni boleh bagi je diskaun cuma kita kena rajin la bertanya. Saya kata nama macam Saddam Hussein tu. Dia kata dia bukan Saddam Hussein tapi Saddam Hafiz. Saddam Hussein ni bekas presiden Iraq yang dihukum gantung. Tragis juga ceritanya. 

Tak boleh nak pakai lagi jam ni sebab bateri dah habis. Kena tukar bateri dulu. Nak tukar bateri kat satu kedai jam di Alamanda dia kata caj RM40. Hmmmm takpe la kita cari kat kedai lain dulu la. 


Penutupnya beli ice cream Vanilla kat FamilyMart. Ayah tak call lagi dah siap ambik baju ke belum kat Decathlon tu. Kami ni kat New Wing. Hubby kat Old Wing.....


Lepas ni kami akan ke Putrajaya pulak.....post lepas ni....




XOXO,
Ezna





 

18 ulasan:

  1. x perasan ada x mofusand ni kat miniso sini... comel jugak kucing tu... trend skrg kan semua byk gantung² di beg... walaupun nmpk annoying sy belikan jugak lah utk si kakak... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mofusand masuk Miniso 6 Disember 2025. Tak tau Dania dapat info kat mana. Gantung kat beg ni trend bukan hanya orang muda....yang baya2 atas pun ada. Tapi saya ni tak termasuk la....

      Padam
  2. spend quality time with family gini la kan..kadang cakap je ank window shopping tapi confirm akan terjebak gak..SA la tu selalunya kena..hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ni bukan window shopping dah....shopping terus. Hehe

      Padam
  3. New wing ke old wing IOI City Mall tu kan, jauh kan. Kalau hubby sebut nak ke Decathlon, memang suruh dia pergi sorang2 hehe. Sbb selalu parking area bawah Lotus/Watson.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mulan...jauh....Oh selalu saya parking yang luar Haagen Dasz. Tapi tu lah bila jauh jalan sampai AEON, lepas tu patah balik pulak ke Parkson memang hujung ke hujung la tu....

      Padam
  4. Wahhh..bestnya dpt pegi byk kedai =)

    BalasPadam
  5. watak mofusand ni memang cute sungguh! ari tu ada jer ternampak (masa gi ronda2 the exchange TRX mall)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania suka Suzz....jadi ok juga la watak ni dari watak yang pelik2. Oh kat TRX...harap2 Dania tak tahu...Hehehe.

      Padam
  6. comei2 nya..geram tgk kannn
    nasi ayam..mcm lama x masak ..emmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya comei....ummi dia geram...ummi dia belikan untuk anak.....

      Padam
  7. dah tukar tali jam tu, nampak lagi lawa pula...suka la..
    kak M tak suka pula mofusand

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Linda tak suka selamat la...kalau suka alahai....

      Padam
  8. Saya kalau berbau2 kucing begini juga sukaaaa, walau tak tahu nama dan jenisnya 😂, yg penting kucing 😄.

    Dulu saya tak suka pakai jam, sebab selaluuuu saja hilang 😂. Ntahlah, macam tak direstui pakai hahaha.

    Tapi baru2 ini dibelikan suami smart watch utk melihat langkah, sleep record , heart rate dan kalori, eh Alhamdulillah sampai skr masih terpasang ditangan hahaha. Biasanya dah lenyap ntah kemana 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakak suka pakai jam sebab senang nak manage masa....walaupun phone pun ada jam tapi selalu phone kakak letak dalam beg. Uishhhh bagaimana boleh hilang tu....mungkin Fanny tanggal jam dia kemudian lupa kletak di mana....

      Padam
  9. Saya dah follow FB BMUK tu kak Ezna hihi

    BalasPadam
  10. Cuya suka jugak kucing, tapi tak terjebak dengan apa2 yg trending.
    Sebab kalau ikut trend, boleh kopak duit wohh 🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Me Time & Kartun nostalgia

Lepas makan kat Saddam tu, saya dan Dania ke IOI City Mall. Hubby bawa kereta lain terus balik rumah sebab nanti akan ke tempat kerja. Kita ...