Khamis, Disember 11

Aktiviti hari ni 9 Disember 2025

Nak beli renda untuk telekung Dania sebab nak bagi tak terbang la bila bawah kipas. Bila letak renda ni kiranya memberatkan sikit la telekung tu. Teringat kedai berdekatan Sek Men Dania. 


Buat mereka yang suka menjahit memang heaven la ke kedai ni. 


Pilih pilih la renda ni. 


Bila match dengan telekung, warna ini yang kena. Boleh la hantar jahit dengan kawan saya. Jahit renda kat telekung dan jahit kain batik jadi kain lipat batik yang dipadankan dengan satu kebaya yang saya beli. 


Saya beli top kebaya je. Kain dia boleh pakai kain yang sedia ada je. Mix & match je. Tapi....since kawan yang saya baik ni hadiahkan kain batik....warna pink + kuning...kena pulak dengan kebaya saya tu so yaaa....kita buat lipat batik la.

Warna sulam kebaya ni sangat la sweet. Inilah kebaya saya. Beli sama dengan Dania 😊. Butang dia bukan butang ketip tapi butang bulat yang biasa tu cumanya tak nampak la kat sini. Lagi secure dari butang ketip tu.
Credit : Google

Lepas beli renda, kita pergi print color pulak kat kedai alatulis. Dania ni asyik print je untuk subjek Animal Reproduction. Kalau print color cantik la nota tu.

Lepas print hantar pula kain kat rumah kawan saya. Kena borak dulu. Hehe. Memang kalau jumpa kawan walau sekejap mana saya akan berborak kejap tapi tak lama la sebab kawan saya juga kena jaga ibunya. Kalau time ibunya nak makan tengahari saya tak nak la kacau lama-lama kan....segan la kalau achik nak makan nanti. Dah selesai saya akan minta diri tapi kawan saya nak berborak jadi ok borak....tapi tak lama...

Lepas tu nampak spot ni...terus suruh Dania ambik gambar kat sini. Saya baru marathon citer CLOY jadi ada satu tempat tu ala-ala macam ni. Dania kata nak ambik gambar macam dalam citer CLOY ke ummi?. hehe. Dia pun tahu dah. 


Lepas tu nak balik dah....sebelum tiba rumah singgah makan cendol kat sini. Cadang nak makan laksa juga tapi cendol je ada sebab dia kata hujan2 ni laksa tak habis. Kempunan la nak makan laksa sedap kat sini. 


2 hari berturut-turut makan cendol cuma hari ni kena bayar la. 😅


Cendol pulut....


Lepas tu kami balik la rumah....




XOXO,
Ezna



 

12 ulasan:

  1. Kedai tu mmg heaven utk org yg suka menjahit... Haishh lama pulak tak makan cendol pulut campur kacang dgn jagung.. 🤤

    BalasPadam
  2. Cantiknya kebaya tu! Tak sabar nak tengok Ezna gayakan bersama kain batik tu. Surely gorgeous la kan

    Eh, hujan² pun laksa onz je kalau saya hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laksa dia kata tak laku kot masa hujan...makan laksa panas2 memang sedap la.

      Padam
  3. waaa sweet sungguh kebaya u ni ezz! nanti posing2 tau utk OOTD..err ker u nak pakai time raya nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebaya ni cutting besar I ok lah pakai. Hubby I tak suka la yang ketat2 tu. I ingat pakai raya Suzz....kain tu yang you bagi. TQ. Kena sangat dengan kebaya ni.

      Padam
  4. Macam kenal rupa kedai and vibes makan tu, rupanya betul kat Bangi. Dulu saya tinggal kat Seksyen 3.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke? Anak sekolah kat SMK Jalan Empat ni dulu. Tu yang tahu kedai ni. Ulang alik sini selama 5 tahun.

      Padam
  5. kita lama tk pki kebaya tp raya 2025 aritu berjaya pakai sbb berat turun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je pakai kebaya Amy tapi kena cari yang cutting loose. Kebaya ni cutting loose jadi ok la pakai. Kalau ketat2 tak lepas pulak specs Hubby. Hehe.

      Padam
  6. Cantiknya kebaya..
    Wah pekena cendol, sedap tu. Cuya sekarng tkleh makan cendol sebb masih dlm cabaran kurgkn gula. Dah nak 100 hari ni baru raikan

    BalasPadam
  7. Cantiknya kebaya..
    Wah pekena cendol, sedap tu. Cuya sekarng tkleh makan cendol sebb masih dlm cabaran kurgkn gula. Dah nak 100 hari ni baru raikan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bila masak dua jenis sambal

Kebetulan hubby nak ke tempat kerja petang. Lately ni beberapa kali juga masuk kerja petang. Jadi....kita masak awal sikit la. Kalau dengan ...